Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua...
Hari ini akak repost saja foto sirap kegemaran ramai ini.
Nak snap yang baru rasa malas sikit kebelakangan ni,
Tapi video penyediaan sirap ini akak dah shoot 2 hari sebelum raya
Hari ini baru siap, maklum notebook lembap bebenor !
OK ..
Resepi sirap ini dah banyak kali akak post tau
Cara menyediakan nya tetap sama
Cuma entry kali ini akak masukkan video saja..
Sirap yang paling akak suka dan kerap sediakan semasa perayaan Aidil Fitri, Aidil Adha, Rumah Terbuka, Office Open House, Portluck dan sebagai nya.
Kalau kat office dulu, sirap ini akan sentiasa akan ditunggu-tunggu oleh kenkawan pejabat.
Kalau raya pula, sirap ini yang akan di 'tala' dulu
Rasa nya ?
emm... memang sedap
perasa pisang dengan aroma daun pandan asli semerbak.
Semasa menyediakan nya, satu rumah harum mewangi .........
KITA TONTON VIDEO dulu...
Jangan lupa.....SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya adik-adik akak semua akan dimaklumkan dengan video-video masakan yang lain !
Anak saudara akak kata, rasa ya ada sikit-sikit macam minuman soda yang ada dipasaran,maaf lah akak tak ingat jenama apa, tapi botol warna hijau juga.
Akak sanggup turun kekedai, cari dan nak rasa sendiri ....
emm.. sikit saja rasa persamaan ia-itu banana. kalau diberi peratusan cuma 10 % saja
Sirap akak ini tiada soda, cuma gula, perasa pisang dan yag penting daun pandan mestilah banyak.
Kalau sehelai dua memang tak menjadi lah...
Jangan cuba menggantikan daun pandan dengan perasa pandan ya dikk !.
Rasa nya memang lari jauh .....
Lagi banyak daun pandan, lagi sedap
Akak masak baru-baru ni 2 kilo gula, daun pandan 1 pokok, dalam 45-50 helai.
Memang berbaloi..
Lagi-lagi nak sambut tetamu yang bertandang di hari lebaran.
Bahan A
2 kilo Gula putih
45-50 helai daun pandan (dikoyak-koyakkan)
1 1/2 botol air biasa
1 camca besar pewarna hijau
1 1/2 camca besar 'Pisang Star Brand'
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kesemua bahan A kecuali pewangi, kedalam periuk dan masak sehingga gula larut dan daun pandan betul-betul layu.
2. Angkat dan biarkan sirap sejuk sedikit, ~ 30 minit, baru dimasukkan pewangi 'Pisang Star Brand'. (Jika sirap terlalu panas, aroma pisang akan berkurangan)
Hasil nya dapat 2 botol lebih sirap.
Cara Menyedikan minuman
1. Masukkan sedikit sirap kedalam jug,
2. Tambahkan air secukup nya.
3. Masukkan kiub-kiub ais batu. dan kacau
4. Siap untuk dihidangkan
mohon copy resipi ya....sedap ni
ReplyDeleteSila...
DeleteSaya mohon share ya puan. Terima kasih
ReplyDeleteOK. Terima Kasih
Deletenk cuba jgk la.... dana mmg suke air pisang nih... tp tak penah try bt sndiri
ReplyDeletesedap, akak selagi tak habis 2 botol sirap ni, asyik dok ulang ja...
Delete