Wednesday, 22 March 2017

MEE KOLOK BERKUAH ... Sungguh sedap dan menyelerakan sekali !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Entah kali keberapa saya menyediakan MEE KOLOK ini
Semenjak tahu cara menyediakan nya memang tak lepaskan peluang memasak nya.

Walau pon tak pernah merasai mee yang asli.
Cukup dengan menggunakan noodles kering memang tak menghampakan.

Pertama kali mencuba dan pernah saya kongsikan nya disini MEE KOLOK .. Sesiapa yang belum pernah makan, Jom cuba.. Sedap tak terkata ! setelah menjengah ke dapur Dayang Jack.

Jom...


Jom kita tonton video ...

video

SUP DAGING yang amat sedap dihirup !



Bahan A
350 g Daging Lembu
1 sudu besar penuh Perencah Sup
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunya lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci halia
1/2 kiub Pati Daging
air secukupnya
sedikit garam

Cara -Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan diatas (kecuali kiub dan garam) dan rebus sehingga daging empuk.
2. 5 minit sebelum angkat baru masukkan garam dan kiub daging.


DAGING yang aduhaii tak terkata enak nya !!!


Bahan B
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
5 sudu besar Kicap Lemak Manis
1 sudu besar Kicap Lemak Masin

Cara -Cara Menyediakan nya
1. Toskan daging yang telah direbus diatas dan hiriskan nipis.
2. Masukkan semua bahan diatas, gaulkan rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan daging. Jika terlalu kering bolehlah masukkan 2-3 sudu makan air rebusan daging diatas.
4. Goreng anggaran 3-4 minit dan terus diangkat.
* Tak perlu digoreng terlalu lama untuk mengelakkan daging menjadi terlalu keras.


BAWANG PUTIH yang amat beraroma !


Bahan C
minyak untuk menggoreng
1 labu bawang putih (dicincang halus)

Cara -Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali (lebihkan sedikit kerana minyak yang sama akan digunakan untuk mengoreng mee nanti).
2. Goreng bawang putih sehingga bertukar menjadi keperang-perangan.
3. Angkat dan toskan. Simpan minyak ini untuk menggoreng mee.


MEE KOLOK yang amat mengiurkan !!!



Bahan D
4 keping non-fried noodles /instant mee (mee kering spt maggie mee) atau mi kolok
4 sudu makan Sos Ikan / Sos Soya
3 sudu makan Cuka Makan
Kicap Lemak Manis

non-fried noodles /instant mee


Cara -Cara Menyediakan nya
1. Panaskan air secukupnya dalam periuk sehingga mendidih.
2. Masukkan non-fried noodles /instant mee dan rebus sehingga mee masak.
    * Jika mee sudah lembut dan tidak terasa tepung, boleh diangkat dan toskan.
3. Panaskan 'minyak goreng bawang putih' diatas dan masukkan mee yang telah ditoskan.
4. Perasakan dengan Sos Ikan / Sos Soya, Cuka Makan dan Kicap Lemak Manis, rata-ratakan dan terus diangkat.


SAMBAL yang sedap menyebabkan kita kecur !


Bahan E 
8-10 biji cili padi merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu besar gula putih
3 biji limau kasturi (ambil Jus)
3 sudu besar air biasa
Sos Manis ABC/Kicap Lemak Manis

Cara -Cara Menyediakan nya
1. Tumbuk atau kisar kering cili padi dan bawang putih.
2. Alihkan kedalam mangkuk dan masukkan kicap manis dan perahan jus limau kasturi, gula dan sedikit air.
3. Gaul rata.


PERENCAH TAMBAHAN yang melariskan mee !!!


Bahan F
Daun bawang
Daun sup (dihiris)
Limau Kasturi
Fish ball (Goreng/Rebus sekejap)
Fish cake (Goreng/Rebus Sekejap)
Sayur Sawi (Rebus.  Masukkan 1 sudu makan minyak dalam air rebusan untuk menjaga kesegaran sayur)
Tomato biji


Jomm ramai-ramai kita MENGHIDANG !


