Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Teruja akak bila terpandang TEMPE GORENG RANGUP KETUMBAR yang baru siap digoreng oleh jiran sekampung yang berniaga nasi berlauk dikawasan rumah akak.
Sempat beli 2 keping (dapat pula 1 keping percuma, mudahan murah rezeki peniaga tersebut. Aaminn), konon-konon nak rasa sebab nampak menarik sangat dengan warna kuning, yang diselang-seli dengan hijau daun bawang dan kelihatan begitu rangup, Dah tu murah pulak RM 2 sahaja.
Rasa nya emm.. sedap. Akak ratah saja...
Tak puas makan, jadi akak beli 3 keping tempe mentah untuk di masak sendiri,
Buat sendiri dan hasil nya lebih lebih rangup dari yang dijual tu...........
emm..... best ! sedap ! rasa sepi-sipi ketumbar biji yang ditumbuk, hirisan daun katumbar, daun sup dan daun bawang. Hujung-hujung baru rasa pedas cilipadi.
Kerangupan salutan tepung diluar alhamdulillah begitu ranggup sekali.
Jom...
Bahan A
3 keping Tempe
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan B
1/2 cawan Minyak Masak
1/2 cawan Air (jika terlalu pekat semasa mengisar, bolehlah ditambah sedikit lagi air)
1/4 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Beras Campuran
1/2 camca teh perasa Ikan Bilis 'KNOR'
1/2 camca teh Kunyit Serbuk
1 camca besar Air Kapur
Sedikit Garam
Bahan C
1 biji cili Padi (dihiris nipis)
2 camca teh Ketumbar Biji (ditumbuk kasar)
Daun Ketumbar (dihiris kasar)
Daun Bawang (dihiris kasar)
Daun Sup (dihiris kasar)
Cara Menyediakan nya
1. Kepingan Tempe dipotong ikut suka. Akak potong 2 berbentuk 3 segi, kemudian nya di belah pula kepada 2 keping. Jadi dari 3 keping akak dapat 12 keping. Ketepikan.
Kepingan tempe dikerat menjadi 2 bahagian segitiga dan kemudan nya dibelah 2 setiap satu |
2. Satukan kesemua bahan B dalam mesin pengisar, Pastikan masuk cairan saperti air dan minyak dahulu, kemudian baru tepung untuk memudahkan proses mengisar. Kisar sehingga semua bercampur rata.
Adunan ini memang pekat, pekat dari goreng pisang ya. Tapi jika agak sukar nak mengisar boleh lah ditambah air sedikit demi sedikit. Agak-agak dah boleh kisar ok.
3. Satukan bahan tepung (yang siap dikisar) dengan bahan C dalam mangkuk dan sebatikan.
4. Panaskan minyak dalam kuali, celup tempe dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga perang kerangupan.
5. Agkat dan tos atas kertas tissu serap minyak.
Copyright © 2019. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
mmg sdp nau2 nih kak...sepingan kejap je abis nih klu jenis rnaggup gini
ReplyDeleteSedap meratah saja ...rangup2
Delete