Thursday, 15 November 2018

SAYUR GORENG TOMYAM .... saperti biasa, meratah tu yang sedap


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Saperti biasa, sayur sayur sebegini memang sedap diratah

Kali ini SAYUR GORENG TOMYAM

Jommm ikut akak kedapur, kita masak lepas tu kita makan ...

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dicincang)

Bahan B
Udang secukup nya (dibuang kulit)
1 kiub Tomyam
1 batang serai (diketuk)
Sedikit Air

Bahan C
1/4 mangkuk besar hirisan Karet
10 batang Jagung Muda /Anak Jagung (dibelah 2 atau potong menyerong)
1 mangkuk besar hirisan Kubis
1 mangkuk besar Taugeh
* Boleh digantikan dengan apa-apa sayur yang disukai

Bahan D
1 biji bawang besar
1 biji cili merah / hijau
2 helai daun limau purut (dihiris halus)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A sehingga layu.
2. Masukkan udang dan kacau sebentar. .. Jangan terlalu lama.
3. Terus masukkan air, kiub tomyam dan serai. Biar mendidih sebentar.
4. Masukkan sayuran kecuali taugeh. Mula kan dengan  sayur yang berubi dan masak sebentar sahaja untuk memastikan ia kekal rapuh.
5. Akhir sekali masukka taugeh bersama bahan D, kacau-kacau sebentar dan terus angkat untuk dihidangkan.
Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

1 comment:

  1. bila dh boh udang besar tu msk apa pun sedap jadinya kak

    ReplyDelete