Wednesday, 14 February 2018

MEE KARI GORENG TERLAJAK SEDAP .. dah meleleh tengok ! Esok kita goreng lagi ....



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

MEE KARI GORENG yang TERLAJAK SEDAP ini saya sediakan beberapa hari lalu.
Biasa nya mee kari adalah jenis yang berkuah banyak kan ....

Tapi ini versi goreng
Goreng lembap-lembap memang power giler !

Kepada sesiapa yang berhajat nak goreng mee dengan sedikit kelainan  boleh lah  cuba resepi ini.

Kalau tak sedap tak kan habis 1/2 bungkus mee ini untuk saya seorang makan.
Keesokkan nya saya goreng lagi 1/2 bungkus .

Jom....


Bahan A
1/2 bungkus mee basah (dialirkan air untuk menghilangkan bauan jika ada)
3 pokok kucai (dipotong 1 ")

Bahan B
minyak untuk menumis
1 1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari

Bahan C
1 camca besar (penuh) rempah kari ikan + sedikit air (Jadikan pes)
1 camca besar cili kisar  (ikut kepedasan)

Bahan D
1 mangkuk kecil udang kertas (dibuang kulit)
2 ekor sotong (dipotong gelung)
1 biji tomato segar (dibelah 8)
2 biji cili padi hijau (* Optional. Jika mahu lebih pedas)
2 biji cili padi merah  (* Optional. Jika mahu lebih pedas)
1 1/2 camca besar Sos Cili Life
2 camca besar gula putih
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
Air secukupnya (Lebihkan jika mahukan mee yang lembab/basah)
*Tidak menggunakan garam

Bahan E
Bawang Goreng
Tauhu (boleh digoreng atau direbus)


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar. Goreng sehingga layu.
2. Masukkan bawang putih dan daun kari. Kacau sehingga terbit bau harum.
3. Masukkan bahan C,  kecilkan api dan masak sehingga terbit minyak.
4. Masukkan kesemua bahan D dan sebati seketika selama 5 minit baru dimasukkan air secukup nya. Jika mahu kan mee yang lembab atau berair boleh dilebihkan sedikit air nya. Sebatikan dan biar sehingga ia mendidih.
5. Masukkan kucai, di ikuti dengan mee dan kacau rata. Biar selama 5-10 minit bolehlah diangkat untuk dihidangkan dengan taburan bahan E.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

10 comments:

  1. Terus lapar perut SA ha...sabar jer la..nampak sedap dan boleh cuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sedap dan alhamdulillah memang sedap... Amanda

      Delete
  2. Dapnyerr....baru makan dinner tapi terasa lapar plak...

    ReplyDelete
  3. perghhhhhhhhhhh sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. Zurppppppp masuk dapur nak buat, lapooooo tak tahan nengok

    ReplyDelete
  5. makk. tolongg...tetiba aku lapar

    ReplyDelete
  6. wow nampak sedap..nak cuba masak ni utk berbuka nanti..terima kasih share resepi Puan..

    ReplyDelete