Wednesday, 27 June 2018

KARI UDANG RESTOREN NASI KANDAR..... resepi 'kedai rempah shahul hameed' yang sedap ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum
Masih dalam mood hari raya lagi kan ....

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


Punya lah nak masak gulai udang stail restoren nasi kandar, akak sanggup ke Kepala Batas untuk bertanya resepi idaman.
Sambil sambil tu borong beberapa rempah untuk stok sendiri.


Di utara ini siapa yang tak tahu 'Kedai Rempah Shahul Hameed'.
Kedai rempah yang begitu 'FEMESSS' di Utara ni.

Yang tak pernah masuk dapur saja lah, yang tak tahu  kan !!!!
Pelanggan boleh dikatakan sentiasa ada ...... masuk.. keluar ... masuk.. keluar

Malah yang tinggal jauh di Kuala Lumpur mahu pon di Johor, kalau balik atau datang ke Utara, tak akan lupa singgah untuk membeli stok dapur.

Terletak dalam pekan kepala batas, berhadapan dengan Kompleks Komersial Kepala Batas.
Kedai yang dah berpuluh tahun menapak disini.
Dari arwah bapa nya dan kini diwariskan kepada anak-anak beliau.

Dari kedai yang agak usang, maklum dah lama beberapa tahun lalu,
dan kini telah berwajah baru didalam.
Dengan susun atur barang jualan begitu kemas !




Macam-macam rempah ada disitu,
Bak kata iklan di ASTRO.... macam-macam adaaaaaaaaaaaa !

Sebut saja,

Akan diadun campuran rempah dihadapan kita.
Nak pedas, kurang pedas, lebih kan jintan dan sebagai nya..
Sebut saja.............

Yang akak rasa kagum, mereka boleh ingat berapa gram setiap rempah ratus yang perlu dicampurkan bagi menghasilkan berat timbangan Rempah yang di minta pelanggan.

Contoh kalau pelanggan mahukan 5 kg rempah kari ikan, berapa timbangan jintan manis, jintan putih, lada serbuk, ketumbar serbuk, cili serbuk dan lain-lain harus disatukan dalam plastik.

Itu kalau 5 kg, tapi kalau 6 kg, 7 kg, 8 kg....
Tanpa conggak-conggak terus di ceduk dari gundi terus dimasukkan dalam plastik.
Tapi hasil masakan dari rempah yang di adun memang umphh !!!!

Itu baru kari ikan, kalau kari daging, rempah kurma, rempah sup, rempah rendang besar, rempah masak kicap !
Kalau akak berpeluh nak ingat ..........


Berbalik pada resepi Kari Udang...
Teruja sangat nak masak kari stail mamak akak  sanggup bertanya.
Alhamdulillah, memang tak lokek resepi...
Gigih bercerita step by step pada akak.

Takut terlupa, akak ingat nak rakam saja voice mail bukan nya video pon
Tapi malu agak nya, terus dicari salinan resepi untuk akak.

Rezeki akak, last sheet..
Ada macam-macam resepi disitu.

Mai -mai kita masak KARI UDANG RESTOREN NASI KANDAR

KITA TONTON VIDEO dulu ya...

Jangan lupa.....SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya adik-adik akak semua akan dimaklumkan dengan video-video masakan yang lain !




Bahan A
300 -500 gram Udang Besar
15-20 Kacang Buncis * akak tambah

Bahan B (bahan tumis)
minyak untuk menumis
3 biji bawang kecil (dimayang nipis)
2 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih

Bahan C (Jadikan pes)
1 inci halia
6 ulas bawang putih
Tapi lebih sedap ia ditumbuk kerana aroma dan rasa memang berbeza.

Bahan D (Jadikan pes)
2 camca besar 'penuh' Rempah Kari Udang
Air Panas secukup nya
1 camca besar kas-kas * optional

Bahan E
1 biji bawang besar  (dikisar. Tapi lebih sedap jika ia ditumbuk)
1 camca besar Tomato Puree

1 camca besar Yogurt atau Tairu
1 keping asam gelugor *optional jika mahukan sedikit masam
Santan Cair secukup nya * optional
garam secukup nya

Bahan F
1 biji cili hijau (dibelah 2)
1 pokok ketumbar
Segenggam daun pudina

Cara-Cara Menyedikan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan B sehingga bawang layu.
3. Masukkan bahan C dan terus kacau sehingga hilang aroma 'bawang kisar' (jika dikisar) dan pastikan bawang betul-betul kecut.
4. Masukkan bahan D dan bawang kisar, masak sehingga pekat dan terbit minyak. Pastikan dikacau selalu untuk mengelakkan ia hangit atau berkerak.
5. Masukkan tomato puri dan terus masak sehingga minyak terbit kembali.
6. Masukkan bahan E yang lain. Sebatikan.
7. Masukkan udang dan buncis. Kecilkan api dan biar ia masak secara perlahan.
8. Akhir sekali masuk atau tabur dengan bahan F. Biarkan ia merenih sekejap dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. Sedapnyaaaaaaa...terus teringin nak masak kari udang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap, akak dah 2 kali buat selepas cuba resepi ini

      Delete