Bismillahirrohmanirrohim
Selamat berhujung minggu semua !
Hari ini hakak tak masak
Sekadar perangat lauk-lauk semalam yang masih berbaki
Lauk beli....... huhuh
Nasi goreng ini hakak sediakan 2 hari lalu.
Sibuk ............
Hari ahad memang hari yang sibuk
Saperti biasa, awal-awal pagi selesaikan rutin pagi dulu
Kemudian....
9.00 pagi berkejar pula ke masjid di kampong sebelah untuk mengikuti kursus haji yang bermula 9.30
emmm...
Tak tahu bila lah nak dapat panggilan ALLAH. In Sya ALLAH
Alhamdulillah, setakat ini cuma sekali aja hakak tak attend kelas
Minggu pertama
Maklum dapat tahu last minit
Minggu ini dah masuk minggu ke 7, huraian 'Tentang Haji Tamattuk' dari 15 minggu pengikut perancangan. Yang mana akan lengkap pada 06 Mei 2018
Setakat ni OK
Tapi kena ulangkaji juga bila balik rumah.
Selesai kursus dalam pukul 12 tengahari
Balik tu, singgah kedai kejap nak beli barang dapur
Sampai rumah
Kemas barang belian
Kemudian membasuh
Mengemop rumah
Ampai pakaian
Baru boleh rehat....tengok tv sat sambil hupdate blog
hehehe
Semalam pon hakak tak masak
Beli jugak
Gulai ikan, daging goreng dan terung bercili.. RM 10 ja, OK murah tu !
Tak berselera nak makan
Kepala sakit sangat-sangat
Berdenyut-denyut 'migrain'
Salah makan lah ini
huhuhu!
Penangan teringin sangat nak makan Kueteau Kungfu jualan Gerai Depan rumah.
Ini lah padah nya.
Kawasan rumah akak ni sebenar nya ada macam-macam gerai makan.
Walaupon kampong tapi meriah nya macam pekan.
Pekat dalam kampong...
Nak western, Gerai Tomyam, Gerai Nasik Kandaq, restoren Puncak Mutiara.... semua ada.
Paling dekat gerai tomyam, tiap malam dengar bunyi kuali belaga dengan senduk
Dengan aroma masakan yang di tiup angin.
Fuhh !
Kebetulan tengah malam tu terasa lapar, tapi malas nak masuk dapur
Jadi ingat order ja Kueteau Kungfu
Malam tu jamu selera Kueteau kegemaran,
Bangun pagi kepala terasa berdenyut-denyut
Awal nya terfikir-fikir juga apa lah yang salah makan ni
Sakit yang teramat
Baru teringat
Huh !
Tak tahu lah berapa kandaq 'aji ' yang dimasukkan
Patut masa makan dah terasa lain macam, manis 'hayaiii'
Hari tu makan kambing berhari pon tak sakit macam ni !
Telan panadol sebiji tak jalan
Petang tambah lagi 1 1/2 biji
Malam baru berpeluh
Berbaloi sangat lah....SATU HARI punya migrain
Aduhai !!!!!
OK
Berbalik pada resepi hari ini
Yang ini akak masak untuk sarapan 2 hari lepas.
Sebenar nya sehari sebelum tu dah buat
Tetapi tak sempat nak snap, lapar sangat habis sekejap saja
Hari berikut nya hakak goreng lagi
Saperti biasa bila sedap kita akan repeat masak
Untuk nasi goreng, hakak lebih suka menggunakan butter berbanding minyak kerana butter menjadikan nasi lebih lemak dan sedap rasa nya.
Untuk tambah sedap, masukkan sedikit lada hitam tumbuk ketika memasokkan nasi. Kalau nak masukkan awal boleh tapi rasa nya kurang 'kick' . Dah hilang rasa lada hitam tu.
Elok dimasukkan last sekali.
