Saturday, 2 March 2019

MASAK LEMAK BEREMPAH 'BAWAL & TEMPE' ...tukar-tukar rempah kepada 'CAP 0' yang sedap !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam berhujung minggu semua ...

Posting untuk hari ini resepi MASAK LEMAK BEREMPAH 'BAWAL & TEMPE'.
lauk yang akak sediakan untuk makan tengahhari semalam lepas selepas terpandang bungkusan rempah KARI MASAK LEMAK 'cap O' semasa berkunjung ke Pasaraya Ory.

Teringin nak mencuba sebab kalau masakan rempah kari biasa memang dah selalu.
Tercari-cari juga bungkusan kecil tapi tak terjumpa, jadi akak terpaksa ambil bungkusan yang sederhana besar ini seberat 250 g.

Untuk makluman rempah Kari Cap O merupakan produk keluaran Muslim 100% dijamin bersih dan halal.
Sebelum ini akak pernah beberapa kali menyediakan kari menggunakan rempah kari Cap O ini.
Alhamdulillah memang rasa sedikit perbezaan rasa nya.

Ya lah, kalau hari-hari makan kari dari syarikat yang sama, bila bertukar walaupon rempah juga, tapi memang terasa perbezaan rasa nya.

Rempah  ni memang fames di utara.

Tapi yang tinggal di selatan atau atau dipantai timur boleh beli secara Online di Lazada. Akak perasan ada dijual disana !

Jom kali ini akak masak ikan bawal bersama tempe, kebetulan dalam peti sejuk ada beberapa ketul potongan ikan bawal dan beberapa keping tempe.

Jom...


Bahan A (digaul dan perap 15 minit)
5-6 potongan isi Ikan Bawal
sedikit Garam
sedikit Kunyit Serbuk

Bahan B
 4 keping Tempe (dipotong kepada kepingan kecil)

Bahan C (ditumbuk)
6 ulas Bawang Putih
1 biji Bawang Besar
1 inci Halia

Bahan D
Minyak untuk menggoreng & menumis
2 batang Serai (diketuk)
1/2 camca kecil Halba

Bahan E (jadikan pes)
1 camca besar rempah KARI MASAK LEMAK
3/4 camca kecil Lada Hitam serbuk
1 cawan Air

Bahan F
1 kotak Santan pekat
1 keping Asam Gelugor
Sedikit Air sebagai kuah
sedikit Budu
sedikit Garam

Bahan G
1 helai Daun Kunyit (dihiris kasar)
5 biji Cili Padi Hijau


Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dan perap selama 15 minit.
2. Sementara itu, panaskan minyak dan goreng tempe sehingga keperangan. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.
3. Menggunakan minyak yang sama, goreng ikan hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan

4. Kurangkan minyak jika berlebihan dan tumis bahan C dan D sehingga keperangan.
5. Masukkan bahan E, masak sehingga pecah minyak.
6. Masukkan bahan F dan kacau rata. Terus masukkan ikan, tempe dan bahan G.
7. Perlahankan api sekecil yang boleh supaya kuah 'mesra' bersama ikan dan tempe sehingga kuah 'hampir' mendidih. Jangan sampai mendidih ya....


Siap untuk dihidang....
Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Post a Comment