A

A

DADIH Dwi-RASA



Assalamualaikum dan Salam Syawal semua....

Beberapa hari lepas saya dah buat 'Dadih perisa keladi selembut salju', sedapppp... masuk mulut saja terus hilang, sejuk anak tekak. 

Hari ni buat lagi, macam dah ketagih lah pulak...

Tapi dengan sedikit kelainan ia-itu 2 dalam 1. Bukan syampoo  saja ada 2 dalam 1 yaa..
Gabungan Perisa Pandan dan perisa asli, Umphh sedap !!!

Jom kita semak resepi

BAHAN A
2 gram agar-agar tali
3 helai daun pandan
300 ml air

BAHAN B
700 ml susu kotak 'Dutch Lady Full Cream'
100 gram gula putih

BAHAN C
sedikit perisa pandan
sedikit pewarna hijau

Cara-Cara Memasak :-
1. Masukkan kesemua bahan A kedalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga agar-agar larut.
2. Masukkan bahan B dan teruskan memasak sehingga gula larut dan susu mendidih sedikit sahaja.
3. Padamkan api dan bahagikan kepada 2 bahagian.
4. Satu bahagian dimasukkan perisa pandan dan pewarna hijau. Manakala satu bahagian lagi di biarkan dengan perasa susu asli.
5. Biarkan sejuk sedikit  ~ 10 minit.
6. Tapis bahagian yang berperisa pandan dan masukkan kedalam gelas/bekas.
7. Apabila sudah 1/2 beku, masukkan bahagian lagi satu.
8. Sejukkan dalam peti ais ~ 2 jam sebelum dimakan.

* Selamat menjamu selera ...


No comments:

Powered by Blogger.