Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
YONG TAU FOO; makanan kaum Cina yang terdiri dari pelbagai sayur, bebola, sotong dan apa sahaja yang disukai boleh ditambah; dimakan dengan Sos Manis bewarna Coklat yang sedikit kehitaman disamping Sos pedas. Ditabur dengan kacang goreng dan sedikit bijan.... Fuhhhh !!!
Keenakan makanan ini memang bergantung 100% kepada SOS a.k.a Kuah nya.
Sedap kuah, maka sedap lah YONG TAU FOO tersebut, sebab bahan-bahan yang lain biasa-biasa sahaja dan kadang tu tak ada rasa pon pada selera akak.
Setakat ini yang TERSEDAP pernah akak makan adalah yang dijual di pasar malam di Ceras Perdana, Selangor.
Masih ingat lagi; Kak Lina anak beranak (lawa dan comel-comel belaka anak anak nya) gigih dan tak menang tangan merebus dan memotong sayur dan bebola pilihan pelanggan yang beratur panjang.
Memang famous betul YONG TAU FOO Kak Lina disekitar kawasan Ceras ini !
Sekejap sahaja habis walaupon stok banyak pilihan jualan nya.
Oleh kerana kuah nya amat sedap, pernah beberapa kali akak order sebotol besar khas dibawa pulang ke kampong di Penang untuk jamuan keluarga.
Memang puas hati sangat dan tahan beberapa hari disimpan dalam peti sejuk. Maklum sedap !, Jadi makan berjimat lah...
Pernah akak minta resepi untuk dimakan sendiri, walau pon akak tahu kebarangkalian nak dapat tu 5 %. Biasa lah resepi orang berniaga tak sewenang-wenang boleh diberikan kepada orang luar alasan nya resepi cari makan kaum keluarga / anak beranak nya..... OK akak faham.
Akak pernah juga google di internet, hasil nya bermacam variasi resepi Sos Colat gelap tu. Tapi akak tak pernah lah rasa nak mencuba nya lagi..
Sehingga lah satu hari tu anak saudara hantarkan semangkuk Sos ini.
Alhamdulillah ini lah Sos yang akak cari-cari selama ini..
Apalagi pakat lah dengan jiran a.k.a anak saudara.
Akak sediakan kwetiau, Chef kita ni sediakan kuah dan rebus segala ball-ball tu .......
Hasil nya memang layan betul kami 3 keluarga jiran sebelah menyebelah.
Sos Coklat Hitam yang umphhh ! memang mengancam habis. Macam tak percaya bahan dan cara memasak nya amat ringkas sekali, tak padan dengan rasa nya yang mengancam......
Sos Cili yang ini begitu kelainan. Sangat sedap !
Sedap dari yang dijual di pasar malam tu, kerana yang disana hanya pedas dan kurang manis.
Tapi yang ini memang ada rasa berbeza.
Beza nya kali ini akak guna Tepung Beras 'Campuran' berbanding dulu Tepung Beras.
Walaubagaimana pon akak dah update kepada Tepung Beras 'Campuran' dalam posting terdahulu tu..
Selain itu.. kejadian nya juga disebabkan akak dah ada pengalaman dari yang pertama tu....
Jomm ... kena cuba resepi ini memang sedap.
Dengar kata 'kakak' akak menambah berpinggan-pinggan juga YONG TAU FOO ini.
KWETIAU GULUNG / LAKSAM
Untuk yang ini akak guna resepi LAKSAM kerana permintaan keluarga yang gemar akan texture nya yang lembut saperti yang akak buat sebelum ini di sini LAKSAM YANG TERSEDAP.
Kepada yang nak resepi CHEE CHEONG FUN, perbezaan nya sedikit sahaja, cuma
...gantikan tepung gandum dengan tepung Ubi Kayu...
...atau bahagian tepung gandum dibahagi 2, separuh tepung gandum dan separuh tepung ubi kayu.
Lain -lain termasuk kaedah penyediaan adalah sama saperti LAKSAM.
Cuma rasa nya akan menjadi sedikit kenyal kerana adanya Tepung Ubi ini ....... OK !
Bahan A
3 cawan tepung beras 'Campuran' (Cap 1 gajah)
4 1/2 cawan air suam (2 1/2 air panas + 2 cawan air biasa) * Air akak guna 4 1/2 cawan sahaja kerana sukatan akak betul-betul penuh paras cawan.
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan tepung gandum ... texture LAKSAM
ATAU 1/2 cawan Tepung Ubi Kayu ... texture LEBIH KENYAL
ATAU 1/4 cawan tepung Gandum dan 1/4 cawan tepung Ubi Kayu ... texture SEPARUH KENYAL
Bahan B
Sedikit minyak untuk meleser
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan A dan kacau sehingga tak bergentel.
2. Panaskan kukusan.
3. Letakkan tudung periuk atau dulang kecil dan leser kan sedikit minyak.
4. Masukan 1 1/2 senduk bancuhan dan kukus sehingga masak lebih kurang 3 ke 4 minit . Akak kukus tak lama dalam anggaran 1-2 minit sahaja kerana tudung periuk akak kecil dan penggunaan api yang sederhana besar.
