Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Baru-baru ni akak diberikan sebungkus Cendawan yang segar bugar, mak-datok !!!!
Bukan bungkus kecik dikkk, bungkus besarrrr
Selalu beli dikedai, pek kecil-kecil saja, dalam tu ada lah beberapa kuntum
Kadang tu beli 2 atau 3 bungkus untuk sekali masak
Tapi yang ini dah berkali-kali masak pon masih ada balance dalam peti sejuk lagi..
Jadi hari ini akak belanja resepi ASAM REBUS CENDAWAN
Jarang menu ini di sediakan kan.
Akak pon pirst time buat ASAM REBUS CENDAWAN ni
Sebelum ini dah masak Sayur Air Cendawan, sedap yang amatttt,
Manis asli gitu !
Tak payah lagi letak sebarang perasa tambahan mahu pon MSG...
Nak balancekan Cendawan yang mana orang kata 'sejuk' jadi akak tambahkan sedikit lada hitam dan lada putih.
Sedaplah pulak !
Nak balancekan Cendawan yang mana orang kata 'sejuk' jadi akak tambahkan sedikit lada hitam dan lada putih.
Sedaplah pulak !
Jommmm..
Bahan A
1 mangkuk besar Cendawan
Bahan B (kisar sehingga halus)
1 mangkuk kecil Ikan bilis ~ 35 gram
15-20 biji cili kering (sesuaikan kepedasan yang disukai)
1/2 camca kecil lada hitam biji
1/2 camca kecil lada putih biji
15 ulas bawang merah
belacan sebesar ibu jari dan lebih kan sikit
Air secukupnya
Bahan C
1 pokok Daun Kesum
1 kuntum Bunga Kantan
2 batang Serai (diketuk)
1 inci Lengkuas (diketuk) * optional
4 keping asam gelugor (sesuaikan kemasaman yang disukai)
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan B dan C dalam periuk besar. Tambahkan air jika mahukan kuah yang lebih.
2. Rebus sehingga mendidih.
3. Agak-agak ia sudah sendidih selama 8-10 minit (untuk sebatikan rasa) baru dimasukkan cendawan.
4. Kecilkan api dan biar hingga ia mendidih kembali secara perlahan. (Jangan dibiarkan terlalu lama mendidih kerana nanti cendawan jadi terlalu masak dan layu pulak !)
5. Siap untuk dihidangkan.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
No comments:
Post a Comment