KARI SOTONG MAMAK PENANG ... seriussss ! rasa macam makan di restoren Mamak Penang !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Awal pagi semasa kekedai runcit, terpandang sebekas besar berisi sotong segar bugar bertelur lagi...
Cantik !!!
Plan nak masak kari, maklum lama juga tak makan kari sotong bertelur,
Terus pilih beberapa tangkai kacang buncis nak dirampaikan, nak sedap ber tambah sedap !.

Sampai saja dirumah, baru terperasan akak ada beli daun pudina sebelum ni, jadi kalau dibiarkan 2,3 hari lagi alamat nya emn busuk lah.

Terus plan bertukar... nak masak kari sotong stail mamak penang.
Kari yang macam kat restoren tu...
Kari yang kuah sedikit saja...
Pekat, melekat dan amat-amat terasa sedap !

Tambahan pula stok daun ketumbar ada, daun ini boleh tahan lama kalau direndam dalam bekas yang berisi air dan disimpan dalam peti sejuk. Kadang boleh sampai hampir 2 minggu tau.

Kacang buncis boleh rebus saja jadi ulam...........

Jom!!! Memang menjadi sebiji.


Sedikit kelainan kari akan sejak kebelakangan ini... akak masukkan lada hitam yang di 'kisar kering' sendiri diakhir masakan bersama garam.
Cara ini menjadikan kari kita lebih-lebih terasa dan sedap yang berbeza !
Terasa lemak semacam walau akak tak letak sebarang perasa tambahan.

Percaya lah sedap !!!!!
Macam kat restoren mamak Penang tu... Seriussss !


Bahan A
1 kilo Sotong (dibuang kelongsong dakwat dan tulang nya)

Bahan B
Minyak untuk menumis

2 ulas Bawang Merah (dihiris)
2 tangkai Daun Kari
3 inci Kulit Kayu Manis
3 biji Buah Pelaga
6 kuntum Bunga Cengkih
1 kuntum Bunga Lawang

Bahan C (kisar halus)
8-10 ulas Bawang Putih
1 1/2  inci Halia
sedikit Air *optional (untuk memudahkan proses mengisar)

Bahan D
2 helai Daun Pandan (disiat dan disimpul)

3 camca besar 'penuh' Rempah Kari Ayam/Daging
1 camca teh Jintan Manis serbuk
1 camca teh Jintan Putih serbuk
1 cawan Air

8-10 ulas Bawang Kecil (dihiris)
1 batang Serai (diketuk)
1 keping Asam Gelugor

1 camca teh Lada Hitam serbuk
sedikit Garam

Bahan E
5 tangkai Daun Pudina
2 tangkai Daun Ketumbar
3 biji Cili Padi Merah
3 biji Cili Padi Hijau


Cara Menyediakan nya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga wangi.

2. Masukkan bahan C (bahan kisar), kacau hingga ia lebih beraroma.

3. Masukkan daun pandan, terus kacau hingga air kisar susut.


4. Masukkan rempah kari, jintan manis, jintan putih dan sedikit air untuk mengelakkan ia cepat hangus. Perlahan kan api supaya rempah masak sekata dan terbit minyak secara perlahan.

5. Masukkan hirisan bawang kecil.

6. Masukkan serai dan asam gelugor. Masak lagi sehingga minyak terbit lebih banyak dan rempah sedikit garing.

7. Baru masukkan sotong.

8. Tambahkan lada hitam, garam dan sebatikan perlahan-lahan.

9. Air sotong akan keluar semasa proses ini menjadikan kari sedikit berkuah. Pada ketika ini, jika rasa kuah terlalu pekat, kurang atau nak lebihkan kuah, boleh ditambahkan air panas mendidih.

10. Akhir sekali,tabur dengan bahan E, ratakan seketika sebelum angkat untuk dihidangkan.

 Tada ..........
Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

8 comments:

  1. sedapnya kak... sotongnya sume ada telur ke tuh? nampak buncit2 semua hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang best beli ikan kat kedai dekat rumah akak ni, boleh pilih-pilih berbanding kalau kat pasar, jadi dapatkan banyak sotong yang buncit-buncit

      Delete
  2. Sedap nampaknya... satu hari nak cuba juga resepi kari sotong mamak Penang ni, tak payah pi kedai mamak lagi.

    ReplyDelete
  3. Bulan puasa ni boleh cuba buat

    ReplyDelete
  4. Alahai sedapnye
    nak2 kalau yang penuh telur tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.