Wednesday, 18 July 2018

SHEPHERD'S PIE yang lemak manis berkrim ... minum petang untuk ibu berpantang


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Hari ini nak share resepi SHEPHERD'S PIE yang lemak manis berkrim

Akak sediakan ia minggu lepas.
Teringin sangat nak makan dah lama tau
Selera nak makan ni memang lebih dari orang berpantang... ahaks !!

Ya lah..
Setiap kali pergi pasaraya Tesco tak lupa beberapa biji kentang akak akan sambar

Tapi bila balik ja, jadi lain pulak
Kalau tak jadi lauk, ia akan jadi kecut sebab dah lama tersimpan dalam bakul 'katakan',
lepas tu buang lah ...
Aduhaiiii ! Membazir

Yang ini baru jadi.... Yess !


OK...
SHEPHERD'S PIE  yang akak masak ini memang akak buat sedikit kelainan, ia-itu akak bakar ia 2 kali.
Bakar pertama adalah untuk menyebatikan dan menggaringkan ia.

Kemudian keluarkan dari ketuhar, cucuk bahagian atas dengan garfu dan tuangkan sedikit bancuhan susu kedalam nya supaya ia lembab-lembab moist dan rasa nya lemak-lemak manis gitu!!!

Kemudian bakar lagi dalam beberapa minit tambahan dan siap untuk di santap  ....

Sedap yang amat makan panas-panas...



Resepi boleh dapat 7 cup saperti diatas...

UNTUK UBI
Bahan A
5 biji ubi kentang

1 camca besar Butter
1 camca kecil lada hitam serbuk
1/2 camca kecil lada putih serbuk
1 cawan fresh milk 'Dutchlady' (atau sesuaikan dengan kelembutan kentang)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan Ubi
1. Rebus ubi kentang sehingga lembut/empuk.
2. Toskan air rebusan dan ditanggalkan kulit nya.
3. Dalam keadaan panas, masukkan butter dan dilenyek sehingga hancur.
4. Masukkan bahan A yang lain dan sebatikan sehingga rata. Ketepikan.


UNTUK INTI
Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawah merah
5 ulas bawang putih

2 ketul isi ayam (bahagian dada)

1/2 batang lobak merah
1/3 tongkol jagung

1/2 camca kecil lada hitam serbuk
1/2 camca kecil lada putih serbuk
sedikit garam

1/2 biji bawang besar Holland
hirisan daun sup
hirisan daun bawang

Cara-Cara Menyediakan Inti
1. Panaskan sedikit minya dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam, kacau-kacau hingga 1/2 masak.. sekejap saja ya
3. Masukkan lobak merah dan jagung. Masak sekejap sahaja dalam beberapa minit untuk memastikan ia tidak terlebih masak.
4. Perasakan dengan lada hitam, lada putih dan garam.
5. Padamkan api, baru masukkan  bawang Holland, hirisan Daun Sup dan hirisan Daun Bawang. Rata dan angkat.


BANCUHAN SUSU
Bahan C
200 ml susu segar 'Dutch Lady'
2 camca kecil gula putih


Cara-Cara Menyediakan PIE
1. Panaskan ketuhar suhu 180C selama 15 minit.   Api atas/bawah tanpa kipas.
... Dan pada masa yang sama
2. Sediakan bekas / acuan yang sesuai. Boleh juga masukkan dalam mangkuk besar jika suka

3. Masukkan 1 camca penuh bancuhan kentang kedalam acuan. Tak perlu diratakan.

4. Masukkan pula 1 camca besar inti atau lebih jika suka. Sama... Tak perlu diratakan

5. Tutupkan  dengan  bancuhan kentang. Juga tidak perlu dirata kan.


6. Bakar selama 30-45 minit atau sehingga bahagian atas PIE sedikit keperangan.

7. Keluarkan dari Oven, cucuk bahagian atas pie dengan garfu dan curahkan bancuhan Susu.

8. Bakar lagi selama lebih kurang 10-15 minit.
9. Siap untuk dihidangkan .





Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. alahai sedapnya kak, ni bkn je org berpantang tp yg sihat walafiat pun geram nengoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg x berpantang semua nak tumpang sekaki ....hehehe

      Delete