Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salah satu lauk orang kampong yang sangat popular di bahagian utara tanah air terutama pekasam ikan.
Kalau yang suka daging mahupon kambing ada juga.
Bahan perapan asas untuk menyediakan pekasam adalah asam, garam dan beras goreng.
Memang sedap sangat kalau dapat makan dengan nasi panas-panas, ditambah dengan sedikit perahan jus limau.
Jika yang suka petai, boleh juga ditambah, ikut selera yang nak makan lah !
Fuhh !! memang layan le.. Silap-silap tak ingat dunia !
Akak kalau goreng pekasam suka yang lebih garing terumama bahagian serdak-serdak beras tu.
Siapa suka yang sama 'KITA GENG'
JOmm.. kita TAMBAH SERDAK-SERDAK crispy ini, maklum kalau beli biasa nya ia secukup ikan sahaja kan .....
pssss... ingat tak iklan di TV suatu ketika dulu, sorang lelaki yang sedang menggoreng nasi, kemudian nya datang berduyun-duyun jiran ssebelah rumah dengan membawa pinggan kosong.
Haaa... lebih kurang macam tu lah rumah akak semalam !
heheheheh !!!!
1-2 ekor Ikan Pekasam
1/4 cawan Beras
Bahan B
Minyak secukup nya untuk menggoreng
1-2 biji Bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
10 biji Cili Kering (dihiris sederhana kasar)
6 biji Cili Padi Merah (dihiris kasar)
1 mangkuk Isi Petai
Sedikit garam * optional. Sebab bila ditambah lebih rencah beras, kemasinan pekasam kurang sedikit.
Cara Menyediakan nya
2. Goreng beras tanpa minyak / sangai sehingga bertukar keperangan.
3. Tumbuk beras sehingga 3/4 hancur. Kalau nak kisar pon boleh tetapi pastikan jangan terlalu hancur menjadi serbuk ya.....
4. Panaskan minyak dan goreng ikan pekasam dan masukkan beras tumbuk tadi. Goreng dengan api perlahan sehingga ikan masak dan rencah-rencah bertukar lebih keperangan dan nampak ranggup.
5. Kaup ikan bersama sedikit rencah-rencah beras tersebut. Tinggalkan separuh lagi rencah beras dalam kuali.
6. Masukkan hirisan bawang besar dan goreng sehingga layu.
7. Masukkan hirisan cli kering. Goreng sehingga bawang lebih layu dan cili kering bertukar warna sedikit.
8. Masukkan petai dan cili padi yang telah dihiris.Kacau sebentar. Tambahkan garam jika suka.
9. Terus masukkan ika pekasam yang siap digoreng. Kacau rata dan terus angkat untk dihidangkan.
TADA !!!!!!
takmo2.... nnti mkn bertambah,bahaya nih
ReplyDeleteSekali sekala dana..hehe
Deletekecur air liur tengok pekasam tu... sedapnya.
ReplyDeleteLama juga x makan pekasam. Terlior tengok lalu lalang kat wall
DeleteAssalamualaikum semua,Saya Roslan dar Bangi..saya mengusahakan pekasam ikan dan daging ala utara..saya buat sendiri dari menyiang ikan dan daging hingga ke packing dan delivery.Puan2 boleh lawati fb saya @Pekasam Che Jam atau ig @pekasamchejam Disamping itu saya juga usahakan acar dan sambalikan talang masin yg saya botolkan dan edar..boleh tengok di fb @Acar Ikan Masin Bangi atau ig @acarikanmasinchejam..Terima Kasih,maaf mengganggu.
DeleteSpecialnya pekasam! Nampak sedap begini, memang menambah2lah nasi dalam pinggan...nyummmm nyuummm!
ReplyDeleteTambah petai tambah lagi selera
Delete