Thursday, 13 September 2018

BRENGKES DAGING QURBAN ... masih lagi dengan lauk brengkes yang sedap ini


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Semalam akak masak brengkes lagi, tapi kali ini BRENGKES DAGING pulak
Makan nasi  berlaukkan BRENGKES IKAN JENAHAK hari tu  memang berselera sangat.

Boleh juga tambah dengan sedikit percikkan kicap lemak masin ketika makan, memang makin bertambah yummy !!!

Sedikit ubahsuai antara resepi BRENGKES IKAN JENAHAK hari tu dengan semalam adalah kali ini akak 'sangai/goreng kering' biji ketumbar untuk menaikkan lagi aroma nya, lebihkan cili kering 'superhot' kerana lebih suka lauk yang pedas 'berdesing', tiada penggunaan perasa tambahan tapi akak gantikan dengan gula kabung supaya rasa nya ada sipi-sipi manis.
Kebetulan limau nipis terlupa nak dibeli, jadi akak gantikan dengan limau kasturi, Kulit-kulit nya akan campak sekali dalam periuk tu

Memang layan makan nasi panas-panas, agak-agak 3-4 pinggan juga lah makan selepas solat magrib. Tapi senduk nasik dalam kuantiti yang sedang-sedang ja, supaya nasi sentiasa panas ketika dimakan !!!
hahaha !
layan ja lah selera, tumpang tengah berselera !!!


Bahan A (diperap 1/2 jam)
350-400 gram daging (dipotong kepada ketulan sedang)
1 camca teh Kunyit Serbuk
Sedikit garam

Bahan B (dikisar halus)
20 biji Cili Kering 'Superhot' (boleh diganti dengan cili kering biasa dan ikut kepedasan yang disukai)
5 ulas Bawang Putih
7 ulas Bawang Merah
2 1/2 camca besar makan Ketumbar Biji (disangai terlebih dahulu) * Ini ja yang tinggal / kehabisan stok

Bahan C
1/2 cawan minyak
1/2 santan kotak kecil 'KARA' (jika santan yang diperah, pastikan ambil bhg pekat/kepala santan sahaja)
3 biji Limau Kasturi (diambil jus nya) 
Perasa pilihan (boleh tambahkan perasa daging/ayam, gula atau hirisan daun ketumbar jika suka)* Akak masukkan 1 camca besar gula Kabung 
Sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga masak (tak perlu terlalu lama atau terlalu kering) , angkat dan ketepikan.

2. Menggunakan minyak goreng daging yang sama, panaskan ia dan tumis bahan B sehingga pecah minyak menggunakan api sederhana panas.
3. Masukkan daging dan tuangkan santan pekat.
4. Masak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi betul-betul pekat dan keluar minyak yang banyak.
5. Tambahkan garam / perasa pilihan.
6. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis dan sebatikan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. hirisan limau kasturi tu msti menambahkan selera bau dia tu kak...
    ala2 mcm rendang tp versi mudah sikit yek...
    smlm ikan ni daging lak... bt org teliur jelah kak ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya makan dengan nasi panas!

    ReplyDelete