Monday, 15 October 2018

SAMBAL NASI LEMAK SOTONG KERING ... serius gila...amat sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Akak masak nasi lemak lagi, maklum anak saudara akak tu bila akak bagi nasi bungkus yang akak beli di Kantin Sekolah dekat kebun akak, dia tanya nasi lemak ke ?

emm dah tau dah ni mesti ngidam nasi lemak dan SAMBAL NASI LEMAK YANG SANGAT SEDAP yang akak masak tempoh hari.

Untuk makluman adik-adik dan sahabat sahabat akak sekalian, alhamdulillah akak dah dapat resepi NASI LEMAK BUKIT GANTANG versi akak setelah beberapa kali try and error.

Ini response akak terima dari ahli keluarga sebelah rumah... ps... akak tak sempat nak tanya dah terima WSAP


OK..
Oleh kerana permintaan ramai, juga dari diri akak hehehe !, akak masak Sambal Sotong pulak dengan sedikit ikan masin.
Versi yang sama saperti SAMBAL NASI LEMAK YANG SANGAT SEDAP tempoh hari tetapi sedikit upgrade menjadikan sambal ini betul-betul meletop dari sebelum ! Sedap tau !!!!!!


Beza nya ........
Semua bahan-bahan akak goreng, Kemudian tambahkan ikan bilis tumbuk 'manja-manja', dan daun pandan 2 kali 'masuk' .

Jom hari ini akak share Sambal dulu ya..
Nasi akak masak sikit saja untuk diri akak sebab nak kekebun pagi-pagi ni, petang nanti In Sya ALLAH akak masak nasi dan share esok atau kemudian ya..

Berbalik kepada Sotong Kering yang nak buat sambal ini, akak teringat Sotong ini yang menjadi kegemaran arwah abang akak.
Dulu akak kerap beli di Pasar Chow Kit yang memang ada banyak pilihan

Tapi di Penang ni susah sikit nak dapat, dah tu pulak mahal yang amat !
Tak ada pulak 'ketulan batu putih (Abu Chang)'  bahan yang digunakan untuk melembutkan sotong. Aduhaiiiii

Bercakap pasal  'ketulan batu putih' ini, ia amat penting tau, Tak ada alamat ya  sotong yang dimasak aduhaiiii ! keras, liat yang teramat-amat walaupon akak dah rendam dengan air panas berulang-ulang kali selama sehari, lepas tu rebus pula berjam-jam.. tak ada beza pon.


Penyelesaian nya akak terpaksa potong nipis dan kecil-kecil, kalau tidak nanti ada yang ketepikan/tak makan, sayang ! Bukan murah ... akak beli 4 ekor dekat RM 50, sekilo harga nya RM 100.
Kalau di Chow Kit rasa dalam harga tu juga tapi tak lah sampai RM 100.

Jom... jangan lupa try, kalau tak ada sotong ini boleh juga guna sotong biasa atau ikan bilis sahaja, tapi pastikan bahan-bahan dan cara memasak nya sebegini ........

Kali ini sambal nya akak masak LEBIH !


Bahan A
2 ekor sotong kering saperi diatas (direndam bersama ketulan batu putih selama semalaman, kemudian dibilas beberapa kali, sebelum dipotong kepada kepingan kecil)

Bahan B
Minyak untuk menggoreng
70  biji cili kering (Cili Kering akak panjang sejengkal, kalau yang pendek tu boleh lah dilebihkan)
2 biji bawang besar (belah 4)
8 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering
2 camca besar ikan bilis
Belacan sebesar 2 ibu jari
* Semua bahan diatas digoreng secara berasingan selama 1-2 minit. Untuk cili kering tu lebih kan sedikit kerana ia banyak. Tapi jangan sampai hanggus, Tak perlu tunggu sehingga cili bertukar warna

Sedikit air untuk proses mengisar (tak perlu banyak)

Bahan C
3/4  cawan minyak masak
1 camca kecil 'penuh' pes asam Jawa 'ADABI'
3 helai daun pandan (disiat dan disimpul)

Bahan D
60 gram ikan bilis (ditumbuk 'manja-manja'/ lebam saja)
Gula kabung sebesar 4 ibu jari *
4 camca besar gula perang *
Sedikit garam
* Boleh masukkan gula kabung semua atau gula perang semua. Tambah atau kurang gula mengikut kemanisan yang disukai 

3 helai daun pandan... tambahan (disiat dan disimpul)
Tiada perasa tambahan


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Oleh kerana akak tak ada 'ketulan batu putih' diatas, selepas sotong direndam, akak potong kecil kecil sebesar 2 batang mancis dan rebus selama lebih kurang 1 jam, selain melembutkan nya juga menghilangkan bau sotong. Kemudian toskan air dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana dan goreng setiap bahan B secara berasingan untuk menerbitkan rasa yang lebih sedap dan sambal yang beraroma.
* Pastikan jangan terlalu lama terutama cili kering kerana ia cepat hangus.
3. Kemudian kisar bahan B dengan sedikit air sehingga halus.

4. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dan masukkan bahan C.
5. Masak dengan api yang perlahan sehingga sambal menjadi 3/4 pekat dan pecah minyak.
6. Masukkan sotong yang telah direbus dan bahan D kecuali daun pandan.
7. Teruskan memasak sehingga sambal kembali pecah minyak dan menjadi betul-betul pekat,
 baru masukkan tambahan daun pandan, dan masak lagi selama 20-30 minit dengan api perlahan.
8. Siap untuk dihidangkan

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

7 comments:

  1. Tengok sambai ni memang teringat nasi lemak kaknoor pun belum terbuat lagi asyik dok postpones saja, esuk lusa kena try ni, terimakasih FHA bagi tips goreng dulu cili dan yg lain utk bgi sedap sambai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak noor, jangan lupa masukkan ikan bilis yg diketuk lebam(kalau masukkan sekor2 x terasa. Kena ketuk ketuk sikit bagi lebam) juga tambahan daun pandan 15-20 minit sebelum sambal diangkat.

      Delete
  2. aduh kak, my peberet sambal sutun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba resepi ni Dana... Alhamdulillah memang sedap. .. Sanpai akak macam nak ratah saja sambal tu

      Delete
  3. Salam Kak, kalau nak masak untuk 60 orang , brapa keping sotong diperlukan ya?.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. Sotong ini ada berbagai saiz, kalau yang bersaiz besar, 10-13 keping, In Sya ALLAH cukup.

      Delete
  4. Berapa berat cili kering tu ya?

    ReplyDelete