MENJADI TETAMU ALLAH MUSIM HAJI 1440H / 2019M - Part 1 (Pengenalan)
Salam Jumaat !!!!!!
Moga sihat-sihat semua nya ya
Dah lama akak tak bersiaran sejak menerima tawaran untuk menjadi tetamu ALLAH hari itu.
Merehatkan diri dan memberikan tumpuan utama dan fokus dalam pembelajaran dan persediaan untuk ke sana.
Syukur alhamdulillah kini selesai sudah hajat dan impian akak.
Lama berehat dan kini nak kembali semula kealam dunia ber blogging memang amat 'bercinta' sangat2 !!!.
Tapi rasa sayang pulak.
Berblogging bagi akak, dapat menghubungkan siraturrahim antara sabahat-sahabat walaupun antara kita semua tak pernah bersemuka.
Sebagai permulaan akak nak berkongsi sedikit foto2 yang sempat dirakamkan semasa disana untuk tatapan semua, juga sebagai simpanan akak sebagai kenang kenangan.
Sebenar nya banyak foto yang sempat diambil sebagai kenangan, tapi semasa kemaskini HP sekembali dari Mekah hari tu, akak telah tersalah langkah, menyebabkan sebahagian besar foto2 telah TER delete.
Tak apa lah, sedikit yang ada ini akak simpan sebagai kenang kenangan.
OK.. Semua tentu telah sedia maklum kan sekarang dah tak macam dulu lagi dimana kita tak dapat pergi menunaikan Haji berulang-ulang kali.
Jadi bila dah dapat tawaran menjadi tetamu ALLAH tu, tunaikan lah dengan sepenuh hati, sepenuh perasaan dan 'bersungguh-sungguh'.
Persediaan mental dan fizikal amat-amat perlu, lagi lagi kalau yang pergi seorang diri macam akak ni.
Pertama...
Buatlah persediaan 'SEPENUH nya' sebelum ke sana yaaa,,,,
Hadiri kursus kursus yang disediakan oleh pihak Tabung Haji. Jika ada kursus yang dianjurkan oleh pihak lain, jangan lepaskan peluang untuk turut sertainya juga kerana tak semua ilmu itu datang dari satu sumber.
Rajin mentelaah semula apa yang dipelajari dan buat nota sendiri supaya kita mudah mengingati nya.
Sebenar nya 2 tahun sebelum sebelum, akak dah menghadiri kursus haji anjuran masjid di tempat akak tinggal. Tapi hadir pon secara lewa-lewa.... tak bersungguh.
Cuma pada Musim Haji tahun 2018 baru perasaan nak ke Mekah meruap-ruap, tambahan kawan-kawan yang bersara kemudian telah menerima tawaran Haji 2018.
Perasaan lagi membuak bila melihat foto-foto di IG yang dikongsi oleh DrSheikhmuszaphar beliau, Satu hari entah beberapa kali akak asyik skodeng je insta nya.
Kalau ikut rekod di Tabung Haji, akak akan kesana pada 2020, tapi hati ni amat terasa yang akak dapat menunaikan haji pada 2019.
Alhamdulillah, selepas hantar surat rayuan ada awal januari, akak terima panggilan menyatakan yang rayuan akak lulus dan perlu segera ke cawangan utuk mengambil surat tawaran.
Memang suka lah sangat-sangat....
Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Syukur !!!
Kedua .....
Sentiasa jaga kesihatan sebelum berangkat . Rajin kan diri berjalan kaki untuk melatih supaya kaki kita tidak 'terkejut' apabila disana.
Semasa di Mekah/Madinah, banyakkan minum air zam-zam. Biasa nya bila nak balik dari masjid baru akak akan minum dalam kuantiti yang lebih berbanding semasa datang. Maklum takut kerap berulang ke tandas pulak.
Kerap mandi untuk menyejukkan badan maklum cuaca yang panas.
Ketiga ....
Bawa ubat-ubatan yang diperlukan,
Pesanan akak, jangan lupa bawa sedikit garam dan asam jawa. Bukan pes yaa, tapi asam jawa yang ketul tu,.
Sakit kerongkong dan batuk dah jadi kebiasaan apabila di sana nanti. Dinegara orang memang susah nak mencari nya bila diperlukan.
Garam biasa nya untuk kita berkumur jika terasa tekak perit atau sakit.
Asam jawa pula boleh dimakan sedikit2 (palit2 gitu) jika diperlukan untuk memecahkan batuk yang 'ala gila-gila' tu.
Semasa di Di tanah Suci
Banyakkan bersabar dengan suasana dan keadaan disana saperti cuaca, kesesakan orang ramai, makanan dan juga tak ketinggalan pael rakan2 sebilik.
Cuaca yang panas amat terasa terutama pada bahagian muka kita kerana bahagian ini adalah bahagian yang terdedah. Kepanasan nya bagaikan berada didepan unggun api yang sedang marak.
