Friday, 1 February 2019

SAMBAL PARU LEMAK MANIS ... Sedap sangat-Sangat tau !!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Tenggelam timbul tenggelam timbul..
Kalau rajin sikit, ada lah entry,
Macam hari ini !!!

Lama tak makan lauk paru yang di masak sebegini
Contol je akak semasa makan
Maklum asyik nak meratah saja lauk ni

Yang menerima semangkuk dari akak pon cakap macam tu !!!
Sedap yang amat !

Heheheh !
Akak rasa tak payah cari bakul angkat sendiri.

Sebenar nya lauk ini tak pedah pon, sebab cili tu akak masak sampai pecah minyak.
Kakak akak yang tak makan masakan pedas pon siap puji .... heheheh !



Bahan A
1 kilo Paru atau 'kelempung'
1 keping Asam Gelugor
Air secukup nya untuk merebus

Bahan B
1 camca kecil Garam halus
1 camca kecil Kunyit Serbuk

Minyak untuk menggoreng paru

Bahan C
Minyak untuk menumis
4 ulas Bawang Putih (dicincang)
1 biji Bawang Besar (dibelah 8 dan dihiris nipis)
2 tangkai Daun Kari
2 camca besar Cili Kering Kisar
2 helai daun Pandan (disiat dan disimpul)
Sedikit Belacan *optional

Bahan D
1/2 camca teh Asam Jawa 'Adabi'
1 camca besar Sos Tiram
4 Camca besar Gula Putih
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang' *Lebihkan dari kicap masin
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Potong paru kepada 3-4 bahagian untuk memudahkan proses merebus. Kemudian satukan bersama bahan A yang lain dalam periuk dan rebus sehingga masak atau 1/2 empuk. Tak perlu terlalu lama kerana kita akan hiris ia kepada hirisan nipis nanti. 
2. Angkat, tos air rebusan dan sejukkan ia sebelum dihiris nipis.
3. Gaul bersama sedikit garam, kunyit serbuk dan ketepikan.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng paru yang siap dihiris tadi sehingga kecoklatan atau 3/4 garing.
5. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.

6. Panaskan minyak dan tumis bahan C sehingga cili betul-betul masak atau sedikit garing.
7. Kemudian masukkan bahan D dan sebatikan lagi.
8. Baru masukkan paru yang siap digoreng tadi, gaul sehingga rata dan kecilkan api. Biar sambal sebati bersama paru sebetul dipadamkan api.
9. Siap.
Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah sedap. Kalau makan dengan nasi lemak lagi bertambah nampak gaya !

      Delete
  2. adoi.. tengok entri ni pada jam 6.23 pagi ha.. terus berbunyi perut.. hee~ nampak gayanya kena ke pasar beli bahan-bahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahha... atie pulak buat akak terlior... dah lah puasa !

      Delete