5. Angkat, biarkan sejuk sebelum digulung *Pastikan gulung dengan 'tangan' untuk mendapatkan permukaan yang licin.
SAYUR DAN BEBOLA
Bahan APelbagai Sayur (Sayur Kangkung / Kubis Bunga atau apa saja)
Pelbagai Bebola (Ikan / Sayur / Ketam atau apa saja)
Pelbagai Kek Ikan / Sayur / Ketam atau apa saja
Sotong Kembang
Fucuk
Tauhu
Laksam atau Chee Cheong Fun * ikut selera memasing
dan apa saja yang disukai... * akak memang pemilih walau pon ada tanda halal, kalau kurang yakin akak tak akan beli
Cara-Cara Menyedikan nya
1. Didihkan air dan celur setiap satu bahan A (kecuali Kwetiau Gulung) secara berasingan. Tidak perlu lama kecuali sotong.
2. Angkat dan potong kepada saiz yang disukai.
3. Siap.
4. Air rebusan disimpan untuk memasak sup.
SOS MANIS (COKLAT HITAM)
Bahan A
2 camca besar Tauco * Taucu biasa yang masin tu dan TAK perlu dicuci
5 camca besar (~150g) Gula Merah
1 camca besar Sos Tiram
4 camca besar Kicap Manis ABC
~ 1 liter air sebagai kuah
* Tak perlu garam
Bahan B (satukan)
1 -2 camca besar Tepung Jagung *bergantung kepada brand
Sedikit air
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kisarkan tauco bersama sedikit air (* dari 1 liter diatas) sehingga hancur dan ketepikan.
2. Masak gula merah dengan sedikit air (* dari 1 liter diatas) sehingga larut dan tapis untuk mengasingkan bendasing jika ada. Ketepikan.
3. Satukan tauco, air gula merah, sos tiram, kicap ABC dan baki air ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
4. Masukkan air tepung jagung, kacau-kacau sehingga pekat.
5. Siap.
SOS PEDAS (KEMERAHAN)
Bahan A (ditumbuk)
1 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
1 camca besar Cili kisar
1 camca besar Cili Serbuk
1 Camca besar Gula Merah * ikut kemanisan yang disukai
1 camca besar Kacang Tanah (ditumbuk kasar)
Sedikit Garam
Bahan C
1 camca teh tepung jagung
Sedikit air
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masak gula merah dengan sedikit air sehingga larut dan tapis untuk mengasingkan bendasing jika ada. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, cili serbuk dan masak sehingga terbit minyak.
4. Pastikan cili betul-betul masak baru masukkan air gula, garam dan kacang tanah.
5. Masukkan air tepung jagung, kacau-kacau sehingga pekat.
6. Siap.
SUP YANG MENGANCAM
Bahan A
Sedikit Minyak untuk menumis
3 ulas Bawang Merah (dihiris)
3 ulas Bawang Putih (diketuk/cincang)
1 inci Kulit Kayu Manis
1 kuntum Bunga Lawang
2 biji Buah Pelaga
4 kuntum Bunga Lawang
Bahan B
Air rebusan sayur, bebola, fish cake ....
Kaki dan tulang ayam
1 camca teh Lada Putih Serbuk
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1/2 kiub pati Ayam
Sedikit Garam
Bahan C
Bawang Goreng
Hirisan Daun Sup
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga wangi.
2. Masukan bahan B dan masak sehingga mendidih.
3. Siap.
4. Tabur dengan bahan C sebelum makan.
CARA-CARA MENGHIDANG
1. Masukkan sayur, bebola ikan, kek ikan, sayur. sotong dan pilihan selera anda... kedalam mangkuk.
2. Curahkan Sos Manis secukup nya. Lebih kuah ini lagi sedap.
3. Tambahkan sedikit Sos pedas jika suka.
4. Tabur sedikit kacang tanah dan bijan.
5. Siap untuk dimakan...
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
Lengkap resepinya..entah bila SA nak sihat seperti biasa untuk cuba buat pula....
ReplyDeletesedap tau Amanda ! kena cuba nanti
DeleteOh! Izinkan saya berlama-lama di sini!
ReplyDeleteYong Tau Foo memang makanan kegemaran!
Nak jamu mata puas-puas!
sila sila Amie...hehehe
Deleteaduh kak, sedapnya nengok... bestnya akak blh bt sndiri semua tu...
ReplyDeletedana ni yg nk mlt 2 org je... mmg klu tingin beli jelah kak heheheh
dana kena cuba... memang sedap. puas makan
DeleteSalam...kak tq posting ni...klu X keberatan izin saya guna resepi ni ...utk keberkatan..
ReplyDeleteDrpd wangunchang701@gmail.com @ unchangmewah.blogspot.com
w'salam. boleh..
DeleteSenang. Lengkap reseepinya... dsri sos manis, pedas dan sup...
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteAssalam puan.. Mohon saya ambil resepi ni ye.. Sy penggemar yong tau fu yg tegar..
ReplyDeletew'salam. boleh... silakan
DeleteBaru first time nak Cuba. Slalu beli tp en. Somi mkn mesti ada komplen. Xcukup rasa. Halal ya
ReplyDeleteYa... semua resepi yang sedap untuk dikongsi
DeleteMinta izin yea...
ReplyDeleteNak guna resepi akak ni tuk famili...
Boleh...
Deleteakak pon dah terliur nak makan
Minta izin guna resepi akak yer..
ReplyDeleteTq
silakan ...
DeleteSqya mta izin ambil resepinya ye kak. Terima kasih
ReplyDeleteMinta izin guna resepi ye kak utk berniaga. Terima kasih sudi kongsi resepi
ReplyDelete