Friday, 16 February 2018

SAMBAL KETUMBAR IKAN DURI MASIN ... nak bagi pecah 'lioq' !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Selera nak makan ikan masin yang dimasak sambal, 
maka terhasil lah SAMBAL KETUMBAR IKAN DURI MASIN.

Masa kepasar beberapa hari lalu, saya terhendap-hendap meninjau ikan kering yang berkenan di hati.
Banyak sangat, berbagai jenis ikan disusun rapi dalam raga jualan.
Hingga kan tak tahu yang mana yang nak di ambil.

Lama juga dok meninjau.
Nyonya jualan pulak asyik tanya.. 'nak ikan apa'
Hishhh !!!!
Tak boleh jadi..
Last saya suruh nyonya pi layan customer lain, tak payah lah tunggu saya 

Kalau jumpa yang berkenan, saya akan maklumkan.

Memang macam tu lah sikap cerewet saya.
Dari segi pemilihan sekecil-kecil barang hingga lah sebesar-besar
Biar lambat tapi puas hati.. 

Akhir nya Ikan duri menjadi pilihan hati.
Beli tak banyak 2 ekor ja..hehehe


Bahan A
2 ekor ikan duri masin (boleh digantikan dengan ikan talang , sepat  atau pon kurau) di potong kepada ketulan sederhana besar
sedikit minyak untuk mengggoreng.

Bahan B
sedikit minyak goreng ikan kering diatas
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)

Bahan C (dikisar halus)
5 cili merah segar
6 biji cili padi merah (sesuaikan kepedasan yang dikehendaki)
1 camca kecil udang kering
1 biji bawang besar
sedikit air

Bahan D
1 camca kecil asam jawa (saya guna jenama 'ADABI')
1 camca besar Sos Cili 'Life'
Gula kabung/melaka sebesar ibu jari
1-2 camca besar gula putih
sedikit Kicap Lemak masin
sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
1/2 mangkuk kecil Hirisan daun ketumbar

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan kering sehingga masak. Angkat dan toskan.

2. Kurangkan minyak jika berlebihan dan tumis bahan B sehingga hampir keperangan.
3. Masukkan bahan C,  ratakan, perlahankan api dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan bahan D kecuali daun ketumbar. Biar sehingga mendidih semula.
5. Masukkan ikan kering yang siap digoreng dan juga daun ketumbar.
6. Biar selama 5-7 minit dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments: