Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ...
Masih dengan lauk untuk ibu berpantang.
Kali ini akak masak daging pulak, maklum kalau hari-hari makan ikan tentu jemukan
Cuba mengelakkan masakan berminyak, akak rebus saja.
Bahan-bahan yang digunakan amat simple dan yang pasti tiada perasa tambahan.
Kebetulan daging yang akak masak ini daging local,
Jadi hasil masakan amat manis maklum daging baru
Saperti biasa halia akak akan cincang kerana jika dihiris memang sah akan diketepikan semasa makan. Tapi bila dicincang memang tak ada pilihan kena makan jawapnya.
Akak masukkan sedikit lada putih kerana lada putih memang diketahui lagi sedap berbanding lada hitam, tetapi kalau nak diperkatakan dari segi aroma, lada hitam lebih aroma nya.
Jomm...
Elok sangat untuk orang nak berdiet atau jaga makan....
Bahan A (diperap 1/2 jam atau lebih)
500 gram daging (dihiris nipis supaya cepat empuk)
1/2 camca teh kunyit serbuk
1/2 camca teh lada hitam serbuk (kisar dari lada hitam biji)
1/2 camca teh lada putih serbuk (kisar dari lada putih biji)
1 inci halia (di cincang)
5 ulas bawang putih (diketuk)
Bahan B
1 batang serai (diketuk)
Air secukupnya untuk merebus
Bahan C
sedikit daun sup (boleh dhiris halus atau pon kasar)
sedikit daun bawang (boleh dhiris halus atau pon kasar)
1 biji bawang besar (dibelah 8)
sedikit garam
1. Masukkan daging yang telah diperap kedalam kuali dan tambahnkan air secukup nya.
2. Rebus dengan api perlahan sehingga daging empuk. Jika daging masih liat atau keras boleh lah ditambahkan air dan teruskan merebus.
3. Rebus sehingga hampir kering....yang sedap nya biarkan ia sedikit berkuah.
4. Masukkan hirisan daun bawang dan daun sup dan perasakan dengan garam.
5. Sebelum angkat , masukkan hirisan bawang besar.
6. Siap
Sedap dimakan dengan peria rebus ....
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
Orang tak pantang pun boleh mengidam ni.
ReplyDeleteboleh boleh.... sesuai kepada yang ingin berdiet. elok sangat hehehe
Deletegeram lak nengok resepi nih kak.... walaupun utk ibu berpantang tp yg berperut buncit lemak pun boleh jgk ni kan...
ReplyDeletenk try jgk lah nnti kak...
resepi simple-simple saja Dana.. nak kurangkan makanan berminyak.
DeleteBaru timbang berat, nampak macam berat akak pon dah kurang sikit. yahooo !