Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Kalau dah selera nak makan, walau penat sekali pon masih sanggup lagi berkampong didapur untuk sediakan NASI LEMAK KUKUS SERAI yang berlaukkan SAMBAL BILIS SOTONG KERING, ikan masin goreng, dan telur rebus !
Tak sabar nak tunggu nasi masak dek aroma nasi yang menusuk selera.
Tunggu nasi saja, sambil sambil tu goreng ikan masin....
Sambal sotong akak dah masak beberapa hari lalu dalam kuantiti yang banyak, cara nya masih sama saperti SAMBAL NASI LEMAK SOTONG KERING ... serius gila...amat sedap ! tempoh hari.
Jom jom jom...........
NASI LEMAK KUKUS SERAI
Bahan A3 1/2 cawan Beras
5 cawan Air
1/2 cawan Santan Cair
1 camca teh Lada Hitam biji
1 camca teh Halba sahaja
1 camca besar minyak masak *optional... untuk memudahkan nasi dibungkus / toidak berderai
1 biji Bawang Besar (dipotong baji)
2 helai Daun Pandan (disiat dan disimpul)
1/2 camca teh Kunyit Serbuk
1/2 inci Halia
Sedikit garam
* Rahsia nasi yang sedap
1 camca kecil Gula Batu
1 keping Asam Gelugor yang bersaiz sederhana
secubit Aji (sedikitttt sahaja)
Bahan B
1/2 pelepah Daun Pisang
2 helai Daun Pandan (disiat dan disimpul)
Air secukup nya untuk mengukus
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam periuk 'rice cooker' dan masak saperti biasa.
2. Isi periuk pengukus dengan air secukupnya dan masukkan daun pandan dan didihkan air.
3. Berbalik kepada nasi kita, apabila suis lampu periuk bertukar ke warm, terus angkat dan pindahkan nasi kedalam bekas kukusan yang telah dilapik dengan daun pisang.
4. Kukus selama 10 minit atau sehingga nasi masak sempurna.
5. Siap untuk dihidangkan.
SAMBAL BILIS SOTONG KERING
Bahan A
3 ekor sotong kering yang bersaiz besar
3 camca besar air abu
Air seckup nya untuk proses merendam
Bahan B
Minyak untuk menggoreng
100 g cili kering
30 g udang kering
1 labu bawang putih
4 biji bawang besar (belah 4)
Belacan sebesar 4 ibu jari
* Semua bahan diatas digoreng secara berasingan selama 1-2 minit. Untuk cili kering tu lebih kan sedikit kerana ia banyak. Tapi jangan sampai hanggus, Tak perlu tunggu sehingga cili bertukar warna
Sedikit air untuk proses mengisar (tak perlu banyak)
Bahan C
1 cawan minyak masak
3 camca kecil 'penuh' pes asam Jawa 'ADABI'
3 helai daun pandan (disiat dan disimpul)
Bahan D
100 g ikan bilis (digoreng sekejap dan ditumbuk 'manja-manja'/ lebam saja)
1 camca besar Gula kabung
6 camca besar gula putih
Sedikit garam
3 helai daun pandan... tambahan (disiat dan disimpul)
Tiada perasa tambahan
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam bekas dan rendam semalaman, kemudian nya diotong mengikit saiz yang dikehendaki dan dibasuh bersih. Kemudian rebus sekejap untuk menanggalkan sisa air abu jika ada, juga untuk menghilangkan bau sotong kering. Toskan air dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana dan goreng setiap bahan B secara berasingan untuk menerbitkan rasa yang lebih sedap dan sambal yang beraroma.
* Pastikan jangan terlalu lama terutama cili kering kerana ia cepat hangus.
3. Kemudian kisar bahan B dengan sedikit air sehingga halus.
4. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dan masukkan bahan C.
5. Masak dengan api yang perlahan sehingga sambal menjadi 3/4 pekat dan pecah minyak.
6. Masukkan sotong yang telah direbus dan bahan D kecuali daun pandan(tambahan)
7. Teruskan memasak sehingga sambal kembali pecah minyak dan menjadi betul-betul pekat,
baru masukkan tambahan daun pandan, dan masak lagi selama 20-30 minit dengan api perlahan.
8. Siap untuk dihidangkan
HIDANGAN SAMPINGAN
Bahan A
Kacang Goreng
Telur Rebus
Ikan Masin
Timun
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
No comments:
Post a Comment