Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Ikan Goreng Cuka ini akak masak dah lama dalam pengujung tahun lepas.
Tapi terlupa pula nak dikongsikan.
Kadang tu gambar-gambar semua dah siap edit, cuma malas nak menyediakan entry, itu yang menyebabkan sampai terlupa.
Jomm...
Masak cuka sebenar nya elok untuk yang tak ada selera, kerana masakan ini ada rasa masam, manis, masin, pedas dan lemak ikan bawal yang membantu untuk membuka selera kita kembali.
Bahan A (gaul dan diperap 1/2 jam)
1 ekor ikan bawal. Boleh digantikan dengan ikan lain (dibersihkan dan dipotong kepada saiz yang lebih kecil)
sedikit kunyit sebuk
sedikit garam
Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dimayang nipis)
4 ulas bawang merah (dimayang nipis)
1 inci halia (di potong saperti batang mancis)
2 tangkai daun kari
1 camca teh biji sawi
1/2 camca teh halba
Bahan C
1/4 cawan cuka makan
3/4 cawan air
2 camca kecil gula
1 camca besar sos tiram *optional
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang' * optional
Sedikit garam
Bahan D
2 biji bawang besar (dipotong baji)
10 urat kacang buncis (dipotong menyerong)
1/2 biji lobak merah (dipotong panjang 2 inci dan dibelah 4 atau lebih) *
1/2 biji timun (dipotong panjang 2 inci, dibelah 4 dan dibuang empulur) *
* tak masukkan sb tak ada stok
Bahan E
2 biji cili merah / cili hijau (dibelah 2. Biji buang atau tidak.. ikut suka) * Boleh diganti dengan cili padi
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga masak. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama (jika berlebihan bolehlah dikurangkan), tumis bahan B sehingga naik bau yang harum.
3. Masukkan bahan C masak sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan bahan D, biarkan sehingga sayur 1/2 masak
5. Terus masukkan Ikan yang telah digoreng dan bahan E. Ratakan.
6. Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment