Saturday, 31 March 2018

NASI TOMATO ....sedap nya dimakan dengan 'Ayam Masak Ros'



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Resepi hari ini NASI TOMATO lawan dengan 'Ayam Masak Ros' mamak Penang 
Nanti kemudian hakak share resepi Ayam Masak Ros' yang awaresome tu ! OK !

Hari ni kita tengok resepi NASI TOMATO dulu

Cara menyediakan nasi tomato ni lebih kurang sama macam nasi-nasi yang lain
Yang berbeza cuma penggunaan bahan yang sedikit berlainan

Bercakap tentang bahan yang digunakan, sukatan yang digunakan kena 'patut-patut'
Maksud hakak jangan terlalu banyak, sebab ia boleh menyebabkan nasi melekit dan menjadi kurang menyelerakan. Contohnya terlebih tomato paste atau susu........

Kalau dah terkurang pulak dah menepati rasa kan !
Tentang tomato paste pulak, ada yang terlalu masam, ada yang sedikit manis
Jadi kena hati-hati ya

Biasa nya hakak akan rasa dahulu sebelum menyudu kan nya kedalam periuk.

Baru-baru ni hakak terbeli NASI TOMATO yang warna nya aduhai .... terlebih sudah
Merah yang amat !
.....mulut secara spontan 'Huishh !! merah nya' depan kakak yang jual tu
Dibalas kakak tu...... 'ini paste tomato mahal ni'

Nak cancel..., berasa bersalah pulak sebab  kakak tu dah sendukkan
Balik.. hakak cuma makan lauk saja, nasi hakak ketepikan.

Tak selera tengok... macam letak pewarna pulak..
Dah tu berlebihan
Adoiii !!!!

Biar warna nasi sedikit pudar, yang penting rasa nya sedap


Kali ini hakak masak beras biasa saja
Kalau nak guna beras brasmati pon boleh !

Tambahkan sedikit gula batu (sedikit saja tau) supaya butiran nasi 'sedikit' berkilat (tidak sebam) dan sipi-sipi manis

Jomm ....


Untuk 2 orang makan

Bahan A
2 cawan beras (Jika menggunakan brasmati, pastikan ia direndam 1/2 jam, kemudian di toskan air nya)

Bahan B
1 camca besar 'penuh' minyak sapi 'Ghee Blend'
1 camca besar minyak masak
6 ulas bawang merah (dimayang nipis)
4 ulas bawang putih (dimayang nipis)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 helai daun pandan (dipotong pendek atau dikoyak dan disimpul)

Bahan C
* Sukatan air ... 1 beras : 1.5 air + lebihkan sedikit untuk menggantikan air yang tersejat semasa mendidih

Jadikan 3 1/2 cawan (3  + 1/2 cawan lebih)
1 camca besar tomato puri 'KIMBALL'
1/2 cawan susu cair
Air biasa secukupnya

Bahan D
1 biji tomato segar (dicincang)
Gula batu sebesar ibu jari
sedikit perasa ayam (*optional. Tapi hakak tak letakkan pon)
Sedikit garam

Bahan E
Daun bawang
Bawang Goreng


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan dan panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam rice cooker. * Boleh gunakan periuk biasa
2. Tumis bahan B sehingga terbit aroma.
3. Masukkan bahan C (campuran Air), bahan D dan masak hingga mendidih. * Pastikan jangan terlalu lama didih nya kerana molekul susu akan pecah dan nampak kurang menarik.
4. Masukkan beras, ratakan sedikit, terus tutup tudung periuk dan masak saperti nasi biasa.
5. Apabila suis periuk bertukar ke 'warm mode', gembur 'sedikit' nasi supaya ia rata bercampur .
6. Tutup tudung periuk dan biarkan ia masak sempurna.
7. Tabur dengan bahan E sebelum dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

22 comments:

  1. Sedapnya..gambar saja pun dah rasa nak mkn

    ReplyDelete
  2. SEDAPPPPNYA.... boleh cuba time free nanti. Anyway 1st time datang sini dan terus follow blog. salam kenal ya =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal.... Siti Awadah
      masak sendiri ikut selera kita

      Delete
  3. Sedap nya makanan nya nih apalagi nasi di tambah tomat... jadi pengen makan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan tomat, nasi nya lebih sedap... ada rasa manis buah yang sedar

      Delete
  4. betul tu cik FHA kalau warna terlebih hilang mood tapi kalau sedap..boleh ler abaikan warna tu..hehe. Saya pun guna puree Kimball tapi dah lama tak masak nasi tomato ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tomato kimball memang sedap. kalau goreng mee mamak pon guna jenama ini

      Delete
  5. sedapnyaaaaaa.. nak buat tak berapa reti. beli jela nanti. hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pon kadang beli juga Asyiqin.
      ni sebab mai mod rajin sikit

      Delete
  6. erm...sekarang tengah diet nasi...tapi bila tengok gambar2 ni macam nasi tu memanggil2 je...ohhhh...diet ku!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala off kan diet tu
      Layan selera makan kita
      hehehe !

      Delete
  7. Wah, nampak sedapnya..feveret suami nasik tomato ni. Nanti saya nak cubalah..

    ReplyDelete
  8. so far belum penah msk nasi tomato sbb sy jemu dgn ayam msk merah so pasni boleh laa try resepi ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap makan dengan ayam masak ros.. nanti akak share resepi masak ros ya ... tunggu

      Delete
  9. mmg regu dia tuh kan kak ayam msk ros... ada pulak acar nenas sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak sediakan Acar Nenas Nor,
      Tapi kalau ada lagi mengancam ni ...

      Delete
  10. Replies
    1. Cuba cari kelainan dlm masakan terutama di bulan ramadan...

      Delete