Saturday, 27 October 2018

SUP LIDAH ... mudah dan sedap tanpa perasa tambahan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada yang biasa makan lidah lembu tentu tahu betapa sedap dan nikmat nya nya rasa daging dibahagian ini
Texture daging yang kenyal-kenyal ditambah dengan rasa nya memang amat sedap apabila dikunyah.

Untuk kali ini akak masak sup untuk dimakan bersama bihun goreng yang akak masak di sini MEE HOON BAWANG CILI BILIS GORENG
Akak masak 3/4 bahagian untuk sup ini dan baki akak GORENG DAUN KUNYIT,
In Sya ALLAH resepi akan menyusul nanti ..

Kalau dari segi harga pulak ....
Jangan tak tahu yang harga bahagian lidah ini sama saperti harga daging... sekilo RM 36 di kawasan akak.
Mahal tu dek !!!!
Dah tu susah nak dapat, pesan pon kadang diambil orang lain...
Kerap sangat menjadi rebutan dipasar-pasar, al-maklum seekor lembu hanya ada 1 lidah sahaja berbanding daging yang mudah di dapati.

Untuk resepi sup lidah, akak memang tak masukkan sebarang perasa pon, kerana ia memang amat manis dan sedap berbanding rasa daging ...
Tiada sebarang rempah-rempah lain dimasukkan kerana akak masak sup versi jernih kerana nak menikmati kenakan bahagian ini

Jom kita tengok resepi mudah akak ini


Bahan A
Lidah lembu secukup nya * akak masak 3/4 bahagian sahaja
Air secukup nya untuk merebus

Bahan B
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis

3 biji bawang besar (dibelah 8)
6 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris kasar)
1/2 camca teh lada hitam serbuk
1/2 camca teh lada putih serbuk
Sedikit garam

Bahan C
Sedikit hirisan daun sup
Sedikit hirisan daun bawang
Bawang Goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Lidah dibasuh bersih dengan mengikis lendir-lendir dan kotoran (jika ada) menggunakan pisau dan kemudian nya ia dibilas bersih.
2. Masukkan kedalam periuk yang berisi air dan rebus kan ia sehingga masak.
3. Keluarkan ia air rebusan di simpan untuk proses seterus nya.
4. Dengan menggunakan pisau, kikis / tanggalkan kulit dibahagian luar lidah. Proses ini sepatutnya mudah.

5. Seterusnya hiris daging kepada saiz ketulan yang disukai dan kemudian nya masukkan semula kedalam periuk yang berisi air rebusan tadi.
6. Masukkan bahan B yang lain dan masak sehingga daging lembut.. ~ 20-30 minit tambahan.
7. 5 minit sebelum angkat, tabur separuh dengan bahan C dan siap untuk dihidangkan.

8. Sebelum makan tabur sedikit lagi bahan C kedalam mangkuk yang berisi sup.. dan selamat menghirup sup yang lazat ini .


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. adeeehhh... teringin pulak nak makan sup lidah heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Amie. bila tergigit daging tu terasa nikmat nya

      Delete
  2. oh sama mahal ngn daging ye kak, dulu2 rasanya lidah ni harga belas2 je... org tak berapa kenal kot masa tu

    teringat dulu2 masa dana sekolah, abah dpt lidah n masa tu kami tak pernah lg rasa lidah ni, abah suh mak masak ungkep, sbb ada rempah ketumbar n jintan manis... masa mula2 kami mkn mkn rasa pelik tp sedap.... n sampai skrg kesukaan kami lah
    cuma yg kelakarnya, kami kata kt abah lidah, tp abah kata pipi... kami kata lidah la bah kn ada bulu2 halus, pipi mana ada... mula2 dia beria2 ckp lidah tu pipi... last2 dia sedar sndiri dia salah hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan semua tu kan Dana.. kalau teringat kembali lauk pauk emak kita semua sedap. Air tangan ibu

      Delete