Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Akak ke pasar tani hari beberapa hari yang lalu, bila ternampak saja akan ikan ketuka ini, terus terlintas dikepala.... kalau Masak Asam Pedas atau bakar tentu sedap !
Jadi akak pon apa lagi sambar lebih kurang 8 ekor yang bersaiz besar jugak lah.
Pilih yang dah disiap siang walaupon harga nya sedikit mahal tetapi amat memudahkan dan mempercepatkan semasa di dapur.
Maklum ikan ketuka yang sama spesis dengan ikan pari ni, cara siang nya tak sama saperti ikan-ikan yang lain.
Bila di dapor,
Akak kena buat pilihan samada........
Masak Asam Pedas atau Bakar ?
Masak Asam Pedas atau Bakar ?
Masak Asam Pedas atau Bakar ?
Emm . ..
Akhir nya akak pilih Bakar
Akak 'gu' kan dengan Sambal Berkerisik !
Kerana akak dah tau selera keluarga
Depa ni kalau sambal kerisik, tak boleh sikit... ,tak cukup !
Semua pakat nak hirup kuah sambal ni....
Bukan depa saja, akak pon sama
Sedap yang Amatttt ! Jom cuba , betul betul sedap ni !
Yesss akhir nya akak sediakan semangkuk besar................
Jom kita tinjau bahan-bahan nya
SAMBAL KERISIK
Bahan A (dikisar sehingga halus)4 biji cili merah
8 biji cili padi merah *sesuaikan kepedasan yang disukai
1 1/2 camca besar 'penuh' kerisik
sedikit belacan
sedikit air
Bahan B
3 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris tebal)
2 biji tomato segar (dibelah 4 dan dihiris tebal)
8 biji tomoato ceri merah
8 biji tomato ceri kuning
1/2 camca teh lada hitam biji serbuk * akak lupa nak masukkan
5 camca besar 'penuh' gula putih *sesuaikan kemanisan yang disukai
1 1/2 camca besar 'penuh' pes asam jawa 'Adabi'
Sedikit air * jika inginkan berkuah
sedikit garam
Bahan C
2 camca besar beras * akak lupa nak masukkan
Bahan D
4 biji limau kasturi (dibelah 2 dan diperah jus nya, kulit jangan dibuang, boleh dihiris halus atau dimasukkan begitu saja)
4 biji limau kasturi (dibelah 2 sahaja)
1 pokok daun ketumbar (dihiris kasar)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan kuali (Jangan dimasukkan minyak ya...).
Dalam masa yang sama alirkan air pada beras untuk mengeluarkan kekotoran jika ada. Toskan dan terus masukkan ia kedalam kuali dan digoreng dengan api yang 'sedang'. Pabila beras sudah kelihatan bertukar warna, terus diperlahankan api yang kecil. Teruskan menggoreng sehingga semua beras kelihatan betul betul keperangan. * Beras yang garing adalah lebih beraroma.
Pastikan beras selepas dibasuh terus digoreng untuk mengelakkan air meresap dalam butiran beras,
juga pastikan beras dikacau selalu untuk mengelakkan ia hangus.
2. Alihkan beras kedalam mesin 'pengisar kering' dan kisar sehingga halus. Tetapi jika masih ada biji-biji sedikit tak apa dah di kira OK lah tu. Apabila dikisar serbuk beras kelihatan keputihan ya....
3. Satukan kesemua bahan A dan beras sangai di dalam mangkuk dan digaul sehingga rata.
4. Akhir sekali masukkan limau kasturi, daun ketumbar dan ratakan sekali lagi.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Ini lah hasil nya, tara .............
IKAN BAKAR
8 ekor ikan ketuka (boleh digantikan dengan ikan apa sahaja saperti cencaru, pari, kembong, mahu pon udang dan sotong)
1 camca teh 'penuh' kunyit serbuk
sedikit garam
Daun pisang secukup nya
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ikan disiang dan gaul dalam campuran garam dan juga asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Kemudan dibasuh bersih.
2. Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam dan perap selama 1/2 jam.
3. Letakkan sekeping daun pisang dalam kuali. Susun ikan.
4. Ambil sehelai lagi daun pisang untuk menutup bahagian atas.
5. Pasang api yang kecil dan masak sehingga matang.
6. Siap untuk dihidangkan , tada .................
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
Menarik sambalnya.. Sha tak pernah buat sambal macam nie.. Nampak sangat menyelerakan..
ReplyDeletewahhhh mmg gu dia lah tu kak... klu cuma ngn air asam pun bg dana dh sedap...
ReplyDeleteakak panggil ikan ketuka yek...
dana panggil ikan pari je.... atau anak pari