NASI GORENG UDANG KERING ... yang ringkas, yang mudah dan yang sedap di tahun 2018!

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Entry pertama akak untuk tahun 2019 ini
Tapi dimasak pada tahu 2018.
Dek malas nak mengadap komputer lama-lama, maka jadi tertunda macam ni lah

Jomm kita sarapan NASI GORENG UDANG KERING,
Akak masak cara mudah saja, tapi alhamdulillah memang sedap ikut selera akak !

Ringkas dan mudah.
Amat sesuai untuk ibu-ibu, kakak-kakak atau siapa saja yang terasa sibuk sangat hari tu tetapi tetap nak menyediakan sarapan untuk diri sendiri atau pon keluarga.

Jomm..



Bahan A
sedikit Minyak untuk menumis
1 mangkuk besar nasi (yang berada pada suhu bilik)

Bahan B (ditumbuk 3/4 hancur)
3 ulas Bawang Putih
1 biji Bawang Besar
1 biji Cili Merah
12 biji Cili Padi merah * sesuaikan kepedasan
1 camca besar Udang Kering
Garam

Bahan C
1 batang serai (diketuk)

Bahan D
3/4 camca besar Sos Cili 'Life'
1 camca besar Sos Tiram
Sayur Sawi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan B sekejap.
2. Masukkan bahan C dan terus kacau sehingga cili masak dan terbit sedikit minyak.
3. Masukkan bahan D, sebatikan.
4. Masukkan nasi, besarkan api dan rata sepenuhnya.
5. Siap untuk di hidangkan.

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. ya allah sedapnya...nanti nak buat la sesuai bawak bekal ke tempat krja jugak ni kan kak

    ReplyDelete
  2. mesti semerbak harum masa tumis kan kak.... sedapnya... dana ni nasi grg apa je mmg peberet, kadang bila mls msk lauk... msk ns grg pastu grg tlr mata, mmg laju je 2 beranak nih

    ReplyDelete

Powered by Blogger.