Sila Click sini ya... Terima Kasih !

DANISH BUTTER COOKIES


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ....

Alhamdulillah pagi ni siap dah cookies yang diidam-idamkan. Setelah beberapa hari asyik dok terjengok-jengok terjengok-jengok tingkap dapur rumah sahabat-sahabat di alam maya ini, dah akhir nya terpikat pada hasil tangan Bisous A Toi. Resepi asal nya adalah dari Travelling foodies.

Nanti malam boleh lah rasa.

Jom kita semak resepi....

1 biji telur (Gred A)
200 gram butter
130g gula icing
320g tepung gandum
2 camca besar essen vanila 

Cara-Cara Membuat nya
1. Campur semua sekali kedalam mangkuk adun dan gaul sehingga sebati (hari ni saya gaul secara manual... pakai tangan saja)
2. Menggunakan 'cake decorating berbentuk' saperti gambar, pipekan kedalam dulang pembakar yang di sapu sedikit minyak / atau alaskan dengan kertas kek.
3. Taburkan sedikit gula-gula bewarna (jika suka).
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 160 C, api atas dan bawah.

1 comment:

  1. adunan lembut ya? boleh guna pipping bag yg plastik pakai buang atau perlu guna piping bag yg boleh dibasuh tu?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.