1. Sediakan mangkuk, Masukkan mi, Sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian masukkan  daging, tabur bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan bahan F.
2. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

Selamat Menjamu Selera ...

* FHA Selemak Santan

Tuesday, 21 March 2017

KEREPEK KELEDEK MANIS ...Mudah, Sedap dan Ranggup !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Semalam saya sediakan KEREPEK KELEDEK MANIS sebagai jajan di waktu petang.
Memang sedap !
Ranggup sangat-sangat...
Tak perasan..sekejap saja habis.

Perancangan awal keledek tu nak buat goreng-goreng biasa saja.
Tapi bertukar disaat-saat akhir apabila teringat emping yang pernah saya buat tak berapa lama dulu disini EMPING KELEDEK RANGGUP .

Tapi kali ini saya buat cara mudah.
Goreng sampai RANGGUP kemudian gaulkan dengan sedikit gula kastor.
SEDAP !!!
Semua orang boleh sediakan.. mudah dan cepat.

Kebetulan pula keledek yang saya beli ini ubi nya terasa manis
Kalau tak letak gula pon OK.
Tapi memang saya sengaja tambahkan dengan sedikit gula.


Bahan A
Ubi Keledek secukup nya (saya guna 3 biji ubi keledek yang berkulit unggu. Rasa ubi nya manis)
Air Kapur 'Makan'
Gula Kastor
Minyak untuk goreng tenggelam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ubi keledek dikupas kulit dan direndam dalam bekas yang berisi air untuk mengelakkan ubi nya menjadi hitam. Kemudian nya dibasuh bersih.
2. Sediakan bekas yang berisi air biasa dan campurkan sedikit air kapur anggaran 4 camca besar.
Tujuan nya adalah untuk menjadikan kerepek kurang menyerap minyak dan lebih ranggup.
3. Sagat ubi keledek menggunakan 'penyagat' kepada kepingan-kepingan yang nipis kedalam bekas air ini.

4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana.
5. Goreng ubi sedikit-sedikit anggaran 3/4 penuh kuali untuk  memastikan ia tak melekat antara satu dengan yang lain.
6. Ubi sentiasa dikacau selalu supaya ia masak dengan sekata dan apabila kelihatan bertukar warna, terus perlahankan api untuk mengelakkan ia cepat hanggit.
7. Angkat dan toskan atas tisu serap minyak.
8. Goreng sehingga habis.

9. Tabur dengan gula kastor dan ratakan.
10. Siap untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

Monday, 20 March 2017

IKAN GORENG GARAM ASAM .. Sedap bangat !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini teringin nak makan IKAN GORENG GARAM ASAM
Resepi nya pernah saya kongsi kan dulu disini IKAN GORENG GARAM ASAM yang sangat sedap dan menyelerakan.

Rupa ikan yang siap digoreng mungkin nampak kurang mengancam !
Tapi .....................
Jangan dinilai rasa dari rupa  !
Aduhaiiii terliur walaupon baru ja makan kali kedua tadi.

Sedikit minyak minyak bekas goreng ikan dan bawang memang sedap dicalit pada nasi panas !!!

Sedap kalau makan dengan sambal belacan.

