Tuesday, 28 August 2018

AIR SARBAT ... ini baru betul-betul sirap legend !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Pernah minum AIR SARBAT ?
Ini  betul-betul air legend tau ............

Sekarang ini memang susah benar nak menikmati air yang sedap ini.
Kalau ada pon biasa nya dihidangkan dalam majlis-majlis keramaian di kampung-kampong yakni di kenduri kahwin di belah Utara ini.
Itu pon kalau adalah..
Ditempat lain akak kurang pasti .

Akak pernah minum air ini sewaktu kecil dulu... dah berpuluh tahun tu
Tapi ketika itu tak tahu pon nama ia air sarbat.

Bila abang akak datang bertandag bulan lepas, akak saperti biasa akan hidangkan air sirap ros yang kebetulan akak masak untuk hari raya Aidil Fitri tempoh hari.
Dari situ abang akak cerita pasal AIR SARBAT ini,
Beliau bersungguh-sungguh bercerita dimana beliau ketika itu bersama bapa saudara ke kedai mamak yang terletak bersebelahan Balai Polis Bukit Mertajam untuk membeli ramuan Sarbat.

Jadi beliau cadangkan kepada akak untuk dapatkan kalau ada.
Kata nya lebih sedap dari air sirap ros.

Betul tu.
Bila akak dah masak dan rasa akan air ini, barulah  tahu ini lah  air yang pernah akak minum dulu terutama dalam majlis kenduri kahwin.
Memang sedap sangat-sangat tau ........


Ini lah ramuan SIRAP SARBAT.
Sebungkus ini harga nya RM10 dan boleh masak sehingga 10 kilo gula. Tapi terpulanglah nak lebihkan gula jika mahu kurangkan aroma nya ketika minum atau lebihkan.

Boleh cuba cari di kedai Mamak yang menjual 'rempah ratus'.
Kedai-kedai biasa rasa nya tak ada.


Macam biasa akak kadang terlebih rajin kan...heh hehh hehhh !
......maka terhasil lah saperti diatas.

Ada kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, bunga ros, jintan manis, jintan putih dan beberapa lagi bunga-bungaan dan akar kayu yang akak pon tak kenal...

Maklum ini pertama kali akak masak, jadi risau juga masa nak masak pertama kali tu,
Ya lah kan ada jintan manis, jintan putih dan rempah 4 sekawang yang biasa nya digunakan dalam masakan daging dan ayam tu.
Jadi akak cuma masak 1/3 bahagian dulu dengan 3 kilo gula.

Tapi jangkaan akak meleset...
Bila dah rasa, rasa macam tak cukup pulak sirap tu.
Sekarang ini akak ketepikan sementara waktu milo ais minuman harian akak.
Hari hari bergelas dengan AIR SARBAT
Sirap yang dimasak tempoh hari pon dah tak banyak tinggal dalam peti ais
Lepas ni nampak gaya kena masak lagi ...

Jom akak tunjukkan cara nak menyediakannya PATI SIRAP SARBAT


Untuk pertama kali, akak masak 1/3 bungkus dulu

Bahan A
1/3 bungkus ramuan AIR SARBAT
3 kilo Gula Putih
3 botol Air biasa
25-30 helai Daun pandan (Akak masukkan lebih sebab rumah akak ada banyak daun pandan)
beberapa titis pewarna merah

1 kaki persegi Kain putih (boleh guna 'kain tudung lama' yang dibasuh bersih)
lebihan kain putih sebagai tali pengikat

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Basuh ramuan AIR SARBAT dan toskan air.

2. Tumbuk semua bahan sehingga 3/4 hancur.
Jangan dikisar ya..........


3. Masukkan dalam kain yang disediakan.

4. Ikat dengan kuat supaya tidak akan terbuka semasa proses merebus nanti. Ketepikan.

5. Sediakan periuk dan masukkan daun pandan yang disiat-siat dan disimpulkan.

6. Masukkan gula secukupnya.

7. Masukkan bungkusan yang berisi ramuan SARBAT dan tambahkan beberapa titis pewarna.

8. Tambahkan air secukup ya dan rebus sehingga 1 1/2 - 2 jam atau lebih.

9. Selepas sirap masak biarkan bungkusan ramuan didalam air sirap selama beberapa jam lagi sehingga sirap sejuk untuk mendapatkan aroma yang lebih.
10. Keluarkan bungkusan berisi ramuan SARBAT dan tapis sirap untuk mengeluarkan 'rampai' jika ada sebelum dimasukkan kedalam botol untuk disimpan dalam peti sejuk.

Cara-Cara menghidangkan nya
1. Masukkan sedikit sirap sarbat kedalam jug,
2. Tambahkan air secukupnya mengikut kemanisan yang dikehendaki.
3. Masukkan ketulan ais.
4. Siap untuk dihidangkan
Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

13 comments:

  1. Sedapnya. Sya pun pnah minum time raya d rumah org. Mna la nk bli rempah tu. Xpnh jumpa pula kdai rmpah mamak 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rajin bertanya dengan mamak yang jual tu. Biasa nya TAK diletakkan bersama rempah-rempah yang lain. Kalau mencari sendiri memang sah tak jumpa.

      Delete
  2. Salam kt mana nk dpt rempah2 air sarbat tu ya? Puan beli kt mana rempah yg sepaket tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. cuba cari di kedai mamak yang menjual pelbagai rempah ratus... (Kedai runcit) Biasa nya ada.

      Delete
  3. Macam mana nk beli ye rempah tu..adoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan kedai runcit mamak ada jual. dalam Shopee pun dah ada.

      Delete
  4. Rempah ni kena basuh bersungguh2, kalau tidak sirap jadi keruh.
    Kak, pernah ada info tak, rempah kena rendam terlebih dahulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yg akak masak selama ni, tak pulak sirap tu berkeruh...jernih saja.
      Akak basuh macam biasa, x perlu rendam. kemudian tumbuk kasar dan bungkus dlm kain nipis dan terus masak

      Delete
  5. Latar belakang or meja tu jenis apa ya?klu x keberatan blh share. Nampak rustic.cantik sngt

    ReplyDelete
  6. Latar belakang or meja tu jenis apa ya?klu x keberatan blh share. Nampak rustic.cantik sngt

    ReplyDelete
  7. Ply wood biasa ja.. Akak cat putih guna roll pengecat. Sisa sisa cat pada roll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Campur dgn cat bewarna lain..biru or kelabu dah x ingat

      Delete