SALAM DISAMBUT .......

Terima Kasih kerana sudi menjenguk kedapur maya yang tak seberapa ini yang menjadi tempat penyimpanan koleksi resepi-resepi kegemaran sendiri dan keluarga.

Resepi yang dipapar dan dikongsikan disini adalah lebih kepada resepi harian keluarga yakni resepi ala kampungan yang mana resepi tersebut saya warisi dari arwah EMAK, Kakak juga Saudara sendiri. Terselit juga beberapa resepi ciptarasa sendiri yang ingin mencuba sedikit kelainan.
Selain itu ada juga dikongsikan resepi sahabatt alam maya yang telah dicuba dan tak ketinggalan dari sumber majalah , juga melalui pencarian di internet.

Blog kesayangan ini memang amat membantu untuk mencapai resepi yang dikehendaki apabila diperlukan, berkongsi ilmu dan tips yang ada disamping mengembangkan bakat  dalam bidang fotography.

Kesemua gambar adalah hakmilik peribadi disamping sedikit kongsian dari ihsan Google.

Kepada yang ingin berkongsi amat-amat dialu.  tetapi pastikan yang LINK PAUTAN diletakkan sebagai rujukan/sumber asal dimana ia diambil.

Moga segala ilmu yang dikongsi ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Jika ada sebarang kemuskilan, boleh hubungi saya di alamat Email: faudziyahariffin1@gmail.com

3 comments:

  1. Assalamualaikum kak Fa, boleh share kan ilmu bagaimana akak ambil gambar makanan cantik2 untuk blog akak. Menarik sangat. Akak guna camera apa dan apps apa untuk editing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. akak ada canon dan nikon. tapi lately guna nikon ja.
      software editing akak guna photoshop.
      Ambil gambar tepi tingkap untuk dapatkan cahaya semula jadi. Elakkan flash.
      waktu sesuai lingkungan pukul 10 pagi dan 4 petang. Waktu-waktu lain boleh juga
      Jika cahaya berlebihan kena hadang untuk kurangkan ia
      Jika kurang atau ada bayang yang ketara, perlu add tambahan penghadang untuk dapatkan pantulan cahaya.


      Delete
    2. tkasih atas perkongsian ilmu akak. Saya doakan semoga akak lebih sukses untuk masa akan datang.

      Delete

Powered by Blogger.