A

A

SOTO AYAM ... yang marvelous


Assalamualaikum

Saperti yang saya maklumkan dalam entry tempoh hari Bergedil Tauhu, disini saya sertakan resepi Kuah Soto yang saya share dari FB Noor Dz Salleh.
Terima Kasih kepada yang empunya resepi LinaZubir.

Betul saperti mana kata Noor....  'kuah nya memang sedap giler' 

Jom kita semak resepi kuah

KUAH SOTO
Bahan A
1  ekor ayam (Dipotong kepada bahagian yang sederhana besar)
Air secukupnya sebagai kuah
1 kiub pati ayam
garam

Bahan B (di sangai/goreng tanpa minyak dan dimesin halus bersama bahan C)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan C (di mesin halus)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup (saya guna 1/2 sk serbuk kunyit)
2 biji buah keras
** 5 sudu besar minyak masak (saya letak minyak untuk menggantikan air, jadi semasa menumis nanti saya kurangkan minyak kerana bahan kisaran ini sudah terkandung minyak. Kegunaan minyak semasa proses mengisar adalah untuk memudahkan dan menjadikan ia cepat hancur. Juga semasa menumis nanti rempah ini akan lebih cepat masak)

Bahan D
2 btg serai dititik (Saya letakkan 3 batang)
3 sudu besar serbuk rempah sup 'adabi'

Cara-Cara Memasak kuah
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2. Tumis semua bahan diatas kecuali bahan A
3. Masak sehingga terbit minyak dan bau yang harum. Kacau selalu supaya tidak hangit.
4. Masukkan bahan A (air, ayam, garam dan perasa). Rebus sehingga ayam masak.
5. Keluarkan ayam utk disiat2 ( Isi ayam boleh di goreng seketika sebelum disiat)

SAMBAL KICAP (dimesin halus)
10 biji cili api
2 ulas bwang putih
sedikit halia 
sedikit kuah soto
kicap secukupnya

Nasi himpit
Kacang tanah (digoreng)
Suun (digoreng)
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

* Selamat memasak .......

4 comments:

Powered by Blogger.