Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Ketika masih berkhidmat di Kuala Lumpur dulu, macam-macam masakan boleh dirasa, maklum kawan akak datang dari pelbagai negeri di Malaysian ini. Contoh nya Laksa Sarawak dan nasi dagang yang berlaukkan gulai ikan tongkol.
Kalau nak harap beli jualan diluar,memang tak lah.
Sekarang ni, rasa-rasa nya dah lebih 3 tahun tak makan menu nasi ini.
Keinginan bertambah apabila ternampak posting dalam segmen Kuali di 'Mstar'. emmm... mengiurkan !!!!
Teringat baru-baru ini akan Surianti_Kitchen yang menyediakan nasi dagang 'cara mudah'.
Kebetulan stok ikan tongkol atau kami kat utara ni panggil 'ikan kayu' ada beberapa ketul dalam peti ais, timun pon ada sikit...
OK lah jadi projek nasi orang pantai timur ini...
Resepi akak rujuk di sini ya ...NASI DAGANG MUDAH dan GULAI IKAN TONGKOL dari IG Surianti_Kitchen
Jomm...
NASI DAGANG 'MUDAH'
3 cawan beras wangi (Akak guna beras biasa ja)
1 cawan beras pulut
1 inci halia (diracik)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 sudu besar halba
1 helai daun pandan (disiat dan disimpul)
1 cawan santan pekat
3 1/2 cawan air
Garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Beras pulut dan beras wangi di basuh dahulu dan kemudian nya direndam 2 jam. * Disebabkan akak guna beras biasa menggantikan beras wangi, jadi beras ini akak tak rendam. Cuma beras pulut saja direndam.
2. Satukan kesemua bahan A dalam periuk 'rice cooker', dan ON kan suis.
3. Apabila hampir masak dan lampu periuk bertukar ke 'warm', gemburkan nasi. Tutup kembali periuk dan biarkan ia selama 10 minit tambahan supaya nasi masak dengan sempurna.
4. Siap
GULAI IKAN TONGKOL
Bahan A1 kg ikan tongkol (di potong setebal 1 inci)
5 keping asam
Air secukup nya untuk merebus
Bahan B (Bahan Tumis)
Minyak masak
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih
Bahan C (Dikisar halus)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
Bahan D
2 sudu besar rempah kari ikan * Akak lebih kan rempah menjadi 3 sudu
1 sudu besar cili serbuk * Akak tak masukkan
Bahan E
2 cawan air rebusan ikan
1 cawan santan
1 sudu besar halba
2 keping asam
Gula melaka
Garam
Bahan F
Timun
Cili merah/hijau/cili padi
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga masak. Kemudian asingkan ikan dan air rebusan.
2. Dalam periuk yang lain, panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga harum.
3. Masukkan bahan C dan D. Kacau sebati dan perlahankan api. Masak sehingga terbit minyak.
4. Masukkan bahan E dan biar sehingga mendidih.
5. Masukkan ikan yang telah direbus dan biar seketika terus masukkan bahan F.
6. Agak-agak kuah mendidih kembali selama 5 minit boleh lah diangkat untuk dihidangkan.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
Yang funnynya, PH berasal dari Terengganu tapi tak minat nasi dagang especially ikan tongkol (kat KT dipanggil ikan aiya). Tapi suka nasi minyak hee..hee.. PH nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada Kak FHA sekeluarga.
ReplyDeleteKat utara ni, lebih kenali dengan nama ikan kayu, PH.
DeleteTeringat masa kecil dulu, biasa nya emak akak goreng kunyit saja.