Sila Click sini ya... Terima Kasih !

CHICKEN DRUMSTICK SUP Citarasa Chef Jannah


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua ...

Terliur ke tengok sup diatas ? Emmm saya lagi terliur. Sedap sungguh penangan air tangan Chef Jannah ni....

Patut lah masa jemur kain pagi tadi.. ada terbauuuu..... dok fikir-fikir dalam hati eh, rumah sapa la... yang masak ni.
Rumah sebelah kanan ke ? rumah sebelah kiri ke ? rumah belakang ke ? Rumah depan tak mungkin... tu workshop kereta hehehe...

Tau-tau haa.. chef dari rumah kanan mai hantar semangkuk sup. Emm patut lah hari ni rasa macam  malas nak masak, rupa nya jiran kanan nak bagi sup.
Sedap.. sehingga menjilat mangkuk.

Baru tad sat. Ring-ring-ring ..... hello sup ada lagi, nak tambah semangkuk lagi boleh tak ??? Tak dak isi, kuah pon jadilah....
Apa ????  Dah habissss ??? Pasai apa buat sikit sangat ?

Jom kita semak resepi Chef ni... walau pon simple resepi nya. Tapi memang sedap.

BAHAN A
6 ketul Peha ayam
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
halia (ditumbuk)
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kulit kayu manis
6 ketul paha ayam
1 sup bunjut ADABI
1 camca teh Serbuk Rempah Sup ADABI
3 mangkuk air (Jangan terlalu banyak)
sedikit daun sup

BAHAN B
3 biji Ubi kentang sederhana besar(dipotong 4)
sedikit garam

BAHAN C
Daun sup
Bawang goreng

Cara-Cara Memasak:-
1. Masukkkan bahan A kedalam periuk dan rebus semua sekali.
2. Apabila ayam 3/4 masak, masukkan Bahan B dan teruskan memasak sehingga ubi empok.
3. Sebelum angkat masukkan Bahan C. Siap

Simplekan...menu yang sihat, tiada minyak, kurang kolesterol....  tapi memang SEDAP

* Selamat menjamu selera


No comments:

Powered by Blogger.