Thursday, 12 July 2018
MOI DAGING yang sedap ... untuk ibu berpantang
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ...
Jemu makan nasi, akak masak moii pulak dikkk.
Sebenar nya moii atau bubur nasi ini adik beradik dengan bubur lambuk.
Selalu-lalu akak kalau masak bubur lambuk, segala 'ma-neka' akak masukkan dalam periuk... meriah gitu.
Contoh nya santan pekat, tambahkan minyak sapi Ghee Blend, masukkan udang kering dan macam-macam lagi lah selain dari bahan-bahan asas nya.
Tapi untuk kali ini akak terpaksa skip semua yang 'marvelous' tu, maklum nak cuba kurangkan lemak-lemak bagai ni,
Udang pula akak takut gatal, sebab yang nak makan ni baru saja menjalani pembedahan bersalin tempoh hari
kena jaga tu..
Tak apa berpantang sekejap
Bercakap pasal bubur lambuk, masjid dekat rumah akak ni kalau masak bubur memang sedap.
Terperasan pulak ada daun kari dalam tu.
Ya lah kan ! sebelum menyuap semasa berbuka,, belek-belek dulu apa 'rahsia perencah' yang digunakan.
Berbalik kepada moii yang ini ...........
Akak cuba skip 'perasa-perasa tambahan'
Tapi bila test, macam tak ada rasa apa-apa pula, almaklum beberapa bahan dah lah dikurangkan diatas..
Tak ada pilihan, akak terpaksa masukkan sedikit kiub pati daging, sikiiiit saja sekadar bagi ada rasa.
Emmm.. habis juga seperiuk
Ya lah kan....
Laju pulak menyuap tambahan ada nya bawang putih goreng ranggup.......... ini rahsia nya
Dengan sedikit 'minyak wangi' Bawang Putih...... Pinjam kata Chef Hassan Heng !
Bawang ini akak goreng api kecikkk ja... sampai jadi keemasan sekata
Simpan sampai malam, malah keesokkan hari pon dok ranggup macam baru digoreng.
Ikan bilis pon sama, akak goreng sampai ranggup bersama 3 tangkai daun kari .. ini juga rahsia nya
Harum gitu.
Tu yang cepat licin bubur ni
hehehe....
Bahan A
1 1/2 cawan beras (basuh sehingga bersih dan toskan air)
15 cawan air (atau secukup nya sehingga beras 3/4 hancur)
2 mangkuk kecil hirisan daging
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
8 kuntum bunga cengkih
2 inci halia (dicincang halus)
6 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (dibelah 8)
2 batang serai (diketuk)
3/4 camca teh halba sahaja
3/4 camca teh jintan manis
1 camca kecil lada putih serbuk
1/2 camca kecil lada hitam serbuk
1 batang lobak merah (dipotong kiub)
1/4 tongkol jagung (diambil isi nya)
1 helai daun pandan (disiat dan disimpul)
1/4 kiub pati daging
sedikit garam
Bahan B (digoreng dengan api perlahan)
1/2 cawan minyak masak (minyak bawang putih boleh dimakan dengan bubur)
3 labu bawang putih (dihiris nipis)
Bahan C
sedikit minyak untuk menggoreng
3 mangkuk kecil ikan bilis
3 tangkai daun kari
Bahan D
Hirisan Daun Sup
Hirisan Daun Bawang
Bawang Goreng
Cara-Cara Menyediakan nya
1.Satukan kesemua bahan A (kecuali garam dan pati daging) kedalam periuk dan rebus sehingga nasi menjadi 3/4 hancur.
Untuk mempercepatkan proses memasak, nasi hendak lah dikacau selalu.
2. Agak-agak 5 minit sebelum angkat, baru perasakan dengan garam dan pati daging.
3. Bawang Putih pula digoreng dengan api perlahan untuk mendapatkan warna keemasan yang sekata.
Bawang yang siap digoreng ranggup, tidak akan lembut walaupon dibiarkan berada didalam minyak gorengan.
4. Pastikan ikan bilis dibasuh pada ketika hendak digoreng. Elakkan membasuh terlalu awal kerana ia akan menyerap air dan menyebabkan sukar untuk menjadi ranggup.
5. Agak-agak 5 minit selepas memasukkan ikan bilis kedalam kuali, terus masukkan daun kari.
Goreng dengan api perlahan sehingga ranggup.
6. Angkat dan toskan minyak nya.
Cara-Cara Menghidang
Sendukkan bubur kedalam mangkuk, Masukkan ikan bilis, hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan bawang putih goreng ranggup bersama sedikit minyak bawang putih (jika suka).
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
Sedap ni....PC buat juga sesekali...
ReplyDeleteAkak memang suka nasi bubur ni. Pantang jumpa ...
Delete