Sila Click sini ya... Terima Kasih !

RENDANG PEDAS ... Kerang


Assalamualaikum semua...

Rendang Kerang untuk cecah Ketupat... sajian untuk Hari Raya Haji !

Nak masak rendang daging, tapi daging Korban.. Hari Raya petang baru dapat.
Jadi... masak kerang aje lah.
Tak pelik kan ...
....saja buat sedikit kelainan

Kita yang nak makan.... cecah apa-apa pon boleh ...janji sedap.

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
2 kilo kerang (direbus dan dikopek kulit)

BAHAN B
sedikit minyak untuk menumis
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari

BAHAN C (dimesin halus)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
15 biji cili padi
10 biji cili kering
1 sudu teh lada hitam
2 sudu besar minyak masak (untuk mempercepatkan dan menghaluskan kisaran)

BAHAN D
2 camca besar rempah daging
Santan dari 1 biji kelapa
4 keping asam gelugor
2 sudu teh perencah Maggie 'Cukup Rasa'
sedikit garam

BAHAN E
1 helai daun kunyit (dihiris nipis)
2 sudu makan minyak sapi Ghee Blend.

Cara-Cara Memasak :-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga keperangan.
2. Masukkan bahan C dan D dan masak sehingga pecah minyak dan pekat.
3. Akhir sekali, masukkan kerang dan bahan E.


Selamat menjamu selera ...

2 comments:

  1. salam..

    em, sedapnya rending kerang tu..beselera tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. Bbwana adienia.. saya buat untuk cecah ketupat pada hari raya haji lepas.Dah selalu sangat makan rendang daging, cuba pula rendang kerang. Alhamdulillah sedap

      Delete

Powered by Blogger.