KWETIAU BAKAR ... Sedap makan panas-panas. Terasa keenakan dan aroma Kwetiau ! Jom tonton YOUTUBE !
Bismillahirrohmanirrohim
Akak masih lagi dengan resepi Kwetiau tauuuu !
Selalu sangat makan Kwetiau yang berkuah atau lembap, apa kata kita cuba jenis bakar ini,
KWETIAU BAKAR..........
Juga dari resepi Chef Hassan Hen yang dikongsi dalam FB group 'Mai Kongsi Resepi' DI SINI.
Terima Kasih Chef....
Banyak resepi yang akak terliur tengok !
Tak terkejar, walau ramai yang dah mencuba
Pelan-pelan akak plan nak buat satu persatu In Sya ALLAH.
Sebab nak rasa sendiri keenakan resepi masakan kaum Cina.
Terima Kasih Chef....
Banyak resepi yang akak terliur tengok !
Tak terkejar, walau ramai yang dah mencuba
Pelan-pelan akak plan nak buat satu persatu In Sya ALLAH.
Sebab nak rasa sendiri keenakan resepi masakan kaum Cina.
Dalam penyediaaan resepi ini, seelok nya gunakan daging yang sedikit berlemak.
Pabila digoreng a.k.a dibakar, aroma lemak-lemak yang terbit ini yang menyedapkan masakan kita.
Kita tidak akan memasukkan air ya semasa proses menggoreng tauuu !
Jommm ikut akak ke dapur.
Akak tak boleh cerita panjang-panjang, terliur pula disiang siang hari posa ni..
JOM KITA TONTON VIDEO dulu...
Jangan lupa ya, ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya adik-adik akak semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
Kita terjah bahan dulu ya ...
Bahan A
3/4 bungkus Kwetiau (anggaran 350 g)
Taugeh secukup nya
Bahan B
Daging yang 'sedikit berlemak' secukup nya.... anggaran 1 mangkuk kecil. Kalau lebih lagi sedap (dihiris nipis)
1/2 camca besar Tepung Jagung
1/2 camca kecil Lada Putih serbuk
1/2 camca kecil Kicap Cair
1/2 camca kecil Minyak Bawang Putih
Bahan C
Minyak secukup nya untuk menumis (Lebihkan sedikit dari biasa. Kerana kita akan membakar Kwetiau nanti)
1 1/2 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Maggi Seasoning
1 camca besar Perencah 'Hilal'
1 camca besar Kicap Pekat
2 camca besar Kicap Cair (ikut kan kemasinan yg disukai)
1/2 camca kecil Lada Putih Serbuk
2 biji telur ayam
Bahan D
Daun Bawang
Daun Sup
Cili Merah/Cili Padi
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Daging di gaul dengan bahan B yang lain sehingga rata dan perap selama 5-10 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga keemasan.
3. Masukkan daging dan terus menggoreng sehingga lemak-lemak yang terdapat pada daging cair
Proses menggoreng ini biar sedikit lama .
4. Masukkan kwetiau, ratakan sedikit dan terus masukkan bahan C yang lain (kecuali telur).
5. Besarkan api dan terus kacau rata dalam kuali. Biarkan seketika untuk membakar kwetiau sehingga terbit aroma.
Jangan di tambah air ya .....
6. Buatkan lubangkan di tengah kuali dan masukkan telur. Biar sebentar sehingga telur sedikit membeku baru di balikkan dan dikacau bersama kwetiau.
7. Masukkan Taugeh, ratakan lagi.
8. Akhir sekali taburkan bahan D yang lain sebelum diangkat untuk dihidangkan.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
waahh nak kena cuba ni kak
ReplyDeleteSedap makan panas2. Laju ja masuk mulut
Deletesedapnyaaa.. boleh cuba berbuka nanti
ReplyDeleteCuba2. Lsgi sedap kalau guna daging yg sedikit berlemak. Aroma dan rasa daging pd kewteau sedap sangat
Delete