A

A

NASI GORENG CILI KERING Gelama Masam


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua...

Menu Sarapan pagi yang sedikit berat tetapi amat menyelerakan...nasi yang digoreng dengan 'Ikan  Gelama Masam goreng Cili Bawang'. Emmm sedap tak terkata. 

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
sedikit minyak untuk menggoreng
2 ekor Ikan Kering gelama masam (isi nya lembut)
4 biji Bawang Besar (dibelah 2 dan dipotong tebal)
15-20 biji Cili Kering (dipotong kecil-kecil)

BAHAN B
1/2 sudu besar butter
4 mangkuk Nasi (pastikan nasi telah sejuk jika ia baru dimasak)
1/2 sudu teh perencah Maggi 'Cukup Rasa'
sedikit garam (jika kurang masin)

BAHAN C
Telur ayam
Daun bawang
cili padi
Sausage ayamas Cheese

Cara-Cara Memasak 'Ikan  Gelama Masam goreng Cili Bawang'
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Goreng ikan gelama masam sehingga masak. Setelah masak, keluarkan tulang bahagian tengah nya.
3. Masukkan cili kering dan bawang besar. Goreng sehingga bawang layu.

Cara-Cara Memasak Nasi goreng:-
1. Jika minyak dari gorengan diatas banyak, keluarkan sedikit.
2. Tambahkan 1/2 sudu besar butter kedalam minyak diatas. dan goreng kembali.
3. Kemudian masukkan nasi, perencah maggie dan garam. 
4. Jika suka, bolehlah ditambah kacang panjang atau karet. Goreng sehingga semua serata dan boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera .....


1 comment:

  1. Macam terasa aje kesedapan ikan gelama masam tu...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.