Dalam penyediaan nasi ini, ada yang meletakkan tomato di atas telur yang membungkus, tapi hakak lebih suka ia bercampur dalam nasi. Walaubagaimana pon ini terpulang kepada si tukang masak yang siapa yang nak makan ....
Untuk 2 orang
Bahan A (kocak)
3 biji telur
sedikit garam
*masukkan sedikit garam tujuan untuk memecahkan molekul telur semasa proses mengocak
Bahan B
1 1/2 mangkuk nasi putih (berada pada suhu bilik. Seroikan)
Bahan C
3/4 camca besar butter
4 ulas bawang putih (dicincang)
5 ulas bawang merah(dihiris nipis)
1 camca besar cili kisar (ikut kepedasan yang disukai)
3/4 camca besar sos cili Thai atau atau sos cili 'Life'
3/4 camca besar sos tiram
1 ketul dada ayam (dihiris kepada ketulan kecil)
3/4 camca besar sos tiram
1 ketul dada ayam (dihiris kepada ketulan kecil)
1/2 mangkuk kecil hirisan lobak merah
1/2 mangkuk kecil hirisan kacang buncis
1 camca teh lada hitam (ditumbuk)
sedikit garam
Cara-Cara Menggoreng Nasi
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumis bawang putih. Kacau seketika,
2. Masukkan bawang merah dan kacau sehingga bawang layu.
3. Masukkan cili kisar, sos tomato, sos tiram dan isi ayam. Kacau sehingga ayam 3/4 masak.
4. Masukkan sedikit air jika sambal sedikit kering. Kacau seketika sehingga ia mendidih semula.
5. Masukkan sayuran kacau,
6. Masukkan nasi yang telah di gembur dan lada hitam. Ratakan dan boleh di angkat.
Cara Menyediakan telur dadar dan membungkus nasi
1. Panaskan kuali melengkung* Boleh juga guna kuali leper tetapi kejadian nasi yang dibungkus akan menjadi kurang menarik.
2. Masukkan sedikit minyak dan pastikan ia rata pada keseluruhan dasar kuali.
3. Buang minyak yang berlebihan. Pastikan tiada minyak bertakung.
4. Panaskan kuali sehingga ia betul-betul panas 'berasap sedikit' (Jika kuali kurang panas, telur tidak akan melekat pada kuali)
5. Masukkan separuh telur (kita akan sediakan 2 bungkus) di tengah dan lenggang supaya ia penuhi 3/4 kuali.
6. Kecilkan api dan biar sehingga telur membeku.
7. Masukkan 1 mangkuk kecil nasi yang telah digoreng ditengah telur.
8. Lipat telur di ke empat-empat sempadan tepi nasi supaya ia menutupi nasi.
9. Telangkupkan pinggan diatas nasi. Dan terbalikkan kuali supaya nasi terletak dalam pinggan.
10 Siap untuk dihidangkan
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
Sedapnya kak. Terasa lapar pulak tengok 😊
ReplyDeleteLama tak makan nasi sebegini. Tapi memang sedap dengan aroma buter
DeleteSalam perkenalan.. Follow sini..
ReplyDeletesedap nasi goreng tu..
Salam perkenalan juga kepada Shahida...
Deleteamboi
ReplyDeletelawa2 gambar akak yer
pandai ambil
tengok pun jadi lapar
Terima Kasih
DeleteTerima Kasih
hehehe ...
sedapnya nengok akak nya ns grg pataya nih... dana tak penah cuba tkt tak jd masa nk bungkus ngn tlr hehehe....
ReplyDeletemasakan kt kedai kadang mmg sedap tp yg tahan kandungan aji nya kadang tak blh nk cakap...
akak pon sama Dana,pertama kali buat tak menjadi.. biasa lah
Deletekali ke 2,3 baru ok.
hi. teruja tgk nasi tu. 1st time kalau akk buat ni mesti fail. nnti akk cuba ok. tkasih share resepi. nnti share lg..
ReplyDeletewww.asmahabubakar.com