Kalau nak tengok VIDEO penyediaan ini boleh lah jengah ke instagram 'fhaselemaksantan' . Banyak video menarik dihimpunkan disana


Bahan A
5 ekor Ikan kembong (boleh digantikan dengan apa saja jenis ikan yang disukai selain ikan bilis hehehe !)
sedikit garam (lebihkan garam dari biasa kerana apabila dikukus sedikit garam akan mengalir masuk kedalam wap air dan menyebabkan ikan kurang kemasinan)

Bahan B (satu dan jadikan pes yang pekat)
asam jawa sebesar duit 50 sen (saiz lama)
sedikit saja air

Bahan C
10 biji cili padi merah (dihiris menyerong)
10 biji cili padi hijau (dihiris menyerong)
3 biji bawang besar (dibelah 2 dan dihiris tebal)
2 helai daun limau purut (4 keping)
sedikit garam atau kicap masin jika ikan yang digoreng kurang masin

Bahan C
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara  Menyediakan nya 
1. Ikan diperap dengan bahan A selama 1/2 jam.
2. Panaskan periuk pengukus dan kukus ikan selama 20 minit kemudian angkat dan sejukkan ke suhu bilik.
3. Lumur ikan dengan bahan B dan perap lagi selama 1-2 jam. Kalau nak lebih lama lagi sedap !

4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sperti biasa.
* Untuk makluman warna ikan goreng ini akan bertukar menjadi kehitaman. Jangan risau ia bukan nya hangit tetapi disebabkan asam jawa.
5. Balikkan setelah agak-agak bahagian bawah sudah sedikit garing. Kita tak perlu risau kerana ikan telah masak sebelum ini
6. Angkat dan toskan minyak nya.

7. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng bahan C sehingga layu.
8. Kaup dan taburkan ke atas ikan yang telah siap digoreng tadi.


* FHA Selemak Santan

Saturday, 18 March 2017

SAMBAL UDANG 'DAUN LIMAU' ... Sedap ! Mesti Cuba !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Lauk untuk makan tengahhari ini SAMBAL UDANG 'DAUN LIMAU'
Masak pon tak banyak dalam 7 ekor udang yang bersaiz sederhana besar

Tak boleh makan banyak, sebab dah perasan sebelum ini kalau terlebih kepala jadi migrain
Makan-makan juga.
Kesihatan kena utamakan..
Betul tak !


Kalau nak tengok VIDEO penyediaan sambal ini boleh lah gendeng-gendeng instagram 'fhaselemaksantan'


Jom... kita lihat resepi


Bahan A (diperap 1/2 jam)
7 ekor udang bersaiz besar
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam

Bahan B (ditumbuk secara berasingan)
5 ulas bawang putih
4 biji bawang besar & sedikit belacan

Bahan C (dikisar halus)
1 biji cili hidup merah
12 biji cili kering (saya masukkan sedikit sahaja sebab saya menggunakan cili 'Super Hot')
sedikit air

Bahan D
Minyak untuk menumis
1/3 ketul gula melaka
sedikit garam
2 tangkai daun limau purut/ 4 keping (disiat-siat)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga benar-benar garing.
2. Masukkan bawang besar dan terus menggoreng sehingga bawang bukan sahaja layu tetapi kecut seakan hampir garing.
3. Masukkan bahan C, kacau-kacau seketika dan terus masukkan gula melaka dan sedikit garam.
4. Masak dengan api yang kecil sehingga terbit minyak dan sambal hampir kering. Pastikan sambal dikacau selalu untuk mengelakkan ia hangit atau berkerak.
Masak dengan api kecil menjadikan sambal lebih sedap !!!

5. Dalam kuali yang berasingan goreng udang sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan minyak nya.
Elakkan terlalu garing kerana isi udang akan menjadi liat.
6. Apabila sambal telah hampir kering, masukan udang dan daun limau purut. Ratakan sebentar dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

Friday, 17 March 2017

CARA XXL BERLAUK ... garing diluar lembut didalam !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam Jumaat


Semalam masak kuih cara sebaga minum petang
Lama dah mengidam nak makan
Teringat-ingat ke enakkan kuih cara ini dengan kulit diluar yang ranggup dan isi nya lembut penuh dengan hirisan daging dan aroma daun sup yang pernah saya buat tak lama dulu di sini ....CARA BERLAUK DAGING garing diluar.. lembut didalam !!!

