Thursday, 15 March 2018

YANG MANA MENJADI PILIHAN ..kurang RM 2,500 atau bersihkan RM 22,080

Ihsan Google

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Hari ini akak tutup dapoq sat ...
Kita duk kat ruang tamu ni, sembang-sembang sambil minum teh O 'kosong'
Adakah teh O kosong ?
ala teh O ja... tak ada kuih

OK .....
Jom kita sembang pasai duit
duit duit duit 
RM a.k.a Ringgit Malaysia !!!! 

Agak-agak di antara 2 berikut, yang mana menjadi pilihan kita
- duit yang diberi kepada kita kurang RM 2,500  atau
- kita mesti keluarkan RM 22,080

Itulah apa yang berlaku untuk dividend KWSP akak tahun ini,
Kerana lalai untuk menukar dari 'Simpanan Conventional' kepada 'Simpanan Shariah', akak terpaksa 'membersihkan' dividen yang diterima dalam jumlah yang agak besar.
Apa yang dimaksudkan dengan 'membersihkan', nanti akan diterangkan kemudian .....


Apa yang dimaksudkan dengan 'Simpanan Conventional' dan  'Simpanan Shariah'
'Simpanan Conventional'- Pelaburan dari simpanan ini adalah bercampur yakni pelaburan  'Bukan Syariah’  bersama pelaburan 'Patuh Syariah' . Sebahagian (mengikut peratusan) dividend yang diterima harus dibersihkan dan selebih nya baru menjadi hak kita kerana ia adalah dari sumber tidak halal.

'Simpanan Shariah'- Pelaburan dari simpanan ini adalah 100%  Patuh Syariah, berlandaskan Islam dan dividen yang diterima 100% adalah hak kita.


Dividend
Sebagaimana semua sedia maklum, tahun ini KWSP telah mengistiharkan dividend 'Simpanan Conventional' sebanyak 6.9 %, manakala 'Simpanan Shariah' 6.4 %.
Perbezaan nya hanya lah 5 % sahaja pengurangan.

Jom kita tinjau dari segi RM pulak....

Andai kata Jumlah duit tabung simpanan KWSP kita RM 500,000 ( # Contoh)  dan
... pada tahun 2016 kita telah pon memohon untuk menukar ke 'Simpanan Shariah'
... maka berkuatkuasa pada 2017, duit tabung simpanan KWSP telah berpindah dari Conventional ke Shariah 
... dan dividend yang di terima pada tahun 2018  / untuk tahun 2017 adalah 
6.4/100 * 500,000 = RM 32,000

Tetapi.........
Jika kita masih berada dalam 'Simpanan Conventional', maka pengiraan dividen adalah
6.9/100 * 500,000 = RM 34,500

* Perbezaan antara Conventional dan Syariah adalah RM 34,500 - RM 32,000 = RM 2,500

# Pengiraan dividend diatas adalah dengan andaian tiada pergerakan RM dari awal tahun hingga ke akhir tahun


Penyucian Dividen
Perlu di ingatkan bahawa  pelaburan untuk 'Simpanan Shariah' adalah 100% Pelaburan Patuh Syariah yakni berlandaskan Islam. Dan dividen yang diterima tidak perlu di sucikan dan menjadi hakmilik kita sepenuh nya ...

Manakala dalam 'Simpanan Conventional', duit tabungan dilabur dalam pelaburan bercampur  'Bukan Syariah’ 64%  dan 'Patuh Syariah'  36% ... (untuk tahun 2017)
Jadi nya jumlah dividen yang diterima dari simpanan ini mesti  di SUCI /BERSIH kan  = 64/100 * RM 34,500 = RM 22,080
dan baki dividen yang menjadi hak kita hanyalah 36%  = RM 34,500 -  RM 22,080 = RM 12,420 SAHAJA

Boleh rujuk di sini untuk lebih terperinci tentang PENGIRAAN AMAUN PENYUCIAN

JADI jika sebelum ini simpanan dah ditukar ke Shariah, maka dividen yang akan diterima adalah RM 32,000. 
TETAPI disebab kan masih dalam  Conventional, maka dividend yang menjadi milik akak dan boleh diguna pakai hanya lah RM 12,420. Selebihnya RM 22,080 mesti di sucikan. Dengan kata lain diberikan kepada yang berkenaan /orang lain

Nak buat macam mana, dah bukan rezeki ... terpaksa lah terima.


