MEE HOON BAWANG BILIS CILI GORENG ...sedikit kelainan yang amat sedap berselera

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat berhari minggu semua !
Selamat bersantai bersama keluarga tersayang di hari cuti ini.

Sarapan apa pagi-pagi ini ?
Kalau ada yang merancang nak goreng bihun, mee atau pon kwetiau, apa kata cuba buat sedikit kelainan saperti akak ni

Kita goreng semua cili, bawang dan ikan bilis sebelum tumis
Sedap tau !

Sejak menjak akak masak sambal tumis untuk nasi lemak hari tu, yang mana semua bahan ini akak goreng  dulu, dah saya satu kesukaan pula .

Jommm... masuk dapur !
Sat lagi akak nak ke kebun pula !
Sibuk dua minggu kebelakangan ni 


Bahan A
3/4 bungkus bihun (direndam 1/2 jam dan ditoskan air)

1 mangkuk besar taugeh (akak tak masukkan / tak ada stok)
1 ikat daun kucai (dipotong sepanjang 1 inci)
1 batang lobak merah (dipotong ikut suka)

Bahan B (digoreng selama 1-2 minit secara berasingan sebelum dikisar halus)
sedikit minyak masak
10-15 biji cili kering (ikut kepedasan yang disukai)
1 biji bawang merah (dibelah 4)
8 ulas bawang putih

sedikit air

Bahan C
2 jemput ikan bilis ~anggaran 35 gram  (digoreng selama 2 minit dan di tumbuk 3/4 hancur)

Bahan D
3 keping kek ikan (dipotong tebal)
15 biji bebola ikan (dibelah 2)
2 camca besar sos tiram
1 camca besar gula putih / perang
2 biji tomato segar (dibelah 4)
Tomato Sos * Optional / Akak memang tak nak masukkan
Udang hidup  / sotong / daging secukup nya
Sedikit air  * untuk melembutkan bihun semasa masak
sedikit garam
* Akak memang tak masukkan kicap sebab nak bihun ini bewarna merah ceria..

Bahan E
Daun Bawang
Daun Sup
Bawang Goreng
Cili Padi/Merah

Cara-Cara Menyediakan nya
1.  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng setiap bahan B secara berasingan selama 1-2 minit sehingga ia layu. Untuk cili boleh dilebihkan tetapi jangan sampai menjadi hitam/hangus. Kemudian nya di kisar dengan sedikit air sehingga halus

2. Ikan Bilis juga digoreng tetapi kemudian nya ditumbuk. Elakkan dikisar kerana ia akan rasa sedikit hampas, juga akan kurang terasa dalam masakan kita.

3. Panaskan kembali baki minyak goreng ikan bilis (kurangkan jika berlebihan), tumis semua bahan kisar sehingga harum dan air sedikit susut.
4. Masukkan ikan bilis dan terus masak sehingga terbit minyak.
5. Masukkan bahan D yang lain dan masak sehingga kuah mendidih.
6. Baru masukkan bihun. (jika menggunakan lobak merah, boleh dimasukkan ketika ini), ratakan  dan kemudian nya tutup tudung periuk supaya bihun masak sempuna/lembut dan tidak hancur. Kecilkan api sekecil yang boleh dan terus masak selama 10 minit
7. Masukkan bahan A yang lain (taugeh dan sayuran), rata kan sempurna dan boleh diangkat.
8. Tabur dengan bahan E sebelum dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. dana mmg cara bt mehun goreng boh bilis, bwg merah, bwg putih n cili boh blender kak... kalau kt umah ada tomato dana blend sekali tomato, klu tak bg sos tomato

    ReplyDelete
  2. Cili blender sendiri sedapkan dana. Akak memsng x suka beli cili kisar jual. Mulut akak Rasa macam sedikit masam mungkin penjual letak cuka bagi tahan lama

    ReplyDelete

Powered by Blogger.