Memang dah jadi kebiasaan kalau masak inti untuk kuih cara saya akan masukkan 100 % daging. 
Tak sedap kalau ditambahkan ubi  atau apa-apa yang sewaktu dengan nya ....

Jomm...

* Kalau rajin.. jengah-jengah lah instagram saya 'fhaselemaksantan' untuk intai VIDEO penyediaan kuih cara ini .....


Bahan A (Adunan Tepung)
(*Campur semua dalam blender dan mesin )
1 cawan tepung gandum
1.7 cawan air biasa (lebih sedikit dari 1 1/2 cawan)
3 sudu besar santan pekat (saya guna santan kotak saja)
3 sudu besar minyak masak (Untuk melembutkan)
1 biji telur ayam
sedikit garam
sedikit kunyit atau pewarna kuning

Bahan B1
1 sudu besar minyak utk menumis
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 tangkai daun kari (dihiris nipis)
1 keping kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan B2
3/4 paket rempah kari Daging dibancuh dengan sedikit air (dijadikan pes)
300 gram Daging (dipotong kecil)
1 camca kecil lada hitam/putih (ditumbuk halus)
1/2 kiub Daging lembu 'Knor'
sedikit garam

Bahan B3
2 biji bawang besar (dipotong kuib)
1/2 mangkuk kecil hirisan daun sup

Bahan B4 (Pelengkap Rasa)
Cili Merah
Daun Sup

Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panas minyak dalam kuali dan tumis bahan B1 sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan B2. Masak sehingga daging empuk dan kuah sedikit menjadi pekat.
3. Akhir sekali masukkan bahan B3, ratakan dan terus padamkan api.

Cara-Cara Memasak Kuih Cara:-
1. Panaskan acuan Kuih Cara.
2. Leserkan minyak pada acuan. Pastikan ada sedikit minyak dalam acuan dalam 1 camca kecil. Ini adalah bertujuan untuk menggaring dan meranggupkan kuih cara nanti.
3. Masukkan adunan tepung 2/3 acuan. Tutup dengan tudung periuk sekejap <> 1-2 minit supaya tepung 1/3 masak. (TIPS: Cara ini menjadikan inti LEBIH TERASA SEDAP kerana inti tidak tenggelam dalam badan kuih cara)
4. Masukkan inti  dan taburkan cili potong dan daun sup diatas nya.
* Kalau nak cili dan daun sup nampak fresh, tunggu sehingga kuih ini masak dahulu ia-itu selepas langkah ke  baru ia di taburkan.

5. Tutup semula dengan tudung periuk. Tunggu sehingga masak. Biarkan lama sedikit supaya ia garing.

* Pastikan masak dengan api yang 'amat perlahan' supaya tepung masak sempurna didalam dan amat garing diluar.  
* FHA Selemak Santan

Wednesday, 15 March 2017

NASI GORENG MENYOROK ... pagi


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Pagi tadi menyorok dengan nasi goreng yang serba simple dan mudah.


Jangan salah sangka pula...
Bukan nya saya bawa lari nasi goreng dan sorokkan dari sapa-sapa pon
heheh....!

Tapi ....
'MENYOROK' disini yang membawa maksud alas perut yang ala-kadar
Supaya perut tak masuk angin terutama diwaktu pagi.
Ada juga 'MENYOROK Petang .....

Jadi apa yang ada didapur main campak-campak saja asal boleh dimakan.
Istilah ini kebiasaan nya diguna oleh orang utara terutama orang lama..

Orang sebelah selatan dan timur tak pasti menggunakan istlah yang sama.

Jomm...