Dividen tahun Berikut nya
Selagi simpanan KWSP belum dikeluarkan, dividen yang diterima setiap tahun akan menjadi pokok untuk tahun seterusnya.
Saperti contoh diatas...  RM 500,000 +  RM 34,500 = RM 534,500
Dan divided pada tahun berikut nya akan dikira pada jumlah yang baru ia itu RM 534,500 menjadikan duit dari sumber yang tidak halal beranak-pinak selagi belum dikeluarkan.
Oleh itu tindakan segera penukaran harus dilaksanakan.

Biar rugi setahun- dua, dari rugi berpanjangan bertahun-tahun.....

Atau sanggupkah kita makan dari sumber yang tidak halal ?
... Tanya lah diri kita sendiri !


Duit Penyucian
Hendaklah disalurkan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan seperti bantuan fakir miskin, bencana alam, kos perubatan dan penjagaan kesihatan, kos pendidikan dan pembinaan/penyediaan kemudahan awam sama ada:-

a. Melalui Baitulmal di Majlis Agama Islam negeri masing-masing atau persatuan/ pertubuhan yang berdaftar sebagai badan kebajikan; atau

b. Secara langsung kepada pihak yang memerlukan bantuan kewangan terutama sekali ahli keluarga yang tidak berkemampuan selain daripada ibubapa, isteri dan anak-anak (tanggungan wajib).


Pendaftaran 'Simpanan Shariah'
Sebagaimana sedia maklum, Pendaftaran 'Simpanan Shariah' memang dibuka sepanjang tahun. Walaubagaimana pon jika pendaftaran dibuat pada tahun ini, tarikh kuatkuasa nya hanya bermula pada 01/01/2019...ia itu tahun hadapan.
Jadinya dividen simpanan untuk tahun 2018 yang akan di terima pada tahun hadapan perlu juga di bersihkan.
Dan dividen untuk untuk tahun 2019, diterima pada 2020 adalah menjadi milik kita 100%.

*** Oleh kerana akak baru saja buat penukaran ke Simpanan Shariah beberapa hari yang lalu. Maka nya tahun hadapan akak perlu sekali lagi sucikan dividend 2018 dengan jumlah yang lebih kurang sama. Kecuali wang simpanan dikeluarkan dari KWSP (Jika cukup syarat pengeluaran).

Untuk lebih lanjut boleh lah rujuk DI SINI atau boleh berhubung terus pegawai bertugas di KWSP yang berhampiran.

Kesimpulan
Sebagai orang yang beragama Islam, adalah menjadi suatu kewajipan untuk memastikan setiap urusan termasuk apa-apa yang berkaitan dengan urusan harta dan kewangan mematuhi syariah.

Jadi pastikan duit yang kita makan adalah dari sumber yang halal.

Jangan Berlengah, Tukar segera ke SIMPANAN SHARIAH

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

8 comments:

  1. yes
    tukar yang shariah punya memang untung
    ada baca kawan kongsi baru-baru nih tentang perkara nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Hans... Hakak dah tersalah langkah hari tu

      Delete
  2. betul tu FHA..sebaiknya bertukar ke shariah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fuzy. Siapa-siapa yang belum tukar tu elok lah di tukar segara

      Delete
  3. Baru faham dan maklum.. Tapi sha tak ada KWSP.. hehehe.. Bagus perkongsian ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih. Nak buat macam mana bukan rezeki hakak

      Delete
  4. Terima kasih di atas perkongsian ini.. ;)

    ReplyDelete