Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Lama akak bercuti bersiaran kan.
Bukan nya apa....saja ja !
Rasa malas nak mengadap PC lama-lama buat entry.
Mood akak menurun sikit sejak akhir-akhir ni
Sama juga entry akak di ig.
Tapi akak sempat skodeng dapur rakan-rakan yang lain di masa terluang
Jom akak belanja resepi akak NASI GORENG BEKAS PERIUK
Akak dan family sejak dari dulu memang sayang nak buang lauk yang sedikit berbaki dalam periuk.
atau senang kata bekas-bekas periuk !
Lagi lagi kalau gulai ikan mahu pon daging; atau juga sambal
Senang cerita apa saja lah !!!
Orang tua-tua kata...Yang last tu lah yang rezeki
Yang masing-masing menolak tu lah rezeki !
Baki kari yang masih dalam periuk atau sisa yang melekat pada dinding kalau digaul dengan sedikit nasi memang akak suka sangat.
Biasa akak makan begitu saja.
Tapi kali ni akak terlebih rajin, akak goreng dengan bahan tambahan saperti bawang dan daun kari.
Makan pula panas-panas.
Dengan telur mata dan sedikit cili padi.
Memang layan selera akak !!!
Jom... jangan membazir !
Bahan A
Sisa kari/sambal/ rendang/ masak lemak atau apa saja
Nasi secukup nya
Bahan B
Sedikit minyak atau Ghee
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 tangkai daun kari
Bahan C
Sedikit kicap lemak Manis 'Kipas Udang'
Sedikit lada hitam
Sedikit lada hitam
Sedikit garam * optional
Bahan D
Daun bawang
Bawang Goreng
Telur Mata
Cili Padi
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan nasi secukup nya kedalam periuk dan digaul sehingga rata.
2. Sementara itu panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga terbit aroma.
3. Masukkan nasi yang telah siap digaul.
4. Tambahkan bahan C dan kacau sehingga rata.
5. Siap untuk dihidangkan dengan taburan bahan D dan sedap di makan panas-panas.
Sedapnya..cara akak sama la macam SA..ada je saki baki memang habiskan..waktu malam asingkan dalam bekas lain dan panaskan bawak bekal pi keja, kalau terlebih rajin buat macam akak la..jadikan bahan nasi goreng...
ReplyDeletedh ada telur mata mmg lah menggoda, mkn apa pun jadi sedap ni kak oi...
ReplyDeleteingatkan naper la akak lama hilang... tertunggu2 jgk akak punya resepi