Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terjebak juga akak dengan BUBUR LAMBUK 'KAMBING' apabila terpandang posting Che Mat Gebu menyediakan nya beberapa hari lalu.
Akak tak dapat nak access blog Che Mat dari destop... keluar error '404 - File or directory not found'.
Altenatif , akak view melalui HP saja.
Jadi nak copy link resepi tak dapat lah...
Akak attach kan main link saja ya DAPUR TANPA SEMPADAN
Terima Kasih Che mat.
Akak masak seperiuk rice cooker,
Marvelous !!
Jiran akak pon puji melambung 'marvelous' kata nya !!
Jomm kita tengok resepi nya.
Nampak macam banyak bahan, tapi bahan biasa-biasa saja dan cara memasak nya pon mudah ......
Jom jom ...
KUAH SUP
500 gram daging kambing yang bertulang (dicuci, perap dengan sesudu besar tepung gandum dan jus limau nipis selama 20 minit, kemudian di bilas)
1 sup bunjut/ sup tulang
2 helai bay leaf * akak ganti dengan daun salam segar
1 batang saleri (potong kecil)
1 batang lobak merah (dipotong kiub)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
5 ulas bawang putih (diketuk)
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
1 pokok daun ketumbar (dikerat kasar)
2 inci Halia (dihiris kasar) * akak tambah
1/2 kiub pati Daging 'KNOR' * akak tambah
1 camca teh garam
Air secukupnya
Cara Menyediakan SUP KAMBING
1. Cuci daging kambing hingga bersih, masukkan ke dalam periuk dan tambah semua bahan2 untuk kuah sup. Tuang air secukupnya hingga daging kambing tenggelam. Masak hingga menggelegak.
2. Cedok keluar buih2 yang timbul pada permukaan air rebusan tadi, tujuannya untuk mendapat kuah sup yang cantik.
3. Rebus hingga daging kambing empuk, tambah air panas jika perlu. Bila empuk, keluarkan daging kambing, dan tapis air rebusannya. (lobak merah dan batang saderi boleh diambil dan dimasukkan ke dalam bubur, jika suka). Ketepikan.
* akak tak tapis tapi guna semua bahan rebusan ini nanti.
BUBUR LAMBUK
1 cawan penuh beras wangi atau beras siam (pilih beras yang berkanji) (cuci dan toskan)
1/2 cawan mix vege 'lobak merah, kacang pis, jagung' * akak tak masukkan
1 cawan kacang kuda yang telah siap direbus (boleh guna kacang kuda dalam tin) * akak tak masukkan
2 helai daun pandan, disimpul * masukkan lebih lagi harum
1 camca besar bawang goreng
1 camca teh lada hitam kisar
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya
Bahan C (* akak tambah)
1/2 kotak santan pekat 'KARA'
1 camca besar Minyak Sapi 'Ghee blend'
Cara Menyediakan nya BUBUR
1. Untuk air rebusan daging tadi, keluarkan lemak-lemak yang terampai dibahagian atas.
2. Masukkan balik air rebusan yang telah ditapis tadi ke dalam periuk. Masukkan beras dan daun pandan, masak hingga mendidih,
3. Sederhanakan api dan terus memasak hingga beras kembang dan boleh masukkan daging kambing, secamca besar bawang goreng, mix vege, kacang kuda dan lada hitam. Kacau rata dan terus memasak hingga menjadi bubur, tambah air jika suka bubur lebih cair.
3. Rasa dan jika perlu, tambah garam secukup rasa.
* Akak olah sedikit cara memasak bubur ini dimana...
selepas mengeluarkan lemak-lemak yang terampai dalam sup, sup bersama semua bahan rebusan akak masukkan kedalam periuk yang berisi beras dan masak sekali naik. Untuk mempercepatkan proses memasak, beras harus dibasuh lebih awal supaya ia sedikit kembang. Juga sentiasa dikacau selalu semasa proses memasak.
4. Agak-agak 10 minit sebelum diangkat, masukkan santan pekat dan minyak sapi.
BAHAN SAMPINGAN
Hirisan daun supHirisan daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
UNTUK MENGHIDANG
2. Tabur hirisan daun sup, hirisan daun bawang dan bawang goreng.
3. Sudukan sedikit sambal kicap dan boleh hidangkan.
Sedap dimakan panas.
ish2 sedapnya kak, dana ni mmg peminat setia bbr lambuk... tak puasa pun dana suka mkn
ReplyDelete