Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Tahniah kepada anak saudara Siti Nurul Jannah dan pasangan Mohd Areffin yang telah menerima cahayamata 'kembar lelaki tak seiras' Umar AlKattab dan Muhammad.
Selama 8 tahun tak jemu-jemu berusaha secara tradisional disamping berulang alik ke hospital Seberang Jaya cuba berubat untuk mendapatkan zuriat.
Pada 2017, akak mencadangkan supaya berjumpa dengan pakar Prof Dr Hamid Arshad, di Kuala Lumpur FB Dr Hamid Arshad , setelah beroleh sedikit pengalaman dari kawan sepejabat yang juga mengalami masalah sukar mendapatkan zuriat suatu ketika dahulu.

Setelah menjalani rawatan lapariscopy pada Ogos 2017, alhamdulillah syukur kepada ALLAH beliau disahkan hamil 2 bulan berikut nya.
Sembilan bulan selepas, pada 25 Jun 2018 maka lahirlah pasangan Kembar Lelaki ini di Hospital Seberang Jaya Penang secara pembedahan.
Abang diberi nama Umar AlKattab manakala adik bernama Muhammad mengambil sempena nama Nabi Muhammad SAW dan sahabat karib nya Umar AlKattab.
Comelkan kedua-dua cucu TokNdak ni ....
Abang diberi nama Umar AlKattab manakala adik bernama Muhammad mengambil sempena nama Nabi Muhammad SAW dan sahabat karib nya Umar AlKattab.
Comelkan kedua-dua cucu TokNdak ni ....
Dan semalam 13 September 2018, kembali mengunjungi klinik Prof Dr Hamid Arshad untuk berkhatan. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala nya .....
Kepada Umar AlKattab dan Muhammad....
Moga menjadi anak-anak yang Soleh, Beriman dan Bertakwa kepada ALLAH, Bijak Cerdik Pandai, Jujur, Amanah, Baik kepada umi ayah dan semua orang, Berjaya dalam kehidupan, diberi kesihatan yang baik dan tidak lupa untuk sentiasa mengirimkan doa-doa kepada Tok-nenek yang terdahulu dari kita.....Itulah doa-doa Tok Ndak setiap solat kepada cucu-cucu kesayangan dan harapan ini.

Kepada pasangan yang sukar mendapatkan zuriat, period tidak teratur atau apa-apa masalah yang tidak normal...jangan tunggu lama, berjumpa lah pakar. Ini mungkin salah satu sebab nya.
Kalau nak dibandingkan dengan klinik-klinik pakar yang lain., kos rawatan di klinik pakar Dr Hamid Arshad ini adalah antara yang termurah.
Kalau tak silap akak sekali rawatan lebih kurang RM 150 sahaja, sama juga saperti kalau kita ke klinik pakar kerajaan yang lain.
Cuma untuk rawatan intensif atau pembedahan, kos nya adalah lain...ini pon setelah beberapa kali melalui rawatan biasa dan susula dan jika masih tidak berjaya maka baru dicadangkan rawatan intensif atau jika didapati ada masalah kesihatan.
Perkhidmatan di klinik ini memang tip-top kerana tugas mereka adalah menjurus kepada masalah wanita sahaja dan telah lama beroperasi dan alhamdulillah ramai yang berjaya beroleh zuriat dengan izin ALLAH.
Kepada adik-adik anak-anak.. jika ada masalah wanita atau sukar mendapatkan zuriat, jangan tunggu lama-lama. Terus buat temu janji kerana ramai yang beratur menunggu giliran, boleh berbulan baru dapat tarikh temu....
Kepada Prof Dr Hamid Arshad... Terima Kasih atas perkhidmatan dan nasihat yang diberikan. Moga ALLAH terus berikan kesihatan yang baik agar boleh terus berbakti dengan kepakaran Pof kepada masyarakat terutama pasangan yang masih menunggu zuriat. Aamiiin.
Kita hanya mampu berusaha, ALLAH jua yang menentukan nya.
Muhammad (Adik) dan Umar Alkhattab (Abang)
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
Syukur alhamdulillah...
ReplyDeleteTerima kasih Gee
ReplyDelete