GULAI TELUR IKAN Kaw-kaw tanpa santan ...


Assalamualaikum dan Salam Syawal semua..

Hari ni layan lauk telur ikan. 

Kebetulan awal-awal pagi tadi saya ke pasar tani Penanti Bukit Mertajam tujuan nak membeli asam jawa yang dipesan kawan office di KL. Masa nak balik ternampak pulak sorang adik ni tengah memilih -milih telur ikan, teringat la ...hari tu (ada lah dalam 2-3 bulan lepas)anak saudara terigin nak makan telur ikan, tapi bila pi pasar besar BM cari tak ada pulak. Jadi apa lagi dah nampak... join lah sama memilih....

Tak pasti pula telur ikan apa, hehehe... lupa nak tanya masa membeli tu sebab asyik dok memilih-milih telur ikan. Harga sekilo dalam RM 35++. Pilih dulu baru tanya harga..hehehe

Pilih punya pilih dapat lah lebih dari 1/2 kilo ok lah, sebab telur ikan tak boleh makan banyak sangat , nanti kolestrol naik !!!

Tips nak memilih telur ikan, kalau boleh cari telur dimana sarung telur tu TAK PECAH/KOYAK. Pastikan semua telur-telur tu berada dalam sarung dengan elok, yang menjadikan masakan kita berkelemor tu sebab sarung dah koyak/pecah dan telur yang terdedah. 

Oleh kerana saya bukan pelanggan yang pertama, jadi ini saja yang dapat saya pilih... tengok banyak telur yang sarung nya dah pecah dan telur sebiji sebiji keluar dari sarung (warna kuning tu).


OK lah jom kita semak resepi.... Resepi telur ni saya tak guna santan sebab gulai ni nanti akan terasa lemak dan pekat juga.

BAHAN A
Minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 biji bawang besar (di hiris nipis)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (campur semua sekali)
1 sudu teh jintan manis (di tumbuk halus)
1 sudu teh jintan putih (di tumbuk halus)
1 sudu teh lada hitam (di tumbuk halus)
2 sudu besar (penuh/bun-bun) rempah kari Ikan 'Babas'
4 keping asam gelugor bersaiz sederhana (kali ni saya cuba guna asam keping menggantikan asam jawa)
1 cawan air
sedikit garam

BAHAN C
1 cawan air (menggantikan santan)

BAHAN D
1/2 ++ kilo telur ikan 

Cara-Cara Memasak:-
1. Basuh telur ikan terlebih dahulu, kemudian rendam kan ia dengan 6 sudu besar air kapur + air biasa selama 1/2 jam.
2. Toskan dan siram kan sedikit air keatas nya (sekali lalu).
3. Masukkan telur kedalam bekas mengisi makanan (pakai buang), bekas tersebut tidak perlu ditutup.
4. Panaskan air dalam periuk pengukus, apabila air sudah mendidih masukkan bekas telur ini dan kukus selama ~ 20 minit. Jangan kukus terlalu lama kerana telur akan liat saperti getah.
5. Apabila telur dah 1/2 masak, angkat dan buang air yang keluar dari telur tersebut. (Air ini lah yang akan membuat masakan kita 'berkelemor'.

6. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga garing.
7. Masukkan Bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
8. Apabila tumisan tadi mendidih ~ 5 minit, kecilkan api dan biarkan ia sedikit kering dan terbit  minyak yang banyak
 Pastikan setiap 5 minit dikacau supaya tidak hangit dan berkerak
9. Masukkan Bahan C (air biasa) dan dikacau-kacau supaya rempah sebati.
10. Apabila kuah sudah mendidih kembali, terus masukkan telur ikan, biarkan ~ 1 minit boleh lah diangkat.

* Selamat mejamu selera ...

3 comments:

  1. dh lama xmkn gulai telur ikan ni :)

    ReplyDelete
  2. Makanan feveret saya ni... Tp jenis ni susah nk dapat. Ikan duri@mayong. Selalu banyak jenis caviar...

    Sudi2 singgah & share blog saya. Ada buat back link ke sini...http://azsana.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam saya ada membekal telur ikan mayong kalu berminat boleh hubungi saya.
    0196762796.
    saya ingin mencari agen..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.