Pernah akak basahkan Face Mask dan ia boleh kering bila tiba di Masjid yang jarak nya lebih kurang 180 meter saja. Tentu boleh banyang kan kepanasan nya..
Kesesakan orang ramai makin meningkat dan amat ketara sekali terutama hampir ke kemuncak Haji.
Tiada masa jemaah akan berkurang walau di tengah malam atau diawal pagi.... sentiasa sesak.
Pernah akak dihimpit beberapa kali menjadikan akak sedikit fobia. Tapi alhamdulillah perasaan itu hilang sedikit sedikit.
Untuk mengelakkan bersesak sesak, biasanya akak akan lewatkan masa keluar dari masjid 'selepas solat' (~ 30 minit) . Dalam masa tersebut, isi kan ruang waktu dengan berdoa atau membaca Al-Quran.
Bab-bab makanan semasa di Hotel, tak menjadi masaalah sangat. Kalau nak sedikit berbeza boleh dapatkan di restoren2 sekitar Mekah/Madinah.
Di Mina pon bagi akak makanan nya OK, walaupon diuruskan oleh Muassasah.
pss.... akak memang tak cerewet bab-bab makan ni !
Banyak bersabar dengan peel rakan2 sebilik.
Semasa kursus lagi ustaz dah berpesan supaya banyakkan bertolak ansur, jangan pentingkan diri sendiri dan harus berlebih kurang adalah lebih baik.
Betul sangat tu, akak setuju kerana berkongsi bilik bukan nya lama, ia hanya sebagai tempat merehatkan dan membersihkan diri sahaja kerana lebih banyak masa kita berada di masjid.
Di Mekah akak ditempat kan di hotel yang jarak nya 100-180 meter dari dataran Masjid.
Berkongsi 5 orang sebilik, tapi keadaan nya lebih selesa dari yang dapat 4 sebilik.
Dalam keadaan itu masih ada yang nak lebih selesa hingga sanggup rapatkkan katil rakan yang lain agar ruang nya lebih luas,dan beg 'besar nya' dapat dibentangkan.
Alahaiiii !! Sabar ja lah ya ........
Fokus utama kita adalah amal ibadat kepada ALLAH
Rajinkan diri ke masjid dan luangkan lebih banyak masa berada di situ. Cuba laksanakan tawaf sunat sebanyak yang boleh. Jika dapat 50 kali alangkah bagus nya.
Elakkan 'kerap berlingkar dalam selimut' terutama selepas sarapan atau makan.
Sayangkan ! datang jauh-jauh berjuta-juta kilometer, bila tiba di Mekah, malas nak ke masjid.
Lagi rugi jika jarak Hotel penginapan dengan masjid amat dekat berbanding yang tinggal berkilometer jauh nya.
Elakkan bersembang perkara2 yang 'LaQa' terutama bila dah berkumpul dalam bilik tu, tahu-tahu sahaja lah kan.
Foto ini akak rakam pada waktu tengahhari, di ambil selepas selesai tawaf sunat di tingkat 2.
Panas terik matahari pon jemaah tak berkurang untuk bertawaf.
Biasa nya diwaktu sebegini ada yang berpayung dan ada yang sanggup bertahan.
Yang ini ketika berada di 'ground floor' yang amat jelas kelihatan kaabah dihadapan kita.
Pss.. kena datang awal untuk cari kedudukan yang stratigik dan bertentang dengan kaabah.
Tapi biasa nya bila hampir tiba waktu solat, saf-saf di sini akan sesak kerana yang datang kemudian akan cuba sedaya upaya nak juga menyelit-menyelit antara jemaah.
OK setakat ini saja sebagai permulaan.
Kita sambung part seterus nya nanti...
Wassalam...
Alhamdulillah. Dapat juga baca coretan kak FHA. Rindu, sebab lama 'bercuti dari dunia maya'. Moga sihat-sihat saja. Terima kasih kongsi pengalaman semasa berada di tanah suci.
ReplyDeleteAlhamdulillah sihay. Rindu juga pada kaean2 dan blog ni,
Deletealhamdulillah, seronoknya akak... patutlah lama akak diam dari menulis...
ReplyDeleteseronok baca kisah yang akak kongsikan, tak sabar nk baca sambungannya... kene panggil hajah dah la lepas ni.. hehehe
Memang amat seronok bila kesana, Dana...In Sya ALLAH Dana pon ada rezeki
DeleteAlhamdulillah dapat rezeki hotel dekat dengan Dataran Kaabah. Saya pergi Haji 2018, dapat hotel hampir 1 km dari Masjidil Haram. Pergi balik 2 km. Tapi syukur Allah swt permudahkan segala urusan.
ReplyDeleteAlhamdulillah Hazila. Tapi jauh jarak perjalanan tu, In Sya ALLAH lebih pahala nya
Delete