Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Pergi ke masjid bersama bapa
Seiring berjalan sesama rakan
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha
Salah Silap harap di maafkan
Selamat Hari Raya Semua .....
Raya Haji tahun ini akak tak masak apa-apa menu yang istimewa.
Kuih raya puasa hari tu pon masih ada lagi.
Akak cuma sediakan SIRAP SARBAT untuk minuman harian saja.
Nanti selepas pilih foto yang sesuai, akak share ya resepi nya ...
Hari ini kita tengok lauk yang disediakan semalam selepas menerima daging Qurban pemberiaan kakak sebelah rumah.
Rebus ringkas-ringkas aja, dengan halia dan tambahkan sedikit garam apabila daging telah masak sempurna.
Akak sengaja masak sebegitu kerana nak menikmati kemanisan daging segar, jadi sayang kalau dimasukkan serai, hilang rasa asli daging.
Daging yang siap rebus dan dihiris ini akak 'gu' kan dengan air asam yang pekat, melekat dan meleleh sedap !
Cukup dengan lauk ini, akak boleh menambah berpinggan nasi sambil menghirup kuah sup rebusan daging ........fuyooo !
DAGING REBUS
Bahan A
Daging lembu
Air untuk merebus secukup nya
1/2 inci halia (dihiris tebal)
1 batang serai (optional) * akak tak masukkan
Sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Daging jangan dihiris tetapi biarkan ia dalam keadaan seketul besar. Ini adalah untuk mengekalkan ke'moisan' daging. * Daging yang dihiris terlebih dahulu akan menyebabkan texture daging menjadi keras.
2. Tambahkan air sehingga ia 3/4 tenggelam, halia dan tutup tudung periuk. Rebus dengan api perlahan.
3. Agak-agak ia telah 1/2 empuk, alihkan daging supaya bahagian bawah daging berada diatas dan teruskan merebus sehingga masak sempurna.
4. Tambahkan garam dan biarkan ia mendidih selama 5 minit sebelum di keluarkan dari periuk dan di hiris sederhana tebal.
5. Siap untuk dihidangkan.
AIR ASAM
Bahan A
2 camca teh 'penuh' Asam Jawa 'ADABI
5 biji bawang merah (dihiris nipis)
10 biji tomato ceri kuning (dibelah 2 setiap biji)
10 biji tomato ceri merah (dibelah 2 setiap biji)
10 biji cili padi merah *ikut kepedasan yang disukai (di hiris)
10 biji cili padi hijau *ikut kepedasan yang disukai (di hiris)
2 biji limau kasturi (diambil jus, dan kulit nya dihiris nipis)
1 biji limau kasturi (dibelah 2)
1 camca besar 'penuh' gula putih
sedikit belacan (dipicit-picit supaya hancur)
sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit air
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A diatas dalam mangkuk, dikacau sehingga rata dan diperap selama 15 minit sebelum dihidangkan.
SUP DAGING
Air rebusan Daging
Hirisan Daun Sup
Hirisan Daun Bawang
Bawang Goreng
* Tak perlu sebarang perasa tambahan
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan air rebusan daging kedalam mangkuk dan tabur dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment