Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Lauk 2 hari yang lalu KURMA KAMBING MAMAK PENANG
Kalau dulu lauk ini memang tak akan disentuh jika dihidangkan,
Jauh sekali kalau ada dijual, memang tak akan dipandang untuk dibeli.
Kerana rasanya tidak pedas yang tak menepati selera saya yang suka kepada kari dan asam pedas.
Tapi kini ia sudah menjadi salah satu lauk kegemaran yakni selepas menikmati KURMA TELUR REBUS disini.
Memang masa merubah kehidupan segala nya, selera, paras rupa, sikap dan bermacam lagi....
Dari segi makanan, kalau dulu ada lauk yang tak suka, sekarang dah jadi suka,
Malahan dah menjadi kegemaran pula.,
Kalau boleh nak makan hari hari.
Tapi untuk lauk yang berasaskan kambing ini saya terpaksa jamah dalam kuantiti sedikit kerana bimbang akan tahap kolesterolnya.
Takut juga migrain.
Makan-makan juga tapi kesihatan kena di ambil berat kan....
Yang menjadikan lauk ini istimewa kerana rasa nya menjadi lebih sedap apabila dimasukkan biji kas-kas, buah pala sagat disamping minyak sapi yang digunapakai semasa menumis.
Resepi asal dari Mamak Haji.
Saya olah sedikit mengikut cara saya dengan tambahan beberapa bahan menjadikan ia lebih sedap dan beraroma.
Terima Kasih Tuan Haji...
Jom cuba !. Memang tak menyesal punya.....
Bahan A
1/2 kilo daging kambing (bersama sedikit tulang)
Air secukup nya untuk merebus
Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
1/2 camca besar minyak Sapi 'GheeBlend'
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 pelepah daun kari
Bahan C (dikisar halus)... Pes Halia Bawang Putih
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 paket kecil rempah Kurma
1 camca kecil kas-kas (ditumbuk halus)
1/2 camca kecil lada putih (ditumbuk halus)
1/2 camca kecil lada hitam (ditumbuk halus)
sedikit air panas
Bahan E
1 biji bawang besar (dikisar halus tanpa air)
Santan secukup nya
2 keping asam gelugor
garam
Bahan G
1 batang lobak merah
2 biji tomato segar (dibelah 2 )
2 biji cili hijau (dipatahkan)1 biji bawang besar (dibelah 4)
1 camca besar 'buah pala sagat manis'
sedikit hirisan daun ketumbar
Bahan H
Bawang Goreng
Limau Kasturi
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A didalam periuk dan hidupkan api. Masak hingga air rebusan mengelegak, kemudian nya perlahankan api dan biar ia direneh selama 1- 1.30 jam atau hingga daging 3/4 lembut.
2. Sejukkan sebentar, kemudian nya keluarkan minyak/lemak yang terampai di permukaan.
Caranya mudah... masukkan ketulan ais dalam plastik makanan(bungkusan) dan celup dalam air rebusan beberapa minit untuk membekukan minyak dan ia akan melekat di plastik tersebut.
3. Panaskan minyak dan minyak sapi didalam periuk, kemudian tumis bahan B sehingga layu.
4. Masukkan bahan C dan teruskan mengacau selama 7-8 minit sehingga terbit aroma harum.
5. Masukkan bahan D dan E, besarkan api hingga mengelegak, kemudian kecilkan api sedikit dan biar rempahratus masak dengan perlahan sehingga ia menjadi pekat. (Jika tiada terbit minyak tidak mengapa, yang pasti masak sehingga rempah masak sempurna.
6. Masukkan daging bersama air rebusan, juga bahan F dan sebatikan. Perlahankan api biar ia merenih selama 45-1 jam atau lebih.
7. Masukkan lobak dan masak sehingga empuk. Tidak perlu lama untuk mengekalkan kerapuhan.
8. 5 minit sebelum angkat taburkan dengan bahan G. Siap.
9. Hidangkan dengan taburan bawang goreng. Jika kurang rasa masam boleh lah perahkan jus limau.
* hirisan buah pala boleh juga ditabur ketika dihidangkan dalam mangkuk hidangan.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
No comments:
Post a Comment