Bismillahirrohmanirrohim
Suka Coleslaw tak ?
Ala.......... Coleslaw yang jual di KFC tuuuuu !
Jom kita belajar sediakan sendiri
Mudah sangat-sangat
Memang menjadi sebiji macam kat KFC
Akak memang peminat sayur ni
Kalau ke sana jarang tak beli
Layan sungguh meratah, memang tak perasan habis sekejap saja.
Kadang sayur habis dulu, kemudian baru ratah ayam.
hahaha ...
Sayur segar yang ranggup dan sedikit berkuah.
Memang ngam jika dimakan dingin
Dengan harga yang kita beli di KFC,
Jika kita sediakan sendiri boleh dapat banyak berganda-ganda
Memang berbaloi !
Puas makan !
Kalau perasan lah, Coleslaw di KFC ada rasa-rasa manis sedikit kan
Jadi nya kita tambahkan sedikit gula putih.
Tapi jangan dimasukkan sebarang jus limau ya
Jka nak tambah untuk rasa sedikit berbeza, boleh pon.. Terpulang lah kan sebab kita yang nak makan !
Lagi kan limau mahu pon lemon ni akan menjadikan ia lebih harum beraroma ....
Jom ...
Bahan A
1/4 biji sayur Kobis
1/2 batang lobak merah * akak guna baby carrot je
5 camca besar mayonise
1 1/2 camca besar gula putih
1/2 cawan Air masak atau Susu Penuh Cream 'Dutch Lady' * Kalau nak lebih berkuah boleh dilebihkan
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kobis dibersihkan dan di potong / buang bahagian yang sedikit keras.
2. Kemudian ia dihiris senipis yang boleh, disusuli dengan potongan sepanjang ~ 1/2 -1 inci.
3. Seterus nya lobak merah dipotong kepada kiub-kiub kecil
4. Didalam mangkuk yang berasingan, satukan mayonise, gula dan air masak.
* Jika menggunakan mayonise dalam kuantiti yang banyak, tidak perlu lah di masukkan susu lagi. Ini adalah untuk mengelakkan ia terlebih berlemak yang akan menimbulkan rasa muak pula bila makan.
* Jika mayonise sedikit, boleh lah ditambah susu untuk balance kan ia.
5. Satukan Kobis, carrot, bancuhan mayonise dan kacau sehingga ia sebati.
6. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurang 2 jam sebelum dihidangkan.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
Yummy nya... selalu buat kat runah..mkn dgn aym goreng ala2 kfc...hihi.. tq 4 sharing kak
ReplyDeleteSama2 lady Shah😁
Deletewahh sedapnya simple ja nohh hahhaha boleh buat nanti
ReplyDeleteSenang ja Nor. Tak payah ke Kep-c lagi kan .Boleh makan sampai kenyang
Deletesaya penggemar coleslaw! lepas ni nak buat sendiri je la. senang dan jimat hehe
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Akak pon suka. Buat sendiri lebih jimat.
Delete