BAMYA PAHA KAMBING ...egyptian food and recipes


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Salam Jumaat
Semoga semua sihat dan ceria-ceria selalu !
Syukur alhamdulillah,bertemu lagi kita di penghulu hari yang penuh barakah ini.

Semoga kita sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang di limpah kurniakan.


Ok....
Akak masih dengan lauk kambing, selagi tak habis bekalan dalam peti sejuk tu, selagi tu akan akak sajikan. Kalau dibiar lama kecut jadi nya, maklum peti sejuk sekarang tak saperti peti dulu-dulu.

Akak beli hari tu separuh paha yang bersaiz besar, asal nak beli sedikit saja untuk dimasak nasi BERIANI PAKISTAN tempoh hari, tapi tak dijual.
Jadi terpaksa ambil separuh, harga ingat-ingat lupa... agak-agak dalam RM 54, kalau tak silap, sekilo ++ tu..........


Resepi untuk hari ini BAMYA PAHA KAMBING sumber DAPUR MAMASYA
resepi asal dari blog TOUR EGYPT

Memang sedap lauk ini, tak pedas, berperisa dan amat sesuai disajikan kepada anak-anak.
Sebab akak 'suka pedas, akak campakkan beberapa biji cili padi.
Itu pon tak terasa pedas !!!!

Tak semesti nya guna kambing ya, daging lembu pon boleh !!!

Kacang bendi yang diguna dalam masakan ini kurang mengeluarkan lendir kerana ia dimasak terlebih dahulu sebelum dimasukkan bersama bahan lain.


Resepi akak olah ikut bahan yang terdapat didapur

Bahan A
Sedikit minyak
1 sb minyak sapi * akak tambah
1 kg daging kambing atau lembu (potong kiub 1 inci)

Bahan B (dikisar halus)
2 sk jintan manis biji
2 sk jintan putih biji
1 sk lada hitam biji
4 sk ketumbar biji
sedikit air

Bahan C
3 biji bawang besar (potong kiub)
6 ulas bawang putih (cincang)

3 biji tomato (buang kulit dan cincang)
4 sb tomato paste/puri * akak ganti dengan sos tomato

4 cawan stok daging (atau air + 1/2 kiub pati daging)
2 sb daun pudina dicincang * akak ganti dengan daun ketumbar
garam

15-20 biji okra/bendi
Jus dari sebiji lemon * akak ganti dengan limau kasturi

Cara Menyediakan nya
1. Dalam kuali, panaskan 2-3 sb minyak masak + minyak sapi dgn api sederhana panas.
2. Masukkan daging (tanpa garam)  sikit demi sikit dan goreng dlm 10 min atau hingga daging agak kecoklatan .



3.Angkat, toskan minyak dan masukkan kedalam periuk yang lain dan ketepikan.


4. Menggunakan baki minyak gorengan daging tadi, tumis bahan bawang putih dan  bawang besar dalam 8-10 min sehingga layu dan sedikit keperangan.



5. Tambah bahan kisar, tomato cincang dan tomato pes. Biar sehingga terbit sedikit minyak.

6. Tuang ke dalam periuk yang berisi daging tadi.

7. Masukkan stock daging / air, perasa dan garam.

8. Tutup periuk dan masak dgn api yg sederhana hingga daging empuk.


9. Sementara itu letak sikit minyak dlm kuali yang telah diberishkan dan masukkan bendi. Masak dlm 3 min. Alih-alihakan supaya ia masak sekata.


10. Pindahkan bendi ke dalam periuk yang berisi daging (yang telah empuk).
11. Perahkan lemon, kacau rata dan biar seketika sebelum diangkat. Jangan terlalu lama untuk mngelakkan bendi terlalu lembut.
12. Siap untuk dihidangkan.


13. Selamat menjamu selera ...

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. baru nk tanya akak, asik kambing je sejak dua menjak ni kak hehehe...
    pttlah besar akak beli tu, mmg mengambing jelah jwbnya selagi blm abis ye kak

    sedap lak nengok masakan ni kak... pastu rasa cam lain sbb ada bendi tuh, jarang masakan daging ada boh bendi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dana. Sesuai utk anak2 yg x makan pedas. Kambing tu boleh ganti dgn daging lain kalau mahu... Akak rasa macam nak buat lagi ni..... Sedap

      Delete
  2. Pebret kambing ni
    masak apa pun suka

    ReplyDelete

Powered by Blogger.