Bahan A
sedikit minyak 'goreng ayam'
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris tebal)
1 tangkai daun kari
1 paket perencah nasi goreng/sayur goreng
1/2 biji cili capcicum hijau
1/2 biji cili capcicum merah
1/2 biji cili capcicum kuning
1 camca besar sos tiram
Kicap masin kipas udang
1 mangkuk nasi
1 biji telur
sedikit hirisan daun sup
sedikit bawang goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga bertukar keperangan.
2. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu.
3. Masukkan daun kari dan goreng seketika sehingga terbit aroma.
4. Masukkan perencah dan goreng sehingga sedikit garing terus  masukkan capcicum.
5. Masukkan sos tiram, kicap masin dan gaul sebati.
6. Masukkan nasi putih dan ratakan semua nya,
7. Ketepikan nasi dan pecahkan telur. Biarkan telur sedikit membeku baru digaul denga nasi
8. Sebelum angkat, tabur dengan daun sup dan sedikit bawang goreng.
9. Ratakan dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

Tuesday, 14 March 2017

SUP TULANG SPECIAL ... Pekat, SEDAP dan terus terpikat !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

3 hari tak keudara terasa rindu sangat dengan blog kesayangan ini.
Bukan nya apa,
Sibuk sedikit,
Tengah semangat 'explore sesuatu yang baru'

Mungkin ada yang telah dan lebih arif
Tapi bagi saya, ini sesuatu yang baru
Maklum dulu tak bersekempatan walaupon kerjaya saya sebelum ini sepenuh masa mengurus pembinaan sistem aplikasi pengkomputeran.

Ibarat doktor pergigian dan perubatan biasa
Walaupon kedua-dua nya berjawatan doktor tetapi bidang berbeza-beza.

Berbalik kepada bidang fotography, ia memang amat luas
Masih banyak yang perlu di timba dan digali.
Walau bagaimana pon cuba mempelbagaikan untuk mencari ilmu yang baru

Jomm... kalau sudi boleh singgah di instagram saya 'fhaselemaksantan' untuk mengaccess VIDEO masa-memasak saya yang simple-dimple....

Perancangan untuk attachkan ia dalam blog memang ada tetapi saya perlu berhati-hati
Pernah terjadi, bila saya link VIDEO luar menyebabkan blog saya sukar diaccess.

Jadi saya perlu study dulu bagaimana untuk attachkan ia dengan selamat.

Jom hari ini saya sediakan SUP TULANG SPECIAL ... Pekat, SEDAP dan terus terpikat  !!!
Sedap makan dengan roti bakar dan juga nasi.


Bahan A
400 gram tulang lembu

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
1 labu bawang putih (~12 ulas) (dihiris nipis/dicincang)
1 inci halia (dihiris tebal)
2 kuntm bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga

Bahan C
2 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
1 camca besar rempah sup
1 camca kecil lada hitam (ditumbuk)
1 camca kecil lada putih (ditumbuk)
2 batang serai (diketuk lebam)

Bahan D
Air secukup nya sebagai kuah
1 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)

Bahan E
1 batang lobak merah (dipotong tebal)
2 biji ubi kentang (dibelah 4)
1 biji tomato (dibelah 2)
8 biji cili padi hijau (dibiar sebiji sebiji)
8 biji cili padi merah  (dibiar sebiji sebiji)
1/2 kiub pati lembu
sedikit garam

Bahan F
1 mangkuk kecil hirisan daun sup
1 mangkuk kecil hirisan daun bawang
1 mangkuk kecil bawang goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga bawang putih bertukar keperangan.
2. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu.
3. Masukkan bahan C yang lain dan goreng sehingga hilang bau rempah. * Boleh tambah sedikit air jika ia kering.
4. Masukkan air, daun pandan dan tulang. Rebus sehingga daging pada tulang empok.
* Tambahkan air jika kuah mula susut dan daging masih liat.
5. Apabila daging sudah empuk, terus tambahkan air lagi jika berkurangan dan masukkan bahan E.
Masak sehingga ubi kentang empuk.
6. 5 minit sebelum angkat, taburkan dengan separuh bahan F.

* Tabur lagi dengan bahan F sebelum makan.

* FHA Selemak Santan