AYAM PANGGANG MALGRIS Bling-Bling
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Hari ni baru berkesempatan berkongsi resepi 'AYAM PANGGANG MALGRIS Bling-Bling' yang dibuat semalam untuk berbuka puasa. Semalam memang tak sempat untuk postkan gambar nya kerana tak sabar nak menikmati keenakkan ayam yang AMAT berjus ini.
Hajat asal memang nak buat 'Ayam Panggang Yogurt' yang dah plan seminggu lagi semasa mengintai blog Puan Amie yang amat mengancam, tapi terpaksa ditukar disaat akhir atas permintaan yang teringin sangat nak makan 'Ayam Panggang MALGRIS' . Tak apa lah, In Syaa ALLAH nanti akan cuba resepi dari Puan Amie tu.
Walaubagaimana pon Terima Kasih Puan Amie atas info SUHU dan TEMPOH masa memanggang. Info tersebut amat berguna kerana jika terlebih suhu dan masa akan mengakibatkan ayam tersebut kurang jus nya.
Persoalan kenapa nama nya diberi nama 'AYAM PANGGANG MALGRIS Bling-Bling' ?
Emmm sebenarnya Malgris itu adalah terhasil dari gabungan resepi InggeRIS yang telah disesuaikan dengan selera orang Malayu kita di MALaysia. Resepi Inggeris itu saya perolehi dari rakan sekerja yang mana emak nya pernah bekerja dengan orang Inggeris dulu. Rasa masakan nya emm... TIP TOP amat sedap !
Bling-bling tu pula diberikan oleh Chef Jannah kerana ayam panggang ni amat berkilat sekali selepas dimasak. Bila makan pula amat berjus.....
Jom kita semak resepi...
BAHAN A
1 ekor ayam yang bersaiz sederhana (~1.5 kg)
BAHAN B (semua ditumbuk sehingga lumat)
1/2 sudu besar Jintan Manis
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar lada hitam
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
sedikit halia (sebesar ibu jari)
BAHAN C
1 sudu teh Oregano
1 sudu teh Rosemary
3 sudu besar gula putih
2 sudu besar madu
1 sudu besar butter
1 sudu teh perencah Maggie 'Cukup rasa'
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
BAHAN D
Hati ayam (dipotong kecil)
Pedal ayam (dipotong kecil)
1 biji ubi kentang bersaiz kecil (dibuang kulit dan dipotong kiub)
2 biji bawang besar (dibelah 8 setiap satu)
BAHAN E
3 sudu besar Madu
minyak/jus yang keluar dari ayam semasa memasak
BAHAN F
1 biji bawang besar (dibelah 8)
10 biji tomato ceri
Cara-cara Memasak:-
1. Bahan A dan Bahan B dicampur bersama dan diperap bersama ayam sekurang-kurang nya 2 jam.
2. Lebihan dari perapan digunakan untuk menggoreng Bahan D. Setelah masak, angkat dan sumbat kedalam perut ayam.
3. Alaskan durang pembakar dengan aluminium foil dan letakkan ayam diatas nya dan bakar dalam oven yang bersuhu 180C selama 1 jam (bergantung kepada saiz ayam) dengan menggunakan api bawah sahaja.
4. Keluarkan ayam dan sapukan bahagian atas ayam dengan bahan E dan teruskan memasak selama 15 minit lagi.
5. Keluarkan ayam sekali lagi dan sapukan bahagian ayam dengan bahan E untuk kali yang kedua. Taburkan Bahan F dan masukkan kembali kedalam oven.
Kali ini gunakan api atas sahaja, suhu yang sama 180C selama 5-15 minit (mengikut keperangan yang dikehendaki).
6. Siap. Boleh dihidangkan.
Nota:
1. Kedudukan ayam semasa memanggang adalah saperti dalam foto diatas.
JANGAN di alih-alihkan posisi ayam tu. Biarkan begitu sehingga masak.
2. Kedudukan dalam oven .. rak paling bawah.
3. Pastikan hanya api bawah SAHAJA sehingga masak. Barulah dipasang api atas SAHAJA selama 5-15 minit (masa bergantung kepada warna keperangan yg DIKEHENDAKI)
salam.. berkilatnya ayam.. bahan-bahan pun menarik harus dicuba ni :)
ReplyDeleteW'salam. Terima Kasih. Memang sedap.. juicy sangat-sangat dengan isi ayam yang lembut sekali.
Deletekak,bahan c letak masa bila ya? ke saya yang tersalah baca?hehe
ReplyDeleteRasanya bhn b d c dah tentu ayam tu d gn untuk diperap
ReplyDeletePENGEN DAPAT JUTAAN?
ReplyDeleteYUK LANSUNG AJA KE ZEUSOLA!
Hanya Dengan Deposit Pulsa, Gopay & OVO Sudah Bisa Bermain Dan Meraih Keuntungan Yang Besar Jutaan Rupiah Hingga Sepeda Motor !
Tunggu Apalagi Segera Daftar Dan Bermain Di Zeusbola!
Jangan Lewatkan Jackpot Anda!
INFO SELANJUTNYA SEGERA HUBUNGI KAMI DI :
WHATSAPP :+62 822-7710-4607