RAMBUTAN OH RAMBUTAN ...
Assalamualaikum semua...
Dulu rambutan dirumah emak memang 'jenuh'... sampai tak habis-habis makan....
Walau pon banyak, rambutan yang masih hijau atau hampir-hampir busok ... jarang dibuang.
Saya tahu bukan senang nak tanam pokok buah-buahan,
Semasa emak dan ayah tanam pokok rambutan tu dulu, saya lihat ia dijaga sebaik mungkin, dibaja, disiram, dijaga dari serangga agar ia tumbuh dengan elok dan berbuah lebat untuk anak-anak dan cucu nya kemudian hari.
Jadi selagi boleh makan, saya tak akan buang...
Pernah sekali bila dah terlalu banyak, saya bawa balik ke KL saja untuk disedekahkan di masjid berdekatan.
Tapi sekarang dah kureng.......
Nasib ada rambutan ni yang ditanam oleh kakak, dihujung dapur rumah saya.
Dapat juga makan ..................................huhuhu
Selalu, On the way balik Penang dari KL, singgah di Gerai buah di R&R Utara Selatan, sempat jeling-jeling buah rambutan yang dijual tu... teringin sangat-sangat ................
Haaa... Yang ni rambutan di rumah emak saya tu...
Lebat nya buah rambutan sampai ke tanah....u
Walaupon dah ditongkatkan, masih ada terjuntai sampai kebawah...berat.
Buah rambutan ini bersaiz besar, bulat, 100% lekang, isi yang sedikit berair dan teramat manis.
Kalau nak tahu manis atau tidak rambutan ini, boleh lah tanya semut-semut yang berumah tangga dipokok dan dibuah rambutan ini !
kikikiki....
Itu dulu .............................
4 tahun ++ lepas.....
Hari ni.... pokok dah tak nama pokok lagi....
Penyewa rumah(seorang peniaga), bakar longgokkan sampah-sarap di bawah pokok... Jadi fikir-fikir kan lah ...........
Biasa lah orang yang menyewa, ada sesetengah (bukan semua) tak menghargai langsung harta dan penat lelah orang lain yang menanam.
Yang ini rambutan Gula Batu......
Lihatlah betapa lebat nya ia berbuah. Kemerah-merahan lagi...
Buah yang sedikit bujur, isi yang amat lekang, teramat manis dan isi yang RAPUH sekali.
Sama juga dengan rambutan kuning diatas...Kalau nak tahu manis atau tidak rambutan ini, boleh lah tanya semut-semut yang menyewa atas pokok ni !
Rambutan ini mendapat permintaan tempahan yang TINGGI dari officemate di KL...setiap minggu.
Setiap saya kali balik ke KL, penuh rambutan disumbat dalam kereta.
Nasib saya tak bawa lori....
Dari bonet, tempat duduk belakang, begitu juga tempat duduk depan. Fuhh penuh .....
Cuma belum sampai ikat atas bumbung saja lagi
hehehe...
Ha......
Ini Pembantu rumah emak, Ngarni nama nya, orang Indon.
Sebagaimana manis senyuman nya begitu lah manis rasa isi rambutan ini....
Sibuk menimbang, mengikat dan membungkus untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Apa boleh buat, pokok makin besar, makin tinggi, buah banyak pula diatas, nak kait dah tak sampai.
Nak upah orang mengait ?
emmm..tak payah lahhhh !
Kos upah orang mengait lebih dari hasil jualan buah.... memang tak berbalaoi. dah tu kita yang kutip, yang kita dapat PENAT
Jadi tahun lepas, saya dan pembantu rumah saya, Busri dan anak kakak, jalankan operasi menebang 3/4 bahagian pokok.
Eh tak percaya ke ? betullll
Jangan ingat orang perempuan tak boleh buat kerja orang lelaki ...
Hendak seribu daya... u
Walaupon dalam hujan, kerana SEMANGAT yang tinggi ('sedikit perasan' la....) operasi tetap dijalan kan dari pagi sehingga ke-magrib.
Kalau nak tau semangat ke tidak / bersungguh ke tidak... cuba tengok kaki seluar pon dah di sinting ke lutut....selipar pon dah entah kemana .... kita pula yang risau
Bukan setakat menebang saja, kutip buah, timbang buah dan pembungkusan... COMPLETE !
.. untuk dibawa kepejabat keesokkan hari nya.
Harap-harap tahun depan, pokok ini akan berbuah lebih lebat lagi. In Sya ALLAH. Ameen
best nyer, teringat waktu kak ruby kecik2 dulu.....semasa kecik kak ruby suka jugak panjat pokok rmbutan......mestikan sedap ni.....
ReplyDeletesaya memang tak pandai panjat-panjat pokok, setakat tunggu dari bawah saja lah hehehe..
Delete