Bismillahirrohmanirrohim
Hari ini akak belanja LAMB CHOP untuk semua ya
Tolong jangan terliur tau !
Tapi kalau nak terliur juga akak tak bertanggung jawab OK !
hehehehe !
Uhhh !
Sejak menjak kebelakangan ni asyik berlauk kambing saja
layan SUP KAMBING MAMAK
lepas tu KURMA KAMBING MAMAK PENANG
dan yang ini LAMB CHOP pulak.
Nak buat macam mana kan, kalau dah selera tu nak makan ?
Untuk Lamb Chop ini, akak guna 'daging bahagian paha'
Lemak pada bahagian ini tak lah sebanyak saperti dibahagian lain
Kalau di buat sop, boleh juga dikaup buang lemak yang terampai
Tapi kalau dah panggang susah sikit
Jadi daging bahagian ni, akak tak lah risau sangat.
Lagi satu....
Akak guna kambing import je, bukan local
Kalau yang local, kecik-kecik paha nya
Sedap tau kalau dibuat 'nasi beriani paha kambing'
alaaaa macam kat Puncak Mutiara tu
Satu pinggan nasi satu paha kambing
Fuhh !! Meleleh air liur teringat nasi ni
hehehe !
Yang import ni, paha nya besar 'gedabak'
Akak rasa kalau potong kepada kepingan 1 inci boleh dapat lebih kurang berbelas keping juga
Tapi hari tu akak beli dalam 8 keping ja kot
Lupa nak kira, tapi banyak juga lah
Puas lah makan !
OK !
Untuk LAMB CHOP kali ini akak memang tak nak letak kan bawang mahu pon halia
Hanya semata rempah ratus yang diperap bersama daging selama beberapa hari.
Saja nak rasa Lamb Chop asli
Oh ya akak tambah sedikit sos tiram, dan Chicken Gravy Mix 'Knor'
Kalau ikut hati memang tak sabar nak makan
Aduhai ! Nak buat macam mana kena tunda sebab tak cukup set
Tak ada kentang, tak ada sayur... rasa tak best lah sebab tak cukup syarat
Rasa 4-5 hari juga lah daging tu terperap dalam peti sejuk
Tapi hasil nya memang o-sem !
Tak ada kuah pon tak apa, layan daging semata pon dah cukup
Cara akak perap...
Semua bahan rempah..kecuali minyak akan dicampur dan dilumur sempurna pada daging.
Kemudian diperap semalaman, supaya ia dapat meresap mesra dalam daging.
Kalau letak minyak pada peringkat awal, sukar rempah ratus nak meresap kerana ada nya molekul minyak yang menjadi penghalang.
Cheee Wah !
Kita terapkan sedikit bab sains pulak dalam dapur kita
Setengah jam sebelum dibakar, baru ditambah sedikit minyak dan diratakan.
Tapi kalau nak disimpan lama dalam sejuk beku, boleh ja di tambah minyak, tapi pastikan selepas daging diperap semalaman, baru tambah minyak, gaul kembali, kemudian pek cantik-cantik dalam bekas dan simpan dalam sejuk beku.
Lamb Chop ni akak makan dengan Coleslaw ala KFC yang akak post resepi nya semalam.
Kentang goreng, Tomato Cerry dan Baby Carrot
Sos nya akak cuma bancuh Chicken Gravy Mix 'Knor' dengan sedikit air panas, kacau sehingga larut dan taraaa... dah siap !
Maaf ... sos nya simple ja untuk kali ini.
Yang penting daging nya tuuuuu............ o-sem sungguh-sungguh !
Jom layan ..............
Kentang goreng, Tomato Cerry dan Baby Carrot
Sos nya akak cuma bancuh Chicken Gravy Mix 'Knor' dengan sedikit air panas, kacau sehingga larut dan taraaa... dah siap !
Maaf ... sos nya simple ja untuk kali ini.
Yang penting daging nya tuuuuu............ o-sem sungguh-sungguh !
Jom layan ..............
Bahan A
4 keping hirisan paha kambing
1/2 camca teh basil
1/2 camca teh oregano
1/2 camca teh parsley
1/2 camca teh rosemary
1 camca teh kunyit serbuk
1 camca teh lada putih biji (ditumbuk)
1 camca teh lada hitam biji (ditumbuk)
2 camca besar gula kabung (boleh digantikan dengan gula melaka)
1 1/2 camca besar Sos Tiram
1 camca teh Chicken Gravy Mix 'Knor' * Kalau tak ada boleh diganti dengan kiub Ayam atau pon daging
* Tiada penggunaan garam
Bahan B
1/2 cawan minyak jagung
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Daging dibasuh bersih dan ditoskan air nya.
2. Satukan kesemua bahan A dan di lumur pada daging sehingga rata.
3. Simpan semalaman dalam peti sejuk (Pastikan bekas perapan ditutup untuk mengelakkan daging kekeringan dek udara petisejuk)
4. Setengah jam sebelum bakar, tambahkan minyak dan dilumur sebati.
5. Siap untuk dibakar atau boleh disimpan lama dalam peti sejuk beku.
Cara-Cara Membakar.
1. Panaskan kuali non-stick.
2. Ambil sekeping daging kambing bersama sedikit perencah yang bercampur minyak.
3. Bakar dengan api sederhana sehingga 3/4 masak sebelum dialihkan.
4. Bakar lagi sehingga masak sempurna.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
Sedapnya kak fhs..dah lama x buat lamb chop sejak² cik hubby kena go out hihiii
ReplyDeleteSedap memang sedap lina. Tapi risau juga tang kolestrol tu
ReplyDeletewaduhhh...meleleh air liur singgah kat sini pepagi...mmg hancur diet sy ni..keke
ReplyDeleteSekali sekala skipkan diet tu Fuzy, kita layan selera... haha
Deleteperghhh
ReplyDeletesedapnya bila tengok gambar
hahaha... saja nak bagi semua terliur
Deletehai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
ReplyDeletesincerely , farahain zfa
Salam perkenalan Ain ...
DeleteKesukaan ini.. Ratah gitu je pun mesti sedap kan..
ReplyDeleteRisau juga makan daging kambing ni
DeleteTawakal ja lah.. pasal teringin