Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Alhamdulillah saperti yang dijanjikan hari ini akak nak share resepi Nasi Lemak yang akak cakap sebelum ini.
Nasi Lemak yang sangat-sangat sedap yang di jual di R&R Bukit Gantang, Lebuh Raya Utara Selatan arah ke Utara.
Cara nak menyediakan nasi nya...
Nasik !!!! Bukan Sambal !
Kalau sambal boleh ikut selera memasing.
Nak cuba Sambal akak pon boleh, rujuk di sini SAMBAL NASI LEMAK YANG SEDAP atau
SAMBAL NASI LEMAK SOTONG KERING ... serius gila...amat sedap !
SAMBAL NASI LEMAK SOTONG KERING ... serius gila...amat sedap !
Akak tak pasti apa bahan yang dimasukkan,
Tetapi nasi nya memang sedap !! Kalau rasa 'nasi sahaja' tanpa sambal dah terasa lemak ! lemak ! dan lemak !... bukan lemak nasi lemak biasa-biasa
Resepi akak mungkin tak sama, atau mungkin sama.
Sebab kalau dah tahu senang lah kannnnnnnnnnnn !
Tapi, setelah mencuba berkali-kali setiap kali masak nasi lemak alhamdulillah akak berjaya dapat rasa saperti mana yang akak mahu.
Kalau ikut komen anak saudara akak pulak, kata nya nasi akak lebih sedap lagi...pulak !
Sebab kalau dah tahu senang lah kannnnnnnnnnnn !
Tapi, setelah mencuba berkali-kali setiap kali masak nasi lemak alhamdulillah akak berjaya dapat rasa saperti mana yang akak mahu.
Kalau ikut komen anak saudara akak pulak, kata nya nasi akak lebih sedap lagi...pulak !
Sebenar nya nasi lemak sebegini pernah akak makan dulu-dulu sewaktu akak kecil lagi, Masa tu keluarga akak menetap di pekan Bukit Mertajam di Quarters Balai Bomba yang mana tepi balai tersebut ada sebuah kedai Kopi yang menjual nasi lemak seorang makcik. Nasi nya macam ni lah sangat-sangat sedap...
Nasi lemak versi akak yang part bawang merah, biji halba tu akak tambah sendiri ikut selera akak.
Tapi, kalau di R&R tu tak ada lah macam tu
Juga kalau ke R&R, jangan pula jangka kan nasi yang sebegini besar n padat dengan telur rebus dan ikan kering seketul besar.
Kat sana tu cuma sambal bilis dan ikan kering biasa saja... tapi tu pon sedap yang amat... larisssss
Part letak minyak masak pulak akak belajar dari jiran akak dulu yang berniaga nasi lemak, kata nya supaya nasi senang dibungkus dan tidak berderai...
OK... Jadi kalau ada yang nak cuba boleh cuba tau....
Jommm kita tinjau di dapur
Boleh dapat ~ 5 bungkus nasi lemak 'padat'
Sukatan cawan periuk nasi standard |
Bahan A (Asas)
2 1/2 cawan beras
4 1/4 cawan air * Yang ini ikut sukatan anda masak nasi biasa. Sebab ada yang suka nasi keras, ada suka lembut. Akak pulak memang suka nasi lembut.
4 camca besar santan pekat * santan pekat tidak mempengaruhi kelembutan nasi, jadi tak perlu kurangkan air
1/2 inci halia (dihiris kasar)
3 helai daun pandan (disiat & disimpul)
garam secukup rasa
1/3 camca teh biji halba * menambah aroma
1 biji bawang merah kecil (dihiris nipis) * menambah rasa manis
2 camca besar minyak masak * Supaya nasi tidak berderai semasa membungkus
Bahan C (rahsia nasi)
Setiap bahan yang dibawah ini adalah untuk membantu menerbit dan menambah rasa lemak nasi supaya ia akan lebih terasa, bukan nya untuk memasam atau memanis kan nasi. Jadi penggunaan ia mestilah dalam 'kuantiti yang berpatutan', contoh jika letak asam gelugor lebih... nasi akan rasa sedikit kemasaman, terlebih gula batu... nasi menjadi sedikit manis dan jika terlebih aji... boleh menjadikan nasi terasa 'hayai' kata orang utara.
..gula batu sebesar camca teh.
..asam gelugor yang bersaiz camca teh *basuh '10 minit awal (jangan rendam) supaya ia kembang dan mudah mesra dalam nasi semasa proses memasak.
..aji nomoto sikitttttt saja * hujung-hujung camca teh atau secubit menggunakan hujung 2 jari yang biasa akak buat.
Ihsan Google |
1. Satukan kesemua dalam periuk, sebatikan dan masak saperi nasi biasa.
OK Selamat Mencuba...dan makan !
aduhai, tgk akak siap bungkus ns lemak ngn daun pisang teringat mak dana kalau kt kampung sesekali suka bungkus nasi lemak ngn daun pisang gini... katanya sbb bau daun pisang tu sedap...
ReplyDeleteklu anak2 blik kg kadang ngada2 nk mintak mcm2....
tengok akak punya ns lemak... alahai sedap betul
Aroma daun pisang tu yg menambah selera makan
DeleteMenarik dan tertarik lah nasi lemak akak... pasti sedap ni...
ReplyDeleteIkut selera tekak sendiri, puas makan
DeleteGerai no brapa ye
ReplyDeleteD'Hentian Selera .
ReplyDeleteSearch google 'nasi lemak rnr